Salam ES. Saya nak buat aduan mengenai lampu dikawasan Ktmb Parit Buntar. Laluan oku dan tempat letak motosikal tidak ada lampu sejak berbulan-bulan lamanya. Laluan turun tangga jejantas dari platform 2 ke platform 1 juga tidak ada lampu, kami terpaksa menggunakan lampu torch light telefon masing-masing. Setiap hari saya menggunakan perkhidmatan ets dan komuter, saya berulang-alik Taiping - Parit Buntar. Saya berharap pihak Ktmb Parit Buntar selesaikan isu ini secepat mungkin. Ini demi keselamatan pengguna. Terima kasih ES.