THE MUSE


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


"puisi aku, rahsia kita"
Founder: @farahahyb
Presiden: @TheAmiraAzman
The Muse Mate:
@HauraNna @Rezumie @darkensky @Iamputry @ea_adzelyna @Araamiera

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Nakal tiada berakal
Tapi suka bermadah riang


Tidak tahu ,
Apa yang terukir di hati.

Yang pasti ,
Rasa itu ada; ada walau sendu.

Bukan retak seribu ,
Cuma kangen dalam kesamaran waktu.

Tempat menuju kamu ,
Luas sebendang rindu ,
Jatuh mutiara ,
Mencuit kulit pipi.

Sekali lagi ,
Termenung aku jauh ,
Bersama senandung malam.


t.me/faathemuse
Njw


Kesakitan dulu
Menular saat ini.

Mungkin kerna
Aku menunggu.

Tanpa lelah
Dengan harapan itu.


♡♡♡
Ciptaan
Ilahi
Itu
Dapat
Mensucikan
Hati
♡♡♡


Haru fikiran,
memikirkan ke mana pergi jasad ini,
Dan sunyilah ia seketika,
Hingga hari esoknya.

Lenyapkan kekacauan ini,
biarkan ia tidur dengan nyenyaknya tanpa ada gangguan sedikit pun
Nyenyaklah mata seperti didodoikan oleh insan yang bernama Melur.

Melur,
Kisah yang tidak pernah tidur.


Duduk di satu sudut
Terperap dalam kegelapan
Sendiri dan diam.

Lama dia menyendiri
Berpeluk tubuh seperti ketakutan.

Rupanya tiada arah
Hidup tidak berbumbung
Tidak makan sudah lamanya
Beralas perut dengan sisa makanan.

Bajunya lusuh, comot, kotor
Pandangan jijik diterima
Sampah dibaling ke muka.

Apa salah dia?
Gelandangan merata
Bukan tidak mahu bekerja
Tetapi kerana pandangan masyarakat
Buat mereka jatuh tidak mampu bangun.

Tersekat sebegitu
Tiada yang membantu
Malah membiar dan menghina.

Dimanakah ihsan yang dahulu?

@faathemus
Put


Jangan dilihat betapa kecilnya dosa tapi lihatlah kepada siapa kita berdosa.

@faathemuse
ara


Jenuh aku fikirkan
Bila sajak semalam
Terpadam--
Pulang membawa gelisah
Himpunan manusia
Buat aku rawan
Mungkin sudah terkubur
Kisah selaut pemuisi
Cantik kata;
Cantik ayat,
Semua mahu menabur ego
Di setiap kata
Bersulam secebis
Riak sejengkal bertandang
Luluh bersama puisi picisan

@faathemuse
Ara


Mungkin aku terlalu dungu ,
Untuk setiap masa yang berlalu.

Untuk setiap perkenalan yang melambai lalu menyinggah.

Untuk kamu..
tolong jangan sorok ,
tolong jangan ambil ,
tolong jangan curi ,
bahagia aku.

Biarpun masa pantas berlalu ,
Meninggalkan legar nan bisu.

Tetap;
Kosong tiap lorong ,
Lompong dan kohong.

Menenggelamkan aku.


t.me/faathemuse
Njw


Yang aku tahu
Rasa itu pasti.

Cuma takkan
Kekal abadi.


AL-QURAN SESSION.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya , kerana kami hendak menguji mereka , siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


[Al-Kahfi:7]

t.me/faathemuse


Senyumlah ,
mudahan ada yang bakal tersenyum melihat kamu senyum.

Kuatlah ,
mudahan juga ada yang akan menjadi kuat dengan melihat kamu kuat.

🌸☺️


Aku pejamkan mata. Mutiara putih yang laju turun.

Aku tutupkan pintu hati , masih ada juga yang cuba mengetuk.

Aku berdoa , jika manusia itu tiada fungsi dalam hidup ini jauhkan lah dia.

Dan hari hari aku..   

Aku sangka pengakhiran nya indah ,
Namun derita yang menyinggah.

Tidak apalah , ingat; selagi ujian bertali arus , itu menandakan sebenarnya hati kau sudah cukup kuat untuk hadapinya.

Apa pun , hadapi ia dengan cara yang baik. Kau mampu senyum kan diri kau sendiri.


Perisai hati
Di simbah api
Menjerit suci
Nyalaan misteri

Teriaķ si sufi
Menyeru ilahi
Penuh darah
Berbekas sumpah

Hidup dan mati
Dalam sehari
Senarai yang pergi
Puas ditangisi
Dia sendiri
Kita bakal ikuti

@faathemuse
ara


Diam bukan beerti putus asa.

Cuma perlukan masa, untuk cari kekuatan lama.
Kadang rindukan diri yang dulu. Terasa jiwa semakin jauh dengan indahnya agama dan tarbiyah.

Sokonglah apa yang baik, kata yang baik-baik. Janganlah menghina. Kerana hinaan kalian buat mereka semakin benci untuk dekati kebaikan.


Hati mati lemas ,
Tenggelam dalam timbunan dosa-- oh Tuhan.

Jiwa tersandar kosong ,
Meratap dinding penyesalan--seribu sakit di dada aku.

Menggapai radar ;
Road to Allah.


Niat jangan lari ,


Jangan mudah-mudah kau salahkan Tuhan.


Setiap apapun aturan yang berlaku, baik atau buruk, jika bukan Dia mengkehendaki, tidak akan berlaku walau sekali. Kerna Dia Maha Mengetahui segalanya.


Moga kalian berada dalam keadaan selamat dan dilindungi olehNya💕


Masa yang pantas berjalan
Berlari meninggalkan memori di berlakang
Semakin hari semakin jauh
Yang tinggal hanyalah sebuah sesalan.

Di dalamnya hanyalah kosong
Karna detik-detik itu berlalu,
Tanpa dihiasa bunga-bungaan.

Suasananya sepi
Yang tinggal hanyalah tiupan angin,
Terbang membawa sapaan rindu.

Kini diri baru ketemu
Jawapan akan pertanyaan difikiran.

Satu-satu nikmat bakal hilang
Saat angka umur semakin meningkat.

Memori semakin kosong
Karna yang dikejar kini,
Hanyalah - aku mahu kebahagiaan dan keredaan
Cuma waktu ini
Aku masih tidak jumpa jalan.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

432

obunachilar
Kanal statistikasi