fatimah_albatull?


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


إختارنا حبك يا زهراء و أن الله قد احتارا
حب الزهراء من الإيمان .. ♡♡

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri




"Salah satunya untuk mengungkapkan rahsia hati adalah melalui lisan, maka dengan ini jagalah hati kita supaya lisan kita ini tidak menyakiti perasaan orang lain."

(Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid)


"Mata yang memandang rendah terhadap orang lain adalah mata yang tidak layak untuk memandang Rasulullah ﷺ..." 😞💔

(Habib Umar Bin Muhammad BenHafidz)


SYAIR AL-HABIB UMAR BIN SYEKH ABI BAKAR BIN SALIM حفظه الله تعالى

يرتاح قلبي إذاحد قد ذكر فاطمة
bahagia hatiku apabila seseorang menyebut Sayyidah Fatimah
بنت النبي المصطفى أنوار ناالدئمة
putri Nabi yang terpilih. Yang menjadi cahaya kami setiap saat
لها سيوف بواتر قاطعة صارمة
baginya pedang-pedang (hujjah-hujjah) yang dapat mematahkan nan tajam
بها احتمينا وننذر أنفسا حائمة
dibelakangnya kami berlindung dan peringatkan jiwa-jiwa yang dahaga
حول الحمى إن غارات القوي قادمة
jika serbuan-serbuan kuat datang menyerang di sekitar ranak terlarang
في صفنا فاطمة معنا أبو فاطمة
di dalam barisan kami, Sayyidah Fatimah dan ayahnya bersama kami
سيوفهم للمعادي قد غدت هادمة
pedang-pedang dan hujjah-hujjah mereka (pasukan barisan) terhadap musuh sangat membinasakan
ياويل أهل الحيل والانفس الظالمة
celakalah penipu-penipu dan jiwa yang dholim/sesat
يارب فرج علينا واكفنا الغاشمة
wahai Tuhan, bebaskanlah dan jauhkanlah kami dari penganiayaan
هبنا عوافي كوامل نمه دائمة
dan senantiasa berikan kami perlindungan yang sempurna dan cukup
وعندرشح الجبين احسن لنا الختمة
di saat dahi berkeringat (kematian) akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik (khusnul khotimah)
بجاه خير الورى ذي الهمة العازمة
dengan kedudukan sebaik-baik manusia (Rasulullah SAW) yang memiliki kemauan yang teguh
وأهل الكساء مع دراري أمنا فاطمة
dan Ahlul Kisa' serta keturunan ibu kami, Sayyidah Fatimah
عليهم ربنا صلا تك الدئمة
atas mereka Tuhan kami senantiasa mencurahkan rahmat
وأله وصحبه أهيل النية الدازمة
dan keluarga serta sahabat yang memiliki niat yang kukuh
ومن تبعهم دخل في الفرقة الغانمة
dan orang yang mengikuti mereka termasuk di dalam golongan yang beruntung


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish


🌸🌺 SHALAWAT FATHIMAH 🌺🌸

يَا حُبَابَتِيْ يَا سَيِّدَتِيْ يَافَاطِمَة يَا بِنْتَ رَسُوْلِ الله
صَلاَةُ اللهِ وَسَلاَمُهُ اْلأَتَمَّان اْلأَكْملَان
عَلَى أَبِيْكِ وَ أُمِّكِ وَعَلَيْكِ وَعَلَى زَوْجِكِ وَعَلَى ابْنَيْكِ وَعَلَى مَنْ وَلَاكُمْ لِله

Yaa Hubaabaty
Yaa Sayyidaty
Yaa Fathimah
Yaa binta Rasuulillah
Sholaatulloohi wa salaamuhu
Al atammaan al akmalaan
'Alaa abiiki wa ummiki
wa 'alaiki wa 'alaa zaujiki wa 'alabnaiki wa 'alaa man waalaakum lillaah.

Artinya :
Wahai kekasihku...
Wahai junjunganku...
Wahai Fatimah...
Wahai putri Rasulullah...

Semoga tercurah shalawat dan salam Allah yang sempurna..
Atas ayahanda dan ibundamu, juga atas engkau, suamimu, kedua putramu, serta orang-orang yang mengikutimu karena Allah.


PESAN DARI HABIB UMAR TENTANG HATI

"Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."

"Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, karena hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."

"Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."

"Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

(Al Habib Umar bin Muhammad BenHafidz)




"Jika engkau redha dengan taqdir, nescaya engkau akan hidup dalam bahagia. Tetapi andai engkau tidak redha dengannya, nescaya engkau akan hidup dalam kesedihan."

(Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad)


DUNIA MANA YANG DICELA?

Istilah dunia ialah segala yang terdapat di atas muka bumi ini dari berbagai-bagai barang dan benda yang menarik nafsu syahwat dan kelazatan. Maka semua jenis benda dan barang yang memang nafsu anda mengingininya dan tertarik kepadanya serta sangat mengutamakan, itulah dikira dunia yang tercela. Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 14 :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّسَآءِ وَالْبَـنِيْنَ وَالْقَنَاطِيْرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَـيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْاَنْعَامِ وَالْحَـرْثِ ؕ ذٰ لِكَ مَتَاعُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۚ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia."

Barangsiapa yang mencintai dan mengejar semua itu, serta menumpukan semua perhatian kepadanya, tiada cita-cita dan maksud yang lain daripada memuaskan nafsu dan kelazatan dunia serta mengecap segala kenikmatannya. Maka terkiralah dia dalam golongan para pecinta dunia dan orang-orang yang memberikan perhatian kepada dunia. Andaikata cintanya kepada dunia itu melampaui batas, sehingga ia tiada membuat perhitungan lagi dari mana ia memperoleh matabenda itu, sama ada dari yang halal mahupun yang haram, semuanya disapu bersih.

Lalu ia pun mula melalaikan segala apa yang dperintahkan oleh Allah dan yang diminta mentaatiNya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia itu, sehingga akhirnya ia terjerumus pula ke dalam maksiat dan segala yang diharamkan Allah ke atasnya. Jika telah sampai ke peringkat ini, maka sudah patutlah ia menerima ancaman dan siksa yang dijanjikan terhadap para pecinta dunia, dan orang-orang yang mengejar dunia serta mengambil berat tentang dunia. Tentulah perkara orang ini dalam bahaya yang berat, kecuali jika ia segera bertaubat kepada Allah SWT sebelum mati, dan sebelum ia berpindah dari kehidupan dunia yang sementara ini.

Allahu ta'ala aqlam...


"Perbanyakkanlah kamu di dalam mengingati mati, kerana hal itu boleh membersihkan dosa. Dan akan menyebabkan kamu zuhud, dan tidak cinta kepada dunia."

(Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari)


Majlis Khususon Muslimat
Kuala Terengganu, Malaysia 🍁


Majlis Khususon Muslimat
Kuala Terengganu, Malaysia 🍁


Majlis Khususon Muslimat
Kuala Terengganu, Malaysia 🍁
Jom Daftar!! lagi 11 tempat kosong


Majlis Khususon Muslimat
Kuala Terengganu, Malaysia 🍁






"Apabila sudah tiada keinginan untuk berbuat kebaikan. Cukuplah itu, sebagai musibah dan bala, yang menimpa, kepada dirimu."

(Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad رحمه الله تعالى)





20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

2 823

obunachilar
Kanal statistikasi