Assalamualaikum guys, kembali lagi kita dalam segmen saya pedas anda puas by
@aziziezaidan_official . So hari ni kita akan mendalami lagi sikit tentang salah satu ayat al-Quran. Jadi tanpa melengahkan masa saya memperkenalkan surah Al-Qadr yg bermaksud Kemuliaan, surah ni ialah surah yg ke-97 dlm al-Quran dan mengandungi 5 ayat, selain tu surah ni ialah surah makiyyah (diturunkan di Mekkah) so apa yg menarik dalam surah ni🤔
لَيۡلَةُ الۡقَدۡرِ ۙ خَيۡرٌ مِّنۡ اَلۡفِ شَهۡرٍؕ
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(Al-Qadr 97:3)
Surah ini dinamakan Al-Qadr kerana ia berkisar tentang Lailatul Qadar dan kelebihannya. Tema surah ini adalah kelebihan Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan ianya adalah malam yang menjadi titik permulaan kepada hubungan bumi dan langit kerana ianya adalah malam yang diturunkan Al-Quran.
Lailatul Qadar adalah malam yang dipenuhi dengan cahaya. Pertama adalah cahaya Allah SWT yang daripadaNya berasal segala cahaya. Kedua adalah cahaya Al-Quran yang diturunkan pada malam itu. Ketiga adalah cahaya para malaikat yang bertebaran pada malam itu dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan keempat cahaya fajar yang terbit pada pagi itu. Maka beruntunglah mereka yang berusaha mencari cahaya ini untuk menerangi kehidupan mereka.
So guys itu jak la utk mlm ni, doakan kami agar sentiasa istiqomah dlm menyebarkan dakwah. Wallāhu A'lam😁✨see you in next one Insyā Allāh😄.
https://www.instagram.com/reel/CT9ykh7DNgA/?utm_medium=share_sheet