Pesan Pada Diri💝✨


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


بسم الله ارحمن الرحيم..

Dengan tangan ini aku menulis..
Terkadang ia menjadi pesanan pada diri yang hina ini..
Moga bermanfaat pada semua🥰
@gadispenabiru_bot
📌Boleh pm untuk sebarang pertanyaan/luahan💝

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Sakit bila orang yang kita sayang buang kita. Tapi andai suatu hari nanti dia mahu perbaiki hubungan yang telah retak maka janganlah menolak.

Mungkin susah untuk kita menerima hakikatnya.
Mungkin perit untuk ditelan.
Sakit di luar mampu diubati namun andai sakit di dalam?
Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya kita dalam menghadapi segalanya.

Hati yang sudah hancur mungkin mampu dicantum semula namun pasti tidak akan sama seperti dulu. Mungkin makin tawar dari segala rasa.

Kerana itu,
Jangan sekali-kali kita pertahankan ego kita dalam apa jua keadaan yang memaksa kita untuk mengalah. Kelak kita yang menyesal.

Sayangkan ukhuwah kita?
Turunkan ego agar ia berkekalan🥰💖

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Rasa sedih sebab tiada yang nak jaga hati kita?
Hey.
Cheer up.
Tak perlu menjadi seorang yang menjaga hati orang lain sampai hati sendiri terabai.
Hati kita juga perlukan belaian, perlukan perhatian dari kita.
Tak perlu kasih sayang dari orang lain kerana pasti ia tak akan mencukupi langsung.


Cuba lihat disaat orang lain tak jaga hati kita, apa yang kita akan rasa?
Pain, right?
Yah.
Manusia takkan pernah dapat penuhi segala kemahuan kita. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, kalau kita percaya dan yakin Allah itu ada, Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat, nescaya kita tak akan letak pergantungan selain pada Dia❤️✨

Sebab itu,apa apa pun, berbalik pada Allah. Dialah sebaik-baik tempat mengadu🤲🏻

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Hey.
Sedih ya?
Rasa putus asa ?
Hurm..
Kesat air mata. Senyum.
Tak perlu bersedih kerana manusia okay? Kerana setiap yang datang pasti akan pergi. Dan kita, pasti akan merasa kehilangan.Tak perlu merasa sunyi andai orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita. Walau apa yang terjadi, kita masih ada Allah❤️Dialah tempat kita mengadu segala-galanya🥰

Dia sudah
punya rencana yang terbaik untuk kita.
Jadi, lupakan saja apa perkara yang lalu. Yang lepas tu biarlah jadi kenangan untuk kita. Usah bersedih dengan perkara yang telah berlalu.

Kita tak mampu nak putarkan masa betul ?
Kerana masa silam itu kekal. Jadi kita hanya perlu cuba untuk kejar masa depan yang lebih baik ❤️✨

Smile😊
Fi Hifzillah🤍🌹

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Sabar itu ada dua jenis:

1.Sabar atas sesuatu yang tidak kamu mahu
2.Sabar menahan diri dari sesuatu yang kamu mahu

Dua-dua kena sabar kan? Jadi tak rugi kalau kita sabar sebab..
(الصبر من الايمان)
Sabar itu separuh daripada iman❤️✨

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#budakhumble
#PPD


Salam maghrib semua!🥰


Sampai bila-bila, manusia takkan pernah rasa puas andai tiada syukur dalam diri.

Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan🥰

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, tak kira benda tu kecil atau besar..Ingat, ramai lagi orang yang kurang bernasib baik daripada kita😔. Andai kita bersyukur, semua benda pasti akan terasa cukup meskipun pada hakikatnya tidak mencukupi.😊✨

🤍الحمد لله على كل حال🤍

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#gadispink
#PPD


"Allah tak pernah membenci kita walaupun ketika kita melakukan maksiat.Bahkan Allah sangat cintakan hambanya yang kembali bertaubat sebab Allah tahu kita lemah untuk melawan maksiat"- Ustazah Asma Harun

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#budakhumble
#PPD


Apa sahaja yang Allah SWT berikan, memang itulah yang terbaik apabila kita tukar pemikiran dan melihat ia sebagai satu kebaikan. Tiada perancangan yang lebih baik selain perancangan Allah.

Jadi, yakinlah😉💞

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#gadispink
#PPD


Selamat Pagi sahabat sekalian! ☺️❤️Moga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam😉


Kadangkala, kita terlalu leka mengejar nikmat dunia hinggakan kita lupa tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba 🥲

Sahabat.
Segala nikmat yang kita ada sekarang ini, semuanya sementara. Tiada yang kekal.Dan semuanya milik Allah. Kalau kita rasa penat nak tunaikan tanggungjawab kita pada Dia, kita ingat satu je.

Pernah ke Allah penat nak beri nikmat pada kita? 😭

Muhasabah pagi🥰✨

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Allah tidak pernah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia ✨

Yakin dengan aturan Allah🥰❤️

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Orang yang pandai tak semestinya berjaya.
Tapi orang yang rajin dan sabar,
Pasti berjaya.
Sentiasa yakin yang Allah selalu ada bersama orang-orang beriman🤍✨

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#budakhumble
#PPD


Membenci seumpama meminum racun dan berharap orang lain yang mati akibatnya.

Tiada guna bukan? Jadi, maafkan sahaja 😊🤍

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#gadispink
#PPD


Kadangkala kita akan kepenatan. Namun mengalah bukan satu pilihan. Teruskan melangkah. Jangan hilang fokus. Allah SWT tahu masa yang terbaik untuk segala-galanya.🥰💞

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#gadispink
#PPD


KELEBIHAN SURAH
AD DUKHAN🌿

-Allah akan binakan baginya rumah di syurga
-Mencegah kesusahan di hari akhirat
-Penghisabannya dimudahkan oleh Allah
-Dibangkitkan bersama orang yang mendapat penjagaan Allah
-Diberikan kitab (catatan amal) dari sebelah kanannya

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#budakhumble
#PPD


Cukuplah jika kita mampu percaya sepenuhnya pada keadilan Allah SWT. Orang khianati kita, Allah SWT pasti balas keburukan mereka.😊

Kita sabar dengan ujian Allah SWT, pasti Allah SWT akan balas hikmah kesabaran dengan nikmat ketenangan.Bersabar ya🤍💞

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#gadispink
#PPD


Kadangkala kita suka melihat apa yang orang lain ada sehingga lupa apa yang kita ada.Bahagia itu bukan soal memiliki segalanya, tetapi bersyukur seadanya❤️

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#budakhumble
#PPD


Dan juga, ketinggian seseorang kerana iman bukan kekayaan✨

Ingat itu!☺️📌

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD


Kekuatan seseorang itu bukan dinilai dari kuatnya dia dalam mengalahkan musuh. Tapi ketika dia dapat sabar dengan apa jua yang dihadapinya hari ini dan hari seterusnya❤️✨

@gadispenabiru
#PesanPadaDiri
#PPD

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

90

obunachilar
Kanal statistikasi