Halatuju Pendidikan Batch ?


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Cemerlang SPM! kemana halatuju anda? lepas spm nak sambung belajar apa?-Semua tu dalam ni... ada soalan tanya admin
@nurinisme

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Mimiey Syamimi: jangan kata rugi dalam soal belajar, kalau rasa nak ambil pra-diploma, go ahead, you can do better in it. Just follow your heart 💛




Shn. dan repost


Shn. dan repost
Edited: 27.1.2018

Permohonan dibuka sekarang..

Pra diploma (perdagangan/sains) Laluan: MDAB / MDOA Anak Orang Asli / MDAN Atlet Negara/Negeri @ Program Mengubah Destini Anak Bangsa di UiTM setiap negeri
(Kemasukan March & September setiap tahun - sila rujuk web kalender academik & bahagian pengambilan uitm)

Kelayakan masuk (minima: 3 kredit)
BM - kredit
Eng & math - sekurang2nya lulus
Sejarah - lulus

Why MDAB (utk calun Anak2 Melayu, Orang Asli, Sarawak & Sabah dari keluarga pendapatan kurang dari RM4k) if pendapatan more then rm4k sila ke web: KKB@INED UiTM

1. Utk masuk IPTA specificly UiTM la, subjek2
Bm, eng & math kena kredit (A,B & C)
Kalau, ie eng n math hanya lulus (D & E), biasanya hanya boleh mohon kursus yg sgt limited ie dip music, art & design, sukan n agriculture, ofe mgmt, & hotel catering (di UiTM) kalau x silap (sila semak kelayakan program di www. selangkah uitm @ uitm
2. Biasanya: Yg x cukup kredit, akan diterima masuk ke ting 6 or poli untuk dip.. apabila mereka dpt result yg bagus masa ( ie cga 4.00) stpm n poli, mereka akan mohon ke ipta, permohonan mereka IPTA akan tetap ditolak, kerana keputusan untuk ke ijazah (kemudiannya untuk masters/phD diuitm) akan tetap tengok result spm mereka kembali..
so their next course is ipts.. (sila semak yuran setiap semester IPTS (setahun ada 2 semester))
3. Hence, kalau x cukup kredit ni, kami suggest mereka mohon pra dip uitm samada di MDAB (jika pendptn keluarga adalah less then 4k) & ke iNED (jika pendptan keluarga more then 4k - mereka akan ke kolej bersekutu uitm)
Selepas pra dip, mereka akan diserapkan ke kampus uitm (utk pelajar MDAB) & pelajar INED akan belajar diploma di kolej bersekutu dahulu- utk ijazah baru mereka akan diserapkan ke kampus uitm jika result mereka layak syarat program yg dipohon)
4. Utk program pra-dip kat iNED uitm la ni, yuran dikecualikan (selagi fund tersebut masih adalah) i think dlm 2k plus adalah percuma, yg kena bayar hanya la yuran asrama- sebulan rm160 kalau x silap
5.Program mdab@uitm pula:
Yuran free
Asrama free
Elaun diberi - mengikut kelayakan pendptan keluarga
- jika ada anak yatim piatu mohon berhubung dgn pihak kami
6. 🌿Program pra dip ni juga ada utk anak2 kaum india tp di Politeknik2.. di bawah program Mengubah Destini Anak India Malaysia.. depa pun akan dpt Dpt elaun juga, MIC dah uruskan
7. 🌿Ttg anak2 kaum cina, program pra dip sains & perdagangan ada ditawar di politeknik2 - sila rujuk web politeknik.edu.my di bwh Program Mengilap Impian Anak Muda di 7 campus politeknik seluruh malaysia
8. Utk pra dip perdagangan uitm, anak2 atlet negara & atlet negeri boleh memohon, mereka akan ditempatkan kampus uitm shah alam.. limited places available. program atlet negara ini terbuka juga kepada anak2 atlet negara/negeri yg berpendapatan lebih dari rm4k ttp yuran pengajian akan dikenakan kepada mereka.. supporting dokumen penglibatan mereka dlm sukan wajib disertakan..
9. Btw, kelayakan memohon program mdab ini ialah tahun spm adalah spm tahun semasa ie 2016 + 5 tahun kebelakang.. ie
2016: & termasuk 2015, 2014, 2013, 2012, 2011.
If spm A 2017: hingga tahun 2012..


qtpanda dan repost
Rasanya group sebelah dh jawab.. Hehe.. Tapi saya jawab jugk😁

Soal Jawab Soalan di Dalam Sistem Aplikasi Unit Pengurusan Universiti (UPU)

1. Adakah anda bersetuju untuk ditempatkan ke tempat selain pilihan anda?

Jika anda tandakan “ya” untuk soalan ini, katakan kelak ketika keputusan UPU keluar, awak tak dapat mana-mana tawaran daripada 8 pilihan tu. UPU akan memberi tawaran jurusan lain, bergantung kepada kekosongan jurusan secara rawak. Dan akhirnya, awak akan mendapat tawaran universiti daripada UPU, tapi bukan untuk jurusan yang awak mohon. Awak tidak layak memohon Rayuan selepas itu kerana Rayuan hanya untuk pelajar yang tidak menerima apa-apa tawaran sahaja. Kalau awak dah terima tawaran, tidak kira itu jurusan yang awak minat atau tak, awak tak layak mohon Rayuan.

Pentingnya di sini, untuk menandakan “Tidak” untuk butang soalan di atas. Kelak jika anda tidak mendapat tawaran apa-apa daripada UPU, sistem akan memberi laluan kepada anda untuk memohon Rayuan.

2. Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)?

Jika anda tandakan ya, anda akan menerima SMS. Contoh seperti, jika anda tidak melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup, UPU akan menghantar SMS untuk anda kemaskini dan lengkapkan permohonan anda. UPU tidak akan menghantar SMS untuk tawaran UPU. Pihak Schoollah Malaysia sarankan tandakan “Ya” untuk soalan ini.

3. Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?

Pelajar yang tandakan “Ya” untuk soalan ini akan menerima cek (cheque) daripada PTPTN berjumlah RM1,500 untuk membeli keperluan sebelum masuk ke universiti. Diingatkan, ini bukan wang percuma. Kelak, selepas tamat belajar, anda diwajibkan membayar balik + interest, tidak kisah anda memohon PTPTN atau tidak. Jika anda menunaikan cek (cheque) tersebut, secara automatik, PTPTN akan menyimpan data anda (anda berhutang dengan pihak mereka RM1,500).

“Boleh ke saya tunaikan, tapi nanti saya tak mohon PTPTN sebab dapat Asasi. Asasi kan dapat elaun. Saya nak pakai duit untuk beli barang masuk universiti.”

Ya, boleh tunaikan. Tetapi kelak, saat anda habis belajar Degree, penyata hutang akan dihantar kepada anda untuk membayar.

“Kalau saya tandakan “Ya” pada soalan itu, tapi nanti masa menerima cek (cheque) tu, saya tak pergi tunaikan, boleh ke?”

Boleh, anda boleh tandakan “Ya” untuk soalan ini sekarang, dan nanti saat menerima cek (cheque) tersebut di rumah, anda boleh saja abaikan dan buang. Tiada apa-apa masalah. Jika anda tidak tunaikan cek tersebut dalam masa 3 bulan, secara automatik, cek itu hanya sekadar kertas tiada nilai. Dan PTPTN tak akan keluarkan apa-apa penyata hutang kepada anda.

4. Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi?

Tandakan “Ya” jika anda bersetuju jika KPT sebarkan data anda (alamat, nombor kad pengenalan, dan sebagainya) kepada pihak lain.Contohnya seperti IPTS.

4. Adakah anda BERMINAT dengan empat (4) Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) iaitu UTP, MMU, UNITEN, dan UNIKL?

UPU akan memberi tawaran universiti daripada GLU jika anda menepati syarat asas & khas IPT berkenaan. Diingatkan, UPU hanya akan membantu anda mendapatkan tawaran universiti, bukan tawaran penajaan. Penajaan dan yuran pengajian ditanggung oleh para pelajar. Jalan alternatif ialah, memohon biasiswa daripada agensi lain untuk mendaftar di GLU. Semua itu haruslah dimohon oleh para pelajar sendiri. UPU hanya membantu mendapatkan tawaran penempatan di GLU sahaja.

“Kalau saya tandakan “Ya”, adakah 8 pilihan UPU saya akan terjejas dan UPU bagi tawaran GLU kepada saya? Saya tak berkemampuan nak masuk GLU.”

Tidak, pilihan UPU dan pilihan GLU adalah 2 benda berbeza. Jika anda mendapat tawaran UPU daripada 8 pilihan anda, UPU tidak akan tawarkan tawaran penempatan GLU. Penempatan GLU akan diberikan kepada pelajar yang gagal mendapat penempatan di IPTA sahaja. Jangan risau. GLU adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pembelajaran di kalangan pelajar lepasan sekolah.


Nurul Rawaida Ain dan repost
Kami mencari anak Pekan & Kuantan yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini (sekurang-kurangnya 5A) yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Diploma di UMP dengan yuran sepanjang pengajian ditanggung oleh UMP (melalui inisiatif MyGift UMP) dan turut diberikan elaun sara diri setiap semester 😍😍😍😍

Jika berminat atau sebarang pertanyaan lanjut boleh PM saya ye atau hubungi 09-5492545/2565 (waktu pejabat sahaja) atau emel ke mferdaus@ump.edu.my.....

#MyGiftUMP #ProgramAnakPekanCemerlang #SAffADUMP


📝 Korang suka cikgu mana? Cuba sebutkan nama.beliau dan kenapa korang suka cikgu tu? 😅🙈
Manalah tahu cikgu korang ada dalam group ni terharu ke cia cia cia 😂🌸💕

Nuratiqahishak: Cg bio , suhailina mohd ikhwan , nice and pretty and seronok belajar

Shah: Cikgu Irzan cikgu bio saya dan cg awin cg kimia saya 😍 Mereka ajar sampai saya meraih kejayaan 😍😍

Azz 🌱🌹: Cikgu dri sy tadika smpai sklh menengah..tnpa mereka siapalh sy skrg..xlupa juga ckgu drumah..❤️❤️❤️

💙: Join channel @gadis_semanis_epal Sy suka cikgu @nisa8

Athirah: Sayang cg chem, cg fizik, cg acc, cg bm dan cg bi sesangat 😭😭 Too much words to describe why i sayang them ❤️

ponysmakeup 🦄: RahimahHarun❤️ Krn dy ajar sy MT dari Z ke A 😘❤️ Suka brcrita kisah serem & dngr luahan hati kami sekelas 😌

Nurul Nurulain: Saya suka cikgu math dari darjah 6 hingga sek menengah . diaorg garang tapi tak pernah hampakan keputusan kami

sitinurulhazirah: Cg addmath, walaupun result saya tak seperti yg diimpikan, dia dtg and still ucap tahniah 😭

nbla___: Ustazah alha.ckg syariah...seronok dy selalu bg kata ii mutiara...❤

‎Ndhrh Zwni: Teacher Suziana (guru sains dan math)dia baik and tegas dal mengajar kmi.

‎Nur Saffinatun Najah: Cikgu siti zubaidah . Cikgu bm . Sporting gegilaaa . Dan berkat tunjuk ajar dia jugakla bm cemerlang Alhamdulillah 😘

‎Aidah.Girl🌾: Cikgu lee tem sk hahah😂😂😍

‎Miniongi: Arwah Sir Tawfeet ❤️

‎Aiman Alias: Guru segala guru.. Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam❤️

‎mr secret: ust haikal..ust bahasa arab..suka sbb selalu buat lawak tapi muka seress..hahaha pastu ayat kalau kasi mmg padu

‎Jija Jalil: Tc thien sbb dia ajar math power gila 💕

‎Izzah Zai: Teacher bazla sebab dia buat saya minat in english subject

‎Hakimi Zarimi: Bm Cikgu Hikmah 😂 especially masa dia ckp...Iqwan ! Kamu lena dalam kelas saya !!! (loghat Indon)

‎nurul ashikin 🎓: cikgu lukisan kejuruteraan saya,sbb dia la saya x prnah x dpt A😎

‎Hakimi Jamai HKJ: Pengetua, sebab takde dialah dapat jadi ketua pengawas, kalaulah korang tau nama dia Zainal bin Mesran 😁

‎Mimiey Syamimi: Sye nk tnye pra-diploma nie rugi ke klu ambik??

‎Yuyun: Cg ismail.humble man i ever met.Cg sejarah yg sempoi..thanks cg.Semoga cg dpt jumpa pelajar A+ sejarah one day.

‎Siti Nabihah 🌼: Rindu ckgu Norhaslina Adam 😊 cikgu agamaa

‎Qurratu ❤§q: Cikgu fatizah ajar bm mase form 4...cikgu tu sgt memahami pndai amik hati ktorg satu kelas😌

‎anonymou
s: Papa saya❤️

👥 25 people have voted so far


Sejujurnya cekodok rindukan cikgu bi cekodok dulu 😌😌


Nur Hanan & Qurratu❤️❤️: apply upu, ipgm, some scholarships. 😅😅🙈

Nurul Aliyah: ,dmm? Ke dm? Kalau nak dm boleh dm @priiyagrande

Nik Syafiq: 😂😂😂😂

.: jangan makan saya 😭 saya masih muda lagi huhu

Hud Assyairoh: get well soon dear 💛✨

Ayu Liyana Nadzirah, Nur Alyana, Siti Nabihah 🌼: syukur semua sihat

💙: dah join dah 😅


📝 Korang sihat? Sambil rehat cekodok dah apply hhehe

Ayu Liyana Nadzirah: Sihat😊

Hud Assyairoh: Batuk2 sikit

.: Teringin nak makan cekodok 😭

Nur Alyana: Alhamdulillah, sihat

Siti Nabihah 🌼: Sihat alhamdulillah 😊

💙: Join channel @videosmusix

Nur Hanan: Sihat.. Apply apa?

Nik Syafiq: Ramai peminat cekodok nie 😋😂

Qurratu ❤❤: Sihat2 aje...cekodok apply apa?

‎Nurul Aliyah
: Liya: erm rasa mcm nk dmm la

‎MIRRR§
j: i dilemma...hahaha

‎Yang Terinda
h: Alhamdulilah sihat...Semoga kite, ceria2 selalu...Insyallah 🤲

‎Hakimi Jamai HK
J: Sihat jak... Dah apply ni boleh sambung chat kat bot kan 😂

‎Ndhrh Zwn
i: Ya..sihat

‎Rosi
e: Deman😭

‎Razanss
s: Cekodoh apply scholarship apa

‎nurul ashikin §
l: dilema ni😭😭😭

‎pretzy
x: join @sentapwords

‎N. Athira
h: Sihat

👥 19 people have voted so far


*KOMPONEN PENGIRAAN MARKAH MERIT*

*Pengiraan Markah Akademik*

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran Utama Aliran + Markah Mata Pelajaran Terbaik

*Pengiraan Markah Akademik (90%)*

Markah Akademik (90%)_ = Markah akademik per 120 × 90

*Pengiraan Markah Merit*

Markah Merit = Markah Akademik (90%) + Markah Kokurikulum (10%)


*Pesanan admin..*

Banyakan google membaca, research, tanya kaunselor, pergi karnival dan tanya pensyarah disitu.. admin pom buat mcm ni.. knpe admin thu sngat tntg ni sbb admin buat research.. tnye cg kaunselor tnye senior.. alasan malu? malu? awak nak belajar awak kene tahu ni smua.. macam mne nak bljar kalau malu?.. nnti sesat.. org dah kedepan awak still ke belakang

kena ada pengetahuan yg luas,jadi takdelah awak confused

admin kat sini cuma bantu yg termampu, berikan informasi yg kami tahu. nak tahu selebihnya kena cari juga..saya sendiri kdg ii kne search google hadam dulu baru bgtau kat korang.. admin sendiri tanye senior sblum share kat korang..

So Rajinkan .. anda nak anda mesti tahu.. Anda tahu anda buat anda fikir anda berjaya.. Admin tak mmpu nak grakan awak smua.. sbb admin juga adalah lepasan sama dgn awak smua lpasan SPM baru nak kenali dunia IPT.. admin bukanlah org yg bijak sngat.. tp insyaAllah stakat admin boleh bantu admin buat..

akhir kata dri admin..

*U are the creator For Ur Own Future*

Admin Ameerul Haziq 💞


iz)

*14. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar?*
Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan.

*15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini?*
Boleh hubungi:
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Telefon: 03-55442664 / 02-55442650

atau

Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Telefon: 03-55443194 / 03-55443196


http://acis.uitm.edu.my/v1/index.php/home/latest-info/174-program-plus-tahfiz

*1. Apa itu Program Plus Tahfiz?*
Program Plus Tahfiz adalah program laluan khas kepada pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UiTM.

*2. Apakah objektif program ini?*
Progam ini diadakan untuk menghasilkan graduan huffaz profesional yang mempunyai watak Qurani melalui pendekatan (i) laluan khas ke UiTM; dan (ii) Program pengekalan hafazan.

*3. Adakah perbezaan antara program ini dengan program huffaz profesional di tempat lain?*
Program ini turut memberi fokus kepada program pengekalan al-Quran melalui beberapa program seperti tasmi' harian dan kokurikulum tahfiz.

*4. Siapakah yang layak memohon program ini?*
Program ini terbuka kepada semua lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, STAM, Asasi dan Diploma yang merupakan lepasan pengajian tahfiz.

*5. Apakah syarat kemasukan untuk program ini?*
Program ini terbuka kepada pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara, namun perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program yang berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik.

*6. Berapakah juzuk hafazan al-Quran minima untuk diterima dalam program ini?*
Tiada syarat minima juzuk, namun setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan tahap hafazan daripada institusi berkaitan serta diterima oleh panel penilai.

*7. Apakah program ini terbuka kepada beberapa program pengajian sahaja?*
Program ini terbuka kepada semua program pengajian di UiTM yang menawarkan pelbagai program daripada peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawangBahagian Hal Ehwal Akademik. 

*8. Adakah program ini khas untuk pelajar SPM yang memohon aliran agama sahaja?*
Tidak, program ini terbuka kepada semua aliran pengajian termasuk bagi program Asasi (bagi yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM) atau apa-apa program pengajian pada peringkat Diploma (bagi lepasan SPM yang memenuhi syarat keperluan SPM). 

*9. Saya tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab peringkat SPM, adakah saya layak memohon program ini?*
Ya, anda layak memohon mengikut syarat program yang dipohon. Syarat Bahasa Arab hanya diperlukan bagi pengajian Diploma/Sarjana Muda Pengurusan Industri halal dan Diploma/Sarjana Muda Pengajian Muamalat sahaja. 

*10. Saya pelajar lepasan SPM baru-baru ini daripada Maahad Tahfiz persendirian, adakah saya layak memohon program ini?*
Ya, anda layak memohon. Laluan kemasukan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan pengajian tahfiz yang mempunyai kelayakan SPM.

*11. Di manakah lokasi pengajian bagi program ini?*
Program wujud di seluruh pusat pengajian UiTM di seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu serta di Kampus induk UiTM di Shah Alam (Sila rujuk Peta Kampus). 

*12. Adakah program Diploma ditawarkan di kampus induk UiTM?*
UiTM tiada menawarkan program Diploma di kampus induk.

*13. Bagaimanakah cara memohon program ini?*
Terdapat 3 langkah mudah untuk memohon seperti berikut:

(a) Permohonan wajib dibuat secara atas talian dengan lengkap di laman web http://upu.mohe.gov.my yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

(b) Sediakan 4 dokumen berikut (yang disahkan benar):

- Salinan borang permohonan online UPU

- Salinan SPM/STPM/STAM/Diploma

- Salinan tamat pengajian daripada institusi tahfiz berkenaan

- Salinan pengesahan tahap hafazan al-Quran daripada institusi berkaitan

(c) Hantar dokumen tersebut kepada: Dekan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor (u.p: Program Plus Tahf






~*PENGIRAAN MARKAH MERIT*~

*ALIRAN SAINS*

🍃 _90 markah dari 5 mata pelajaran_

- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi *atau salah satu dari mata pelajaran berikut:*
Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik & Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan

DAN

🍃 _30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain_


*ALIRAN SASTERA*

🍃 _90 markah dari 5 mata pelajaran_

- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau *salah satu mata pelajaran berikut:*
Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran & Al Sunnah / Pendidikan Moral

DAN

🍃 _30 markah daripada mata pelajaran terbaik yang lain_






kalau ada masalah or nak tanya admin boleh pm @nurinisme. admin akan cuba jawab selagi mampu.
tpi kena sabar skit

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

4 676

obunachilar
Kanal statistikasi