Postlar filtri


Assalamualaikum. Selaku creator channel ini, admin ingin memaklumkan bahawa admin telah remove semua bot ASP daripada channel ini.

Tapi ada sesetengah ASP yang admin tidak dapat berhubung dengan creator ASP tersebut sebab lost contact.

Jadi admin tinggalkan maklumat di sini supaya creator-creator ASP dapat info daripada admin.

Maaf atas kesulitan. 🌸


Tanda hati kotor, kau cepat bad mood, benda kecik nak marah, bengang sini sana, dan rasa 'panas' je memanjang, rasa macam ada je benda tak settle.

Cepat-cepatlah istighfar, bukak quran, baca. Insyallah tenang.

@HashtagDaie


Bagaimana kita boleh berkira untuk memaafkan manusia.

Sedangkan, Allah tidak pernah ragu untuk memaafkan kita.

- Habib Ali Zaenal Abidin -

@HashtagDaie


Tuhan nak uji.

Dia uji dengan apa yang kita mampu tanggung.
Berlapang dada dengan apa saja yang ada depan mata.

Esok.

Kita tak tahu apa yang Tuhan atur untuk kita harung.
Dia paling Tahu sebatas apa sabarmu itu.

@HashtagDaie


“Selawat adalah jalan menuju ketenangan. Setiap kali kalian mengalami kesusahan, ingatlah bahawa Allah meminta kalian supaya berselawat pada kekasihNya agar Dia berselawat untuk kalian 10 kali selawat. Lalu Allah akan menghilangkan segala kesusahan itu.”

- Mawlana Shaykh Hisham Al-Kabbani -

@HashtagDaie


Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kamu inginkan, tapi tentang menghargai apa yang kamu miliki dan sabar menanti apa yang akan menghampiri.

@HashtagDaie


Hati akan tenang, bila kita menerima hakikat apa yang ada itu sudah ditakdir milik kita.

Dan apa yang hilang sudah ditakdir bukan milik kita.

@HashtagDaie


Jagalah lidah dari bercakap benda tidak baik.

Ini disebabkan lidah boleh menggambarkan macam mana rupanya hati kita. Kotor atau bersih.

Hati-hatilah dalam berbicara. Kelembutannya mampu melukakan hati bagai ditusuk mata pedang.

@HashtagDaie


"Idza shodaqol azmu wadhohas sabil"

"Jika ada kemahuan yang bersungguh-sungguh, pasti terbuka jalan nya"

@HashtagDaie


Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia.

Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita.

Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

@HashtagDaie


Jika lidah terselamat daripada mengumpat.
Jika hati terhindar daripada hasad.
Jika kaki mudah melangkah untuk solat berjemaah
ke rumah Allah.

Jika mata direzekikan mampu menatap ayat-ayat Allah.

Itulah nikmat-nikmat terbesar dalam hidup di dunia, yang jika kita telah mendapatnya, syukur dan redhalah. Itulah kekayaan hati yang sejati!

@HashtagDaie


Sekiranya kamu melakukan maksiat kepada Allah dalam keadaan gembira dengan gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu beserta mengerjakan segala ketaatan kepada Allah SWT.

@HashtagDaie


Zikrullah itu adalah mengingati Allah.
Mengingati Allah itu adalah zikrullah.

Pastikan Allah sentiasa dihati.

Insyaallah.

@HashtagDaie


Cuba ambil sebutir pasir dan kemudian campak ke dalam laut.

Kemudian, kau pergi selam dan carinya semula.

Agak-agaknya dapat tak?

Macam itulah payahnya untuk mencari seorang insan yang pernah kau aniaya, di padang mahsyar kelak.

@HashtagDaie


Kita akan lebih mensyukuri apa yang kita ada, bila kita selalu melihat orang yang lebih tidak berkemampuan dari kita.

Jiwa kita ini perlu diajar untuk lihat apa yang kita ada dan bagaimana kemampuan dan kebolehan yang Allah anugerahkan boleh digunakan untuk bantu orang lain.

@HashtagDaie


"Jagalah lidah."

"Jagalah lisan ini. Lisan ini umpama ular, bukan sahaja mematuk bahkan ia amat beracun."

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

@HashtagDaie


“Hanya satu benda sahaja yang boleh merosakkan dan menyesatkan ilmu, iaitu hawa nafsu."

- Imam Al-Ghazali -

@HashtagDaie


Kalau kita tidak jaga SOLAT percayalah yang lain pun akan terabai.

@HashtagDaie


Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kamu inginkan, tapi tentang menghargai apa yang kamu miliki dan sabar menanti apa yang akan menghampiri.

@HashtagDaie


Jangan pernah sesali dengan apa yang terjadi, semua ini adalah perancangan dari Allah SWT.

Dia lebih mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


@HashtagDaie

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

727

obunachilar
Kanal statistikasi