iamkakadh


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Nukilan hati Kak Ad. Sharing ilmiah, motivasi dan keibubapaan

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri




Soon Kak Ad nak bukak tabung infak untuk buat makan2 anak2 mengaji ☺️

Tarikh 18.2.25

If ada kenalan dalam ni nak join, roger terus tau!


Akhir2 minggu persekolahan ni, pasti akan ada satu sesi penyampaian hadiah kan? Tak kisahlah tadika ke, sek ren ke, sek men ke.

Adalah beberapa parent yg personal share, katanya emosi terganggu sebab anaknya x dapat satu anugerah dan minta Kak Adh share sikit kata2 semangat.

Baiklah. Kak Adh cuba 😘

1. Setiap anak berbeza hatta yang lahir dari parent yg sama.
2. Jangan bandingkan anak2 dengan anak sendiri yang lain mahupun rakan sedarjah.
3. Bersyukur dengan apa yang anak dapat, bukan dengan apa yang anak tidak dapat.
4. Perjalanan anak masih panjang. Guide anak untuk menjadi yg terbaik.

Tidak dapat anugerah bukanlah bermakna anak itu gagal, tidak pandai atau tidak bagus!
Itu bukan rezeki anak.

Tidak perlu cemburu dengan anak2 yang dapat anugerah.

Jadikan ianya satu titik untuk mempengaruhi anak supaya jadi yang terbaik di masa akan datang.

Jangan terlalu kejarkan anak untuk dapat anugerah itu ini. Namun kejarkan anak untuk fokus dan faham apa yang disampaikan guru.

Dapat anugerah itu rezeki dan bonus!

Hakikatnya, ia mengajar kita sebagai parent untuk bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada. ✌🏽

Didik anak untuk cemerlang akhlak dan agama, disamping berjaya akademik.

Abaikanlah jika ada yang mengata anak itu dan ini!

Kita terus maju ke hadapan ok

Hugs
Iamkakadh


Muslimatku..

Jangan sesekali kita jadikan sifat lemah seorang wanita sebagai alasan untuk tidak melakukan dakwah.

Jangan sesekali kita jadikan pakaian kita sebagai penghalang untuk menyampaikan dakwah.

Jangan sesekali kita biarkan orang lain berseorangan dalam menyebarkan dakwah.

Jangan sesekali kita rasa tidak layak untuk menjadi seorang pendakwah.

Dakwah adalah tugas kita walau apapun profesion kita.

✌🏽
@iamkakadh




ISTIQAAMAH

apa itu istiqaamah?
Tetap teguh dgn sesuatu yg dah dilaksanakan

cth hijrah; sangat2 perlukan istiqaamah

Tapi adakalanya kt tersasar, bukan?
Adakalanya masih teringat2 akan kenangan lampau
Msh lg terbayang2 dosa lalu
Msh lg terngiang2 ksh silam

Tapi tak mengapa

Teringat2 terbayang2 terngiang itu perkara biasa
Jgn melakukan kembali
biarkan ia berlalu

kt kn kuat menghadapinya
kt kn lawan

yes! bukan mudah
Tp kt yg nak berhjrah kan
Mst kn ada pengorbanan kat situ
istiqaamah je dgn perubhan yg kita dah lalukan
Jgn toleh belakang

yg dolu dolu biarkan
Jadikan pengalaman
Jadikan pengajaran
Jadikan penguat menghadapi masa akan datang

Tip istiqamah paling mudah?
Konsisten buat satu amalan.
Buat setakat yg mampu dahulu.
Buat sikit2.

_iamkakadh_
11 Januari


Jangan sesekali kita samakan Al-Quran dengan mana2 buku lain kerana sesungguhya amat besar perbezaannya..

Al-Quran merupakan kalam Allah yang amat penting untuk kita, hambaNya..

Al-Quran mengandungi pelbagai mesej, nasihat yg tersurat dan tersirat..

Al-Quran didalamnya terkandung pengajaran2 dari kisah2 terdahulu..

Al-Quran didalamnya terkandung balasan2 yg akan dikenakan pada mereka yg ingkar..

Al-Quran didalamnya terkandung hukum2 dan hujah2 yg amat sesuai dijadikan dalil setiap perkara..

Al-Quran itu penawar, petunjuk, pedoman dan panduan buat kita.

setiap persoalan kita, jawapannya ada pada Al-Quran..

Ia akan kekal terpelihara..

Bacalah
Fahamilah
Amalkanlah
Dengarkanlah
Hayatilah
Tadabburlah

😉

_iamkakadh_


Bebelan Kak Ad hari ni pasal CAKAP TAK SERUPA BIKIN... 🤭🤭🤭

Bebelan ni untuk diri Kak Ad utamanya ok?
Tak pernah terlintas pon nak perli kat orang!
Tapi kalau ada yang terasa, Kak Ad mintak maaf k?
Kak Ad pon terasa jugak 😅

Kadang kadang, kita sibuk marah orang buat buruk, tapi x sedar diri pon buat jugak!

Kadang kadang, kita sibuk paksa orang buat baik, tapi x sedar diri pon x buat jugak!

Mana boleh mcm tu kan?

X adil kan?

Allah pon dah berfirman dalam surat Shaff (2/3)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ . كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

So Kak Ad nak ajak kita semua muhasabah semula diri kita ni...

Bila dah suh orang tu, kita pon buatlah jugak!

Nanti Kak Adh share nota alquran berkaitan ayat ni ✌🏽

_Kak Adh_
9/1/19


Sekarang kita lihat terlalu ramai yang digelar sebagai influencer kan?

So Kak Ad nak bagi sedikit guide sebelum nak follow mana2 public figure/influencer, iaitu pastikan kita ada listkan dahulu beberapa ciri2 yang sesuai

Antara list2 nya :
⏩tutup aurat
⏩bahasa sopan
⏩contentnya bermanfaat
⏩tidak memburukkan/menyindir orang
⏩tiada sebarang hiasan patung (di rumah/pejabat)
⏩tak ada joget2
⏩mengajak orang kepada kebaikan

Jika kalian mahu menjadi influencer, pastikan kalian memiliki ciri2 di atas ya?

Tak salah pon kalau nak jadi influencer tapi jadilah yang terbaik!

Hugs
Kak Ad
070124


Hakikatnya, memilih untuk bekerja atau tidak bekerja merupakan satu perkara yang bukanlah mudah buat seorang wanita, lebih2 lagi bila dia bergelar seorang isteri dan ibu.

Bila ada isteri/ibu yang memilih kerja di luar, sokong!
Bila ada isteri/ibu yang memilih untuk tidak bekerja, sokong!
Ada sebab mengapa itu menjadi pilihan. dan sebab itu tidak perlu diumumkan.

Berlapang dada.
Raikan.
Support each other.

Perkara ini jugak tidak perlu dijadikan sebagai isu.
kerana ianya adalah atas kehendak sendiri 😬

Bergelar surirumah juga bukanlah mudah seperti yang disangka orang lain yang x mengalaminya. Hanya yang tahu je tahu.

Alhamdulillah.
Syukur seadanya dengan apa yang kita ada tau!

Kata2 negatif? Banyak dapat! Tak boleh kira dah..
Tolak tepi je.
Jangan down.
Ambil kata2 negatif itu untuk dijadikan sebagai penguat kita buktikan bahawa menjadi surirumah adalah satu pekerjaan yang diiktiraf.

Be proud!

Sejujurnya, Kak Ad kagum dengan isteri/ibu yang memilih bekerja di luar.
Nak kene hadap orang luar, balik rumah nak urus rumah tangga plak..

Apepun tepukan untuk keduanya kerana kalian hebat!

Hugs,
Kak Adh




NOTA ALQURAN PDF dan repost


5 sebab anak2 menjadi PANAS BARAN :
1️⃣Faktor Genetik
2️⃣Rasa Lapar
3️⃣Keletihan
4️⃣Tidak mendapat apa yg dikehendaki (material)
5️⃣Tidak mendapat perhatian

8 cara mendidik anak untuk kawal kemarahan :
1️⃣Marah kerana Allah
2️⃣Urus kemarahan dengan cara hikmah
3️⃣Sentiasa ingat Allah
4️⃣Banyak taawwuz
5️⃣Diam diri
6️⃣Tenang dan ubah posisi
7️⃣Menghukum
8️⃣Hayati sirah Nabi saw

4 tips untuk anak panas baran :
1️⃣Azankan 7x di telinga kanan anak semasa hampir terlelap
2️⃣Elakkan makan ringan, jeruk, air gas. Beri kismis bilangan ganjil
3️⃣Jangan biarkan anak2 berada di luar rumah oada waktu senja hingga isyak
4️⃣Baca surah Assoffat, surah Aljin dan Yasin pada air. Jadikan ianya air mandian dan minuman

Sumber : Buku Mendidik Anak Cara ALFATEH




*Checklist Al-Quran*

⏭️BACA ALQURAN BESERTA TERJEMAHAN SETIAP HARI
⏭️BELAJAR TAJWID DAN TAFSIR DAN TADABBUR
⏭️BELAJAR SINOPSIS DAN ASBABUL NUZUL
⏭️DENGAR CERAMAH BERKAITAN AL-QURAN
⏭️BACA BUKU/ARTIKEL BERKAITAN AL-QURAN
⏭️CUBA MENGHAFAZ AYAT-AYAT PILIHAN
⏭️TARGET KHATAM SETAHUN SEKALI
⏭️BUAT JURNAL BERKAITAN AL-QURAN
⏭️SEBARKAN 1 HARI 1 AYAT PILIHAN
⏭️MENGHAYATI SETIAP BACAAN DAN BERAMAL

hugs
@iamkakadh


2025..

Jadilah diri seorang hamba yang berusaha untuk taat akan perintah Tuhannya..
Jadilah diri seorang manusia yang bermanfaat pada semua..
Jadilah diri seorang yang berusaha menyeru kebaikan..
Jadilah diri seorang yang berusaha mencegah kemungkaran..
Jadilah diri seorang yang berusaha membaca dan menghayati dan mempraktikkan Alquran..
Jadilah diri seorang yang saling mengingatkan saudaranya yang lain..
Tanamkan sifat malas pada semua perkara keburukan..
Tanamkan sifat rajin pada semua perkara kebaikan..
Jadilah diri seorang yang berusaha menjaga hubungan dengan Tuhannya dan makhlukNya yang lain..
Jadilah diri seorang yang berusaha memperbaiki diri..
Jadilah diri seorang Muslim yang berusaha ke arah Mukmin..

Semoga tahun baru ini lebih baik dan bagus dari yang sebelumnya..
Semoga tahun baru ini memberikan sinar yang baik dari sebelumnya...

Ingat Allah!
Ingat Rasulullah!
Ingat Hari Kiamat!
Ingat Syurga Neraka!
Ingat Mahsyar!
Ingat Mati!

Jom jadi baik!
Jom jadi bahagia!
jom perbaiki diri!

Sanah Jadidah buat semua!

_Kak Adh_








Hari ni Kak Ad nak bebel pasai WANITA SOLEHAH..

Setiap kita bergelar wanita pastinya nak mencapai tahap solehah bukan? Kak Ad pon nak sangat 😬

Tapi jangan hanya cakap kat mulut je "aku nak jadi nak jadi, tapi x ada pon usaha" k?

Apa dia ciri ciri WANITA SOLEHAH?
Hakikatnya banyak sangat sampai tak larat nak tulis 🤣🤣🤣, tapi Kak Ad fokus pada yang termaktub dalam AlQuran je ok?

Dalam surah Annisa ayat 34.
Qonitat : ketaatan kepada Allah secara berterusan, bukan bermusim.
Hafizat : menjaga ketika ketiadaan suami. Jaga apa? jaga maruah diri, jaga maruah suami, jaga harta suami.

Dalam surah Attahrim ayat 5.
Muslimat : Yang menurut perintah, lebih kepada perkara yang nampak.
Mukminat : Yang beriman kepada setiap rukun iman, lebih kepada perkara yang tidak nampak.
Taibat : Yang bertaubat dengan sebaik-baik taubat, menyesal dan berjanji tidak ulang kembali.
Qanitat : ketaatan kepada Allah secara berterusan, bukan bermusim.
Saihat : Yang berpuasa
Abidat : Yang beribadah kepada Allah

So dah jelas kan tentang ciri cirinya?
Bagus!

Sekarang Kak Ad nak bagitahu apa kita perlu buat untuk jadi WANITA SOLEHAH?
1) niat mesti suci dan benar.
2) jaga perkara wajib dahulu. tutup aurat, solat, taat Allah, taat suami, taat ibubapa.
3) jaga hubungan dengan Allah dan makhlukNya.
4) jaga batas pergaulan dengan kaum ajnabi.
5) usaha mendalami ilmu agama
6) mohon doa

Setiap kita yang bergelar wanita memang boleh bergelar WANITA SOLEHAH 😉

Moga Allah redha dengan kita semua
Moga Allah bantu kita insyaAllah

_Kak Ad_
Muslimah yang mengejar redha ilahi

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.