IfonLoveYou ✨


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha



Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Statistika
Postlar filtri


Nak beli instagram?
Join sini
@instapilot


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish


sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Zavikon terletak di antara sempadan 2 negara iaitu Amerika dan Kanada mempunyai sebuah jambatan yang dianggap sebagai jambatan paling pendek yang menghubungkan 2 buah negara. Pemilik rumah ni membuat jambatan untuk menghubungkan pulau kecil dibelakang rumahnya yang berada di dalam negara Amerika.




Masa first time tengok gambar ini, rasa kesian sungguh. Terkejut pun ada. Manusia manalah yang buat khianat dekat kambing ini? Tinggalkannya tergantung dekat dinding macam gitu ja. Seksa woih!

Rupa-rupanya kambing ini mempunyai kelebihan luar biasa. Bukan orang yang buat khianat. Mereka yang panjat sendiri!

Kambing jenis Alpine Ibex ini berkemampuan untuk mendaki bukit dan dinding empangan dengan kecuraman 90 darjah untuk mendapatkan sumber makanan serta lari daripada pemangsa.

Kalau dah panjat dinding yang tinggi menegak sebegini, harimau atau serigala yang nak menangkapnya pun putus asa terus. Surrender!

Biasanya kambing ini akan menjilat dinding-dinding bukit yang berbatu untuk mendapatkan sumber garam mineral.

Payah nak jumpa spesies ini di Malaysia. Kambing ini hidup di Pergunungan Alps dekat Eropah. Jadi, kita tengok gambar sajalah. Itupun dah memadai dan membuatkan kita teruja.




Nak pergi muzium unik? Kena belajar menyelam dulu sebab di Jordan terdapat muzium tentera yang berada di dasar laut, lokasi muzium ni dekat Laut Merah. Tentera Jordan telah menenggelamkan 19 peralatan dan kenderaan milik tentera negara itu yang terdiri daripada helikopter, kren tentera, beberapa buah kereta kebal serta ambulans.




Sejenis sotong yang dikenali sebagai Wunderpus photogenicus akan kelihatan lutsinar semasa peringkat kecil, boleh nampak otak sotong tu. Sotong jenis ni boleh dijumpai disekitar perairan dari Bali, Indonesia sehingga ke Filipina.Biasanya akan berada pada kedalaman yang cetek iaitu sekitar 20 meter.




Mungkin ada yang fikir kutub selatan yang beku tu jarang ada benda yang unik, dalam gambar ni sebenarnya merupakan sejenis hidupan yang dikenali sebagai Labidiaster annulatus. Boleh dijumpai di sekitar perairan kutub selatan pada kedalaman kira kira 30 hingga 400 meter.




Afrika berpisah: benua baru dan lautan lain akan terbentuk.

Keretakan lebih dari 56 kilometer yang muncul pada tahun 2005 di Gurun Afar, yang terletak di Ethiopia, terus maju dan membahagi wilayah benua Afrika.

Ini disebabkan oleh pemisahan dua lempeng tektonik yang akan menyebabkan benua pecah menjadi dua bahagian, di mana, dalam 5 hingga 10 juta tahun, lembangan lautan baru akan muncul.

Dalam 4 tahun, retakan telah berkembang hingga 60 kilometer. Oleh itu, pada tahun 2005, para saintis telah melakukan beberapa peta satelit, dan menemui keretakan besar di kawasan Afar yang gersang, di Afrika Timur. Melihat dengan teliti, mereka menyedari bahawa perpecahan itu memecah-belah benua.

Tempoh kehidupan manusia tidak akan cukup untuk melihat perubahan di bumi ini, walaupun kenyataan bahawa bumi sentiasa berubah, dan semua yang kita ketahui hari ini, dalam beberapa tahun lagi akan sama sekali berbeza, Satu kajian baru yang diterbitkan oleh Nature Communications , yang disebut " Dynamics of microplates Victoria



14 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

365

obunachilar
Kanal statistikasi