Ihsan Abyadh 🕊️


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


°Make Yourself Always Smile 🕊️
°Just For Sharing Qoute 🖋️
°If You Want To Give Qoute Just DM Admin 😊

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


NASIHAT AHLULLAH

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” .

(Imam Hasan Al-Basri)
Kredit : Ustaz KhanDaie
#Malfuzat

@ihsan_abyadh


Yakinlah setiap takdir dari Allah itu adalah cerita indah yang telah ditulis untuk kita .

Oleh itu , tiada sebab untuk kita kecewa dalam hidup ini .

Senyumlah dan nikmatilah hidup ini kerana saat nyawa hilang dari jasad itu , disitu sebenarnya bermula kehidupan kita.

@ihsan_abyadh


Bismillah..🌹

Kebanyakkan manusia merasa dengan mengumpul harta yang banyak dia akan bahagia, tetapi para ulamak berkata sebenarnya taqwa pada ALLAH itulah bahagia.

Dan taqwa itu adalah simpanan yang sebaik-baiknya dan bahagia yang sebenar-benarnya disisi ALLAH Taala.

@ihsan_abyadh


What the Almighty has done for others, He can do for you. Don’t get upset and envious when He does something for them. You need to understand His Plan. Celebrate the victory of others, be happy for them and He will grant you even more just because you were patient.

Credit :Mufti Menk

@ihsan_abyadh


Nasihat hendaklah bersalut kasih sayang bukan bersulam kata-kata bisa sindiran. Ikhlaslah dalam memberi nasihat kerana Allah.

@ihsan_abyadh


Februari. Semoga bulan ini lebih baik dari sebelumnya, lebih banyak khabar gembira dari khabar duka. Aamiin🤲🏻

@ihsan_abyadh


Kematian itu datang dengan tiba-tiba. Ia tidak peduli kita bersedia atau tidak.

Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang apabila telah dibuka dan tertutup kembali ia tidak akan pernah terbuka lagi selamanya.

Sedangkan jalan setelah kematian sangat panjang dan mengerikan bagi orang yang tidak punya bekal!!

Renungkan 😔

@ihsan_abyadh


Ya Allah, luputkanlah kami dari kelazatan bermaksiat kepadaMu dan kurniakanlah kami kelazatan untuk taat kepadaMu.

@ihsan_abyadh


Taubat itu ibarat pelangi yang hanya muncul selepas kau gugurkan air mata seperti hujan membasahi bumi.

@ihsan_abyadh


Al-Quran yang dibaca dan diamati maknanya akan mengubah hidup kita setiap hari.

Cuma ada satu perkara yang menyekat dari perkara itu, iaitu keingingan kita.

Tanya diri kita sendiri, kita mahu atau tidak mendapat cahaya dari Al-Quran.

@ihsan_abyadh


وما توفيقي إلا بالله

@ihsan_abyadh


Jika kamu mencintai seseorang sebelum menikah .

Tidaklah ada yg halal untuknya ,
Kecuali dengan doa .

Cinta itu adalah doa .
Maka doakanlah orang yang kamu cintai

- Habib Ali Zaenal Abidin Alwi Al Kaff -

@ihsan_abyadh


Suka baca ayat ni;

‎"the best gift you can give for someone is du'a. because nothing happens without the permission of الله."

@ihsan_abyadh


نية المؤمن خير من عملها

@ihsan_abyadh


Jangan engkau pernah menghitung berapa ramai orang yang mengecewakan dan meninggalkan mu, tapi hitunglah berapa kali kamu menjauhi Allah tapi Dia tidak pernah meninggalkam mu

@ihsan_abyadh


Pesan pada hati, kita kena maafkan orang lain bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri agar hati jadi lebih tenang

@ihsan_abyadh


Allah tidak mewajibkan kita untuk meminta rezeki dengan nya, tetapi Allah mewajibkan kita untuk meminta hidayat dengan sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari.

" اهدنا الصراط المستقيم "

@ihsan_abyadh


Dakwah ialah menyediakan keinginan kepada mereka yang tiada keinginan, seperti menyediakan air kepada mereka yang tidak inginkan air.

@ihsan_abyadh


Kenapa kita sering kecewa?

Kerana kita selalu membelakangkan Dia yang memberi bahagia🥲.

-jentik hati-

@ihsan_abyadh


KISAH ZAMAN MODEN...

Hati sy tidak tenang,pergi karaoke,pergi shopping mall mcm dah usahakan tp masih tk tenang..Macam mana ni...
Berhibur tetapi tidak tenang?

Ambil tafsir Ibnu kathir dalam surah al-anam ayat 82.

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Kezaliman disini ibarat perkara-perkara lagha yang sering kita lakukan. Perkara lagha ni boleh jadi macam-macam bentuk kita sendiri sedia maklum)

Akan tetapi yang ingin ditekankan apabila kita mengaggap maksiat itu menenangkan, akhirnya ia yang mengeringnya jiwa-jiwa yang basah.

Kita akan rasa seronok, gembira dan acah tenang namun ia sebenarnya bersifat sementara dan akhirnya membuatkan jiwa rasa kosong dan tercari-cari akan nilai hidup.

Sebab itu ada manusia berjaya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah selepas puas melakukan dosa dan maksiat yang dikatakan "tenang".

Hidayah bukan perlu kita tunggu, sebenarnya dah ada. Cuma kesombongan dalam diri kita yang menyebabkan pintu hati terkunci rapat sehingga hidayah nak masuk pun sukar.

Rendahkanlah ego kepada Tuhan mu.

@ihsan_abyadh

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

47

obunachilar
Kanal statistikasi