TAMAKNYA MANUSIA DALAM MENCARI HARTA DUNIA
Akan berlaku di akhir zaman nanti manusia begitu tamak di dalam mencari harta dunia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika akhir zaman manusia semakin tamak terhadap harta dunia dan semakin jauh daripada mengingati Allah SWT" (Terjemahan Hadis Riwayat: Tabrani).
Jika kita perhatikan fenomena tamaknya manusia terhadap harta dunia ini berlaku di mana-mana sahaja. Lihatlah di sekeliling kita. Orang sudah tidak pernah berasa puas terhadap harta dunia. Tidak pernah merasa kecukupan terhadap kekayaan dunia sehingga mereka bekerja siang dan malam.
Orang tamak seumpama orang kehausan meminum air sejuk. Tidak akan berasa puas dan terus meminum dan meminumnya lagi. Sehingga perut menjadi buncit dan sesak nafas akibat banyaknya minum kerana tidak berasa puas. Begitu juga perangai orang tamak terhadap harta dunia.
Mereka tidak pernah berasa puas dan kecukupan. Makin banyak harta yang sudah dimilik dan dikumpul, semakin banyak pula yang mereka ingin cari. Makin kedukut dan kikir pula sifat peribadi. Mereka sudah tidak memikirkan bagaimana dan di mana mereka perolehi harta kekayaan dunia.
Harta kekayaan dunia semakin banyak yang kita kumpul semakin terasa kurangnya. Akhirnya kita bertungkus lumus siang dan malam hanya untuk mencari harta kekayaan dunia. Soal halal haram sudah tidak dipedulikan. Akhirnya mereka lalai untuk mencari harta buat bekalan akhirat.
Allah SWT memberikan peringatan yang bermaksud: "Kamu dilalaikan oleh memperbanyakkan kekayaan dunia sehingga kamu masuk ke liang lahad (lubang kubur)". (Terjemahan Surah al-Takatsur. Ayat 1-2). Orang yang tamak kepada harta dunia akan lupa juga terhadap ahli keluarga.
Seperti yang disebutkan di dalam hadis bahawa semakin tamak manusia mencari harta dunia maka semakin jauh daripada mengingatai Allah SWT. Maksud jauh daripada meningati Allah SWT ialah manusia semakin sibuk mencari harta dunia hingga tidak punya masa untuk beribadah kepada Allah SWT.
Orang yang tidak memikirkan soal halal haram dan keberkatan dalam mencari harta dunia tidak akan merasa penting untuk mengingati Allah SWT. Yang penting bagi mereka ialah mencari sebanyak mungkin harta dunia sementara kudrat masih ada. Semakin banyak harta terkumpul semakin menjadi-jadi sifat tamaknya.
Tn. Hj. Darus Awang
nota_tasawwuf🌸