Ceramah Perdana
Ustaz Abdul Somad
16 February 2019
Ipoh, Perak
Nak bina ummah perkukuhkan dari bawah dahulu ( kukuhkan lantai). Iaitu Aqidah yang paling utama perlu dibetulkan. Iaitu Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Setelah itu Iman, manusia dibangunkan kerana لا إله الا الله محمد رسول الله
Pertama yang di ajarkan Nabi Muhammad ﷺ sama seperti bangunan iaitu asas pembangunan manusia AQIDAH. Ketika mana cucu Rasulullah ﷺ lahir, maka Rasulullah ﷺ sendiri mengazankan cucunya.
Kenapa manusia diperintahkan untuk mengazankan bayi? Supaya dia kembali pada pangkal jalan (jalan yang Allah) iaitu pada awalnya dia di azankan.
Kedua kukuhkan TIANG. Apa tiang? Iaitu solat 5 waktu. Jika tiada tiang, maka tiada dinding dan bumbung. Tiada tempat bergantung. Jika tiada tiang, maka tidak kukuh semuanya.
"Siapa tinggal solat secara sengaja, maka kafir secara nyata." Ustaz Abdul Somad
Maka, didik anak pertama dengan Aqidah, kedua dengan Solat. Agama kata tiang adalah solat, tapi sebahagian ulama kata WANITA juga merupakan tiang yang perlu di kukuhkan.
Kata pepatah : " Perempuan tiang Negara ". Kalau baik tiang, maka binaan akan baik. Jika buruk tiang, maka binaan akan buruk.
Ayat AlQuran mafhumnya :
" Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh tanpa manfaat. {QS AL ARAF:58}
Ayat Quran ini ada kaitan dengan Nabi Nuh as. Benih yang baik tetapi tanah tidak baik, maka tanaman menjadi tidak baik. Begitu juga dengan kisah Nabi Nuh as, dimana Kan'an anaknya tidak mengikut ajaran Islam, kerana tanah yang tidak baik. Kan'an derhaka yang lahir dari perempuan derhaka.
Ketiga kukuhkan atap iaitu mesti banyak puasa. Rasulullah ﷺ berkata : "Puasa itu adalah perlindung."
Siapa mati ada hutang puasa maka ahli warisnya wajib ganti. Maka, jika ibu kita ada hutang puasa ketika mengandungkan kita, atau menyusukan kita. Maka, tanya pada dia, jika ada dan dia tidak mampu. Maka, wajib kita ganti puasa baginya.
Sebagai mana atap melindungi bangunan, begitu juga puasa melindungi ibadah.
Keempat kukuhkan dinding iaitu zakat, infak dan sedekah. Hadis mafhumnya : " Senyum mu kepada saudara mu adalah sedekah." Tapi dalam bab senyum ni, pastikan senyum pada yang boleh sahaja. Lelaki senyum pada lelaki dan sebaliknya. Agar tidak datangnya fitnah terhadap senyum tersebut.
Ada harta, maka bantu dengan harta. Jika ada kuasa, maka bantu dengan kuasa. Jika tidak ada harta dan kuasa? Maka banyakkan amal.
Kelima kukuhkan pintu atau jendela iaitu zikir. Syaitan tidak berbisik di telinga atau mata, tetapi syaitan berbisik pada dada. Jadi tutup dengan pintu itu adalah zikir.
Orang yang kuat berzikir adalah cara dia menutup pintu agar syaitan keluar.
Maka perbanyakkan zikir-zikir setiap hari.
Terakhir, kukuhkan perhiasan di dalam dan luar rumah. Iaitu amar makruf nahi mungkar. Ajak manusia melakukan kebaikan dan larang manusia melakukan kemungkaran.
Nanti Allah akan turunkan hukuman dan bila berdoa tidak dikabulkan kerana tidak ada amar makruf nahi mungkar pada diri manusia. Maka, lakukan lah amar makruf nahi mungkar pada ummah.
Jika kita mampu kukuhkan keenam-enam ini, in Sha Allah, kita boleh dan mampu menjadi insan mencontohi Rasulullah ﷺ dalam pembangunan insan.
Wallahu'alam.
@khalifahofficial