#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether
ARTIKEL PILIHAN: WASPADA TAWARAN PAKEJ HAJI MURAH - PENGARAH JSJK
Kuala Lumpur, 15 Disember 2024 - Masyarakat diingatkan berwaspada sebarang tawaran pakej haji dengan harga murah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Ini susulan laporan mengenai pengumuman kos mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin bagi menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bakal jemaah haji disaran untuk membuat sebarang urusan dengan syarikat yang disahkan oleh Tabung Haji dan seumpamanya.
Menurut beliau, sekiranya terdapat syarikat yang menawarkan harga murah daripada yang ditetapkan, berkemungkinan ia tidak melalui proses yang betul dan berakhir dengan penipuan.
"Mangsa dalam kes sebegini akan ditipu.
"Dalam pada kita teruja untuk kurangkan kos mengerjakan ibadah haji, perlu diingat ia mesti melalui jalan serta proses yang betul," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/article/702321/berita/semasa/waspada-tawaran-pakej-haji-murah---bukit-aman
Sumber: Sinar Harian
https://www.facebook.com/share/p/19tKmhFr5A/