Madrasah Sunni Online MSO


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


MSO adalah gabungan group dalam telegram menyebar info ahli sunnah di telegram.
Sila like facebook MSO https://www.facebook.com/madrasahsunnionlineMSO

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


PERUTUSAN PRESIDEN MSO SEMPENA 1 REJAB 1439H.
----------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام ساتو رجب😊

Sahabat-sahabat MSO yang dihormati,

Sempena dengan kedatangan bulan Rejab yang mulia ini yang merupakan salah satu daripada bulan-bulan Haram yang diberi penghormatan yang tinggi di sisi Allah SWT, marilah kita persiapkan dan perkemaskan diri kita dengan ilmu dan amal di saat umat Islam di Malaysia khususnya dilanda berbagai krisis bermula dengan pemimpin atasan hinggalah ke rakyat bawahan.

Tidak dapat tidak kita sebagai DAIE MSO rasa terpalit dan terpanggil untuk membetulkan ummah terutamanya yang melibatkan aqidah sesat dan syariat yang makin dilonggarkan oleh segelintir puak di luar sana.

Imej Islam telah dirosakkan oleh golongan yang mendakwa kononnya merekalah 'salafi-sunni' padahal merekalah pelopor kekerasan dan keganasan. Mereka pecah belahkan perpaduan 'Sunni-Syafie-Sufi' yang telahpun bertapak sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Walhal yang benar-benar salafinya ialah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan Imam-imam Muktabar seperti Imam Hanafi (W150H), Imam Maliki (W179H), Imam Syafie (W204H) dan Imam Hanbali (W241H).

Anak muda kita semakin ditekan oleh bahaya Wahabisasi dan terikut-ikut dgn budaya memudah-mudahkan agama. Dahsyatnya aliran ini sehingga mereka mengarang tajuk penulisan:

الوهابية جددت منهاج النبوة
Ertinya: Wahabisasi memperbaharui Manhaj Nabawi.

Banyak pertuduhan bid'ah, sesat malah syirik telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia. Antaranya:

1. Mereka menyesatkan manhaj Asya'irah dan Maturidiah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah. Menyelar pengajian sifat 20 dan gemar pula membahaskan ayat-ayat mutasyabihat sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah termasuk ke dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

2. Mereka mencampur-adukkan isu-isu fiqh dalam akidah seperti tawassul, tarikat dan lain-lain. Menuduh tasawwuf diciplak daripada falsafah Yunani, agama Buddha dan lain-lain.

3. Mendakwa pengikut mazhab sbg jumud dan taksub. Padahal merekalah yg taksub kepada Muhammad bin Abd Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir Al-Albani, Muhammad Soleh Al-Uthaimin dan Soleh Fauzan.

4. Menjadikan isu-isu furu' sbg medan perbalahan ummah. Lidah mereka hanya berzikir "bid'ah, bid'ah, bid'ah". Ulama-ulama nusantara terdahulu dikecam sbg pereka agama.

Maka saya dengan ini menyeru semua sahabat dalam MSO sempena dengan momentum 1 Rejab agar menjadikan medan maya ini sebagai satu cara untuk kita berjihad dan berdakwah, amar ma'ruf dan nahi mungkar demi mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yg sebenarnya. Yang pandai berceramah teruskan dgn ceramah. Yang bijak menulis teruskan menulis. Yang kaya idea teruskan lontar idea. Yang pintar merancang teruskan merancang. Yang pakar organisasi terus hidupkan organisasi. Asalkan kebenaran yang kita perjuangkan.

سيروا على بركة الله

Wallahu A'lam.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان. امين
وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اخوكم في الله
محمد فوزي بن مصطفى الشافعي

Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
Presiden Madrasah Sunni Online (MSO) Sesi 2017/2019
18 Mac 2018.
30 Jamadilakhir 1439H.


Perutusan Presiden Sempena 1 Rejab 1439H
Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
Presiden MSO sesi 2017-2019


​​Khutbah Jumaat 🕌 bertajuk Memanfaat Media Sosial Elak Muflis Akhirat

👉 Tonton di sini


Perbincangan kewangan Islam, perbankan, hartanah, zakat, hibah dan soal jawab kewangan kontemporari bersama panel muamalat Prof Asmadi Mohamed Naim boleh diakses melalui @mso_muamalat.

Sila klik utk join grup.




Selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW @madrasahsunnionline_MSO


Senarai terkini Likers FB Universiti Awam sehingga 2 Oktober 2017


Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini akan memberi sinar baru dalam diri kita. Semoga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1439

@madrasahsunnionline_MSO


Saya Mohd Abdul Aleem dengan ini menawarkan khidmat saya percuma tanpa sebarang bayaran utk mana mana sekolah Agama dan Mahad Tahfiz yg ingin membuat Pelan Kecemasan Kebakaran atau apa apa Pelan Kecemasan dan juga latihan percuma utk kanak kanak Mahad tahfiz ttg langkah langkah keselamatan yg harus diambil dan diikuti andaikata terjadi apa jua kecemasan atau darurat.

Saya berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang keselamatan, Auditor utk OHSAS 18001, Auditor Risk Assessment, Qualified Fire Safety Manager, dan telah buat banyak pelan pelan kebakaran utk banyak institusi serta bangunan di Singapura.

Anda hanya sediakan saya tmpt penginapan dan makan minum saya.

Insyallah saya berikrar utk membantu mana mana pihak Mahad Tahfiz yg perlukan bantuan saya.

Ikhlas Kerana Allah.
Hubungi saya terus 0176047647

Pls share dan sebarkan.
#khidmatmasyarakat
#AnakAnakSyurga




Rayuan Sumbangan & Derma Kejadian Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung : 14 September 2017.

Korban : Melebihi 20 orang (Pelajar & Warden)




SEMBAH TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi roji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

Madrasah Sunni Online (MSO) merakam sembah takziah kepada seluruh kerabat dan rakyat negeri Kedah diatas kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Semoga roh Almarhum Tuanku ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....

Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞


TARIKH MAAL HIJRAH DIUBAH

PUTRAJAYA 19 Jan.- Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

Tarikh Awal Muharam diubah. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

■ Hari Jumaat 22hb September adalah cuti umum dan bukan pada tarikh sebelumnnya. Info lanjut ke fb Jakim Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarikh-awal-muharam-diubah-1.433340#ixzz4o75OJM8f
© Utusan Melayu (M) Bhd


Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Semoga amalan kita diterima..

Terima kasih kerana terus mengikuti
@madrasahsunnionline_MSO


Doa Syaikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi pada hari kemerdekaan tanah air kita


Hadapi masalah dengan bilangan channel dan group yg banyak dalam apps Telegram?
Boleh gunakan apps seperti PlusMessenger untuk mengasingkan channel, group dan bot dalam screen handphone anda.

👉 Klik sini untuk download Plus Messenger

Selepas download, register nombor telefon yg sama dan anda akan dapat lihat susunannya lebih teratur.


#PengumumanMSO

Madrasah Sunni Online MSO tidak pernah membuat group lain dalam whatsapp atau luar dari telegram. MSO cuma ada facebook dan blog sahaja.

MSO amat mengalu-alukan kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan pada pihak MSO jika ada sebarang usaha meniru, menggunapakai nama dan logo MSO.

Terima kasih

https://t.me/madrasahsunnionline_MSO




#PengumumanMSO

🔊 Jika ada sebarang idea, cadangan atau permintaan yang hendak diajukan kepada MSO, boleh hantar mesej ke
👉🏼 @diskusiMSO_bot

Caranya klik @diskusiMSO_bot
klik start dan terus hantar mesej anda.
Kami di MSO sedia pertimbangkan. Terima kasih

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

4 091

obunachilar
Kanal statistikasi