MuslimahOnHijrah 🌹


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha
Toifa: Din


Hijrah is all about you, and me, together we return back to Allah ✨
Anything to share
@MuslimahOnHijrah_bot
Auto Swap Promote
@MslmhOnHjrh_bot
Follow us on 👇
Instagram | Twitter | Telegram

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Toifa
Din
Statistika
Postlar filtri


Kak Adh selalu pesan pada diri, pada anak2, pada orang sekeliling, jangan pernah ada rasa walau sedikitpun nak buat jahat.

Sekali kita buat, orang akan ingat tau!
Lepastu habis dikait semua dengan maruah2 yg lain.
Agama
Negara
Keluarga
Keturunan

Walau tempat gelap.
Walau tiada cctv.
Walau tiada saksi.
Walau tiada yg nampak.

Sentiasalah ingat!
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.

Sematkan dalam hati kepala.
Rasakan kehadiran Allah setiap saat.
Rasakan kegerunan azab saat buat jahat.

Kita tahu.
Buat jahat apa balasan.
Berusaha elakkan untuk buat jahat.

Kalau dah terbuat tu, taubatlah.
Solat sunat.
Insaf.
Azam tak nak buat lagi.
Istighfar.
Doa.

#MuslimahOnHijrah


Para ibu bapa,
Kak Ad ada sedikit pesanan buat semua 🤭

Jika boleh, cek dahulu pakaian anak kita sebelum depa melangkah keluar rumah. Cth nak ke kelas mengaji, kelas tuisyen akademik, berjumpa sanak saudara, jalan jalan, etc...

Pastikan pakaian itu mengikut syariat yg telah ditetapkan.
Jika anak anak masih x baligh, pastikan ianya sopan.
Jika anak anak dah baligh, pastikan menutup aurat dgn sempurna..

Usah biarkan anak anak memakai pakaian yg terlalu menjolok mata, walau anak itu masih di bawah tahap baligh...

Ajarilah sedari awal agar anak anak terbiasa dengan pakaian yg sempurna ✌🏼.. Memandangkan zaman sekarang terlalu canggih dan Kak Ad rasa sangat x selamat untuk anak anak 😟...
Jadi tugas kita sebagai parent sangat penting! Sentiasa peka dengan anak anak.. Sentiasa pantau dengan anak anak..

Usah meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain, sedang didikan utama adalah dtg daripada rumah, yg terdiri dari ibu dan bapa..

#MuslimahOnHijrah


Sebenarnya nak hafaz ayat ayat Allah ni bukanlah mudah dan bukan jua susah. Tapi tengah tengah. Kak Ad dah rasainya ✌🏼

Sama jua part untuk mengulang. Supaya segar dalam ingatan. Tidak mudah dah tidak susah. Tengah tengah.

Semuanya bergantung pada diri kita.
Usaha kita.
Pemakanan kita.
Tingkah laku kita.
Adab kita.

Benda benda ni sangat main peranan jika kita serius mahu menghafaz ayat ayat Nya.

Ayat Allah kan?

Mana boleh buat main main, buruk padahnya nanti..

So Kak Ad nak share sedikit tips lah untuk kalian.. Boleh digunakan untuk hafaz surah penting seperti almulk, alkahfi, yasin, sajdah dan semua lah 😬

🌹pilih satu qari dan dengar bacaan surah tersebut setiap hari
🌹baca surah tersebut sekali dengan terjemahan setiap hari selama 30 hari
🌹satu hari cuba hafaz satu ayat. Baca ulang ulang tengok mushaf, kemudian cuba tutup mushaf baca
🌹tulis kembali ayat yang dihafaz beserta maksud per kata

Kak Ad pon guna tips ni jugak ✌🏼... Alhamdulillah, jadi 🤩

InsyaAllah lepas 30 hari nanti dah boleh baca tanpa tengok mushaf ✌🏼

Kalau boleh guna satu nushaf je tau!

Kak Ad doakan agar kita semua dapat menghafaz ayat ayatNya ya..

#MuslimahOnHijrah


Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. Ada yang Raya dekat Mekah ke tahun ni? Min nak kirim doa 🫣
So‘rovnoma
  •   Raya kt Mekah Min 🥰
  •   Belum rezeki Min 🥲
  •   Kerja Min tak raya 🫠
103 ta ovoz


#MuslimahOnHijrah


Kak Ad suka sangat dengan kata kata indah ini dari Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa yg Kak Ad dapat dari salah sebuah channel telegram, AlHuffaz Quotes ;)

"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu."

Nampak x apa yg Kak Ad nak sampaikan hakikatnya? 🤭🤭

Kak Ad sayang semua ✌🏼

Walaupun ada antaranya yg Kak Ad x kenal, kan?

Tapi, itulah tanggungjawab Kak Ad..
Membawa dan memimpin tangan semua demi meraih redha dan syurga ilahi..

Harap semua x jemu terima nasihat dari Kak Ad ya

Jom sama sama kita ;)

#MuslimahOnHijrah


Sebenarnya, dalam bidang keibubapaan, tidak kisahlah budaya mana pon; islam, barat, timur ke ape2 je lah, semuanya berpaksikan kepada ROLE MODEL IBU BAPA.

Bagaimana ibu bapa berakhlak, begitulah anaknya.
Jika baik, insyaAllah baiklah anaknya.
Jika tidak, maka tidaklah anaknya.

Anak2 ini akan lihat, kaji, segala tindak tanduk kita.
Mereka nampak, mereka ikut.
Jadi, kitalah kene baikkan tindak tanduk kita dahulu
Kitalah kene perbaiki tindak tanduk kita dahulu.
Kitalah kene jaga tindak tanduk kita dahulu.

Anak2 adalah acuan ibu bapa.
Aculah diri kita baik2.
Aculah diri kita sihat2.
Aculah diri kita cantik2.
InsyaAllah semuanya akan berbalik pada anak kita.

#MuslimahOnHijrah


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semua. Siapa puasa penuh tahun ni 🙂‍↕️
So‘rovnoma
  •   Saya 🙋‍♀️
  •   Ermm 🫢
134 ta ovoz














Dulu kan masa study, bila sedih ke, resah ke, mesti open random page. Sebab senior kata time tu la kita dapat macam ayat2 pujukan dari terjemahan 🥲

Harini, takde niat nk open random page, just buka untuk baca, and sebenarnya hati tengah sedih tentang 1 benda.

Tup2 sampai pada surah At-Taghabun. Surah ni, memang favourite masa sekolah. Memang setiap masa dalam kepala. Surah yang setiap masa saya suka tulis atas cebisan kertas untuk pujuk rakan2 saya.

Dan harini, Allah taqdirkan surah ni untuk hilangkan sedikit resah dalam jiwa saya pula. Baiknya Allah, dan baiknya setiap taqdirNya.

Hanya kita saja yang lalai untuk berbalik pada DIA.

#MuslimahOnHijrah


At Taghabun 🤍
Baca caption bawah 🫶


#MuslimahOnHijrah




Apabila sesuatu perkara itu, engkau serah dan pasrahkan kepada Allah, pasti engkau dapat lari daripada lemahnya kemampuan dirimu kepada amannya penjagaan dan pemeliharaan Allah.

Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah



20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

5 696

obunachilar
Kanal statistikasi