Tarbiah Hati ?


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Hanya insan kerdil
Hanya ingin berkongsi apa yang aku tahu
Semoga aku dan kamu dalam rahmatNya :)
Anything pm @khaulahalazwar

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


there's a thing call "adab". Sorry to say but most of us pandang remeh about this including me but there's also a thing call "karma" . You know people always said that "karma is real" and it is. Kita as a human being at least have some common sense on respecting people especially to those yang ajar you . okay fine, you always datang kelas dia and so on but that doesn't mean you can talk so loudly while he/she is teaching even when he/ she is not giving any lecture you're still in his/her class so can you mind giving your teacher /lecturer some respect there ? We are all human being . We all have our own feelings. Don't you even think that your action will hurt them and don't you think you're bothering those who want to give their full focus during class? When you grow up and you are giving any lecture or maybe presentation or giving your opinion don't feel hurt or insult when people ignoring you because karma is always going be there . What goes around , comes around. I can tolerate with some annoying thing but adab is what I always hate when people treat like it's nothing. Same goes on how you treat your parents. Macam mana kau treat parents kau macam tu juga akan berlaku once kau dapat Anak nanti . Don't feel like your children doesn't respect you but think of what you've done before towards your parents. Senang cerita , let's all of us start implement adab dalam kehidupan seharian . selamat malam ❤️

#humanlife
@randomvibes


Jangan takut sekiranya kau terlambat, tapi takutlah sekiranya kau berhenti dan langsung tidak bertindak 👍


Rahsia Kejayaan:
Antara surah yg boleh diamalkan setiap hari;

ISNIN - ad dukhan
SELASA - al hasyr
RABU - al waqiah
KHAMIS - yasin
JUMAAT - al kahfi
SABTU - ad dukhan
AHAD - al mulk
SUBUH - as sajadah
SEBELUM TIDUR - al mulk

Jom kita amalkan sama-sama !

Moga Allah bantu.


Dear students,

Ilmu bukan soal minat atau tidak.
Tapi soal macam mana kau pandang ilmu itu.

Kalau kau pandang ilmu itu dengan cara mulia, yg tak minat pun boleh jadi minat.

Ingat. Ilmu itu semua dari Allah ✨


#MuhasabahByTarbiahHati🍒

Salah satu faktor doa tidak diterima oleh Allah ialah ;

Derhaka kepada ibu bapa

Sama2 kita muhasabah diri, dan check balik hubungan kita dengan ibu bapa 😌👌


📌Sunnah Rasulullah

POSISI TIDUR RASULULLAH

Abu Qatadah meriwayatkan: " Jika Rasulullah S.A.W hendak tidur pada waktu malam, Baginda akan baring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidur sebentar sebelum Subuh, Baginda akan menegakkan lengan dan meletakkan kepala di atas telapak tangan. "


📖 Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim


Apa yang terbuku di hati
Segala masalah
Apa yang kau pendam
Luahlah
Luah pada yang selayaknya

Bangunlah di 1/3 malam
Kerana Allah turun di langit dunia untuk memakbulkan permintaan hambaNya

Minta
Luah dengan penuh perasaan

Moga Allah redha ❤️


" Sakitnya jasad itu dgn luka
Dan sakitnya hati itu dgn dosa "

Sebagaimana jasad tidak merasakan kelazatan makanan ketika sakit.

Demikian juga dgn hati tidak merasakan manisnya ibadah ketika banyak dosa.


Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat:

“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

[ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]


Selalu ingat ayat ni

" biar patah hati jangan patah iman "

Apa yg 'patah' tu, jika niat kerana keredhaanNya, in shaa Allah akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik :)


Istighfar itu ibarat sabun manakala tasbih umpama minyak wangi. Hati kita yang kotor ini lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi

Maka mari kita bersihkan hati dengan ISTIGHFAR dan wangikannya dengan TASBIH


Orang mengata, kita diam tak bersuara.
Orang menghina, kita sabar tak kata apa.
Apa yang mereka kata, tak semestinya apa yang sebenarnya.
Biar satu dunia menghina, yang penting kita tahu benarnya.

Biar pedih, tahanlah.
Dunia tak lama.
Kau hidup bukan sampai umur sejuta.
Entah esok lusa, kau sudah tiada.

Kebenaran?
Biar Allah yang buka.


🔮KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

.

🌸Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal

🌸Doa dimakbulkan Allah 😌

🌸Memperolehi ketenangan jiwa ❤

🌸Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

🌸Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

🌸Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

🌸Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

🌸Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

🌸Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

🌸Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

🌸Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

🌸Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

🌸Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

🌸Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

🌸Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

🌸Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

🌸Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

🌸Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
-Allah. Inilah yg paling diharapkan. Dipermudahkan hisab dan melintasi titian silat almustaqim 😌


Terlalu leka mengejar cinta,
Sehingga terlupa menggapai cita, harapan orang tua.

Sampai gila, dia bertaruh cinta.
Separuh nyawa, dia harapkan cinta.
Sampai mati, dia setia.
Sehingga lupa, definisi sebenar bahagia.

Ramai terleka, terlelap lantas rebah terluka.
Dia tertipu, terpedaya dengan permainan syaitan durjana.

Fikirnya, ianya fitrah, biasa.
Sebenarnya, syaitan sedang ketawa, menang bahagia.

Kadang,
Kau mencari-cari bulan.
Memandang sekeliling, lama.
Namun tak jumpa.

Sedarlah.
Bulan itu ada.
Mungkin hilangnya bulan, terlindung dek matahari.

Redha.

#NafasIstidraj


Daripada kau usha "last seen" dia

Lebih baik kau usha "last sin" kau .

Selamat menunaikan solat isya' ✨


If you bear hardship with sab'r then victory is eminent 💪


Hidup ini sementara je
Kita pegang akhirat , Allah bagi kita dunia
Biar seimbang dua2
Yang wajib jangan ditinggal
Yang sunat jangan diabaikan
Nak kaya banyakkan sedekah walaupun bukan dengan wang ringgit
Nak berjaya banyakkan usaha dan doa ✨






Seseorang bertanya kepada Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani QS,

"Ya Shaykh, bagaimana kita hendak mengekalkan fikiran yg baik?"

Lalu Maulana Shaykh Nazim menjawab,

"Dengan zikrullah. Apabila hati menyebut nama Allah, setiap darah yang melalui saluran dihati juga akan menyebut nama Allah kerana hati itu zikrullah (sebut nama Allah). Maka darah tersebut akan menyalurkan keseluruhan badan dengan menyebut nama Allah. Tanpa zikir hati tidak akan bersih dan suci."

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

368

obunachilar
Kanal statistikasi