Salam ustaz, saya ada kemusykilan tentang tawassul..mohon pencerahan. T.k
Jawapan kami;
Tawassul adalah salah satu daripada cara berdoa dan pintu untuk bertawajjuh (menghadapkan sesuatu permintaan) kepada Allah Taala kerana matlamat asal tawassul yang sebenar adalah Allah Taala.
Manakala orang yang dijadikan sebagai tempat bertawassul hanyalah berperanan sebagai perantaraan dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Justeru, sesiapa yang tidak beriktikad sedemikian adalah syirik.
Sekiranya orang yang bertawassul beriktikad bahawa orang yang dijadikan perantaraan itu boleh mendatangkan manfaat dan mudarat dengan sendiri seperti Allah atau kurang daripada itu, maka dia telah mensyirikkan Allah Taala.
Sehubungan itu, terdapat 5 jenis utama tawassul yang telah dibincangkan oleh para fuqaha'. Untuk keterangan lanjut berkaitan hukum tawassul, sila rujuk artikel berikut;
http://tolibilmi.blogspot.my/2015/12/tawassul.html?m=0
اليسع
Wallahu a'lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
@nota_tasawwuf