NukilanDariHati 🕊❤️


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan pernah give upシ︎
❥︎Teruskan usaha walaupun pernah jatuh
🌸 Quotes islamik
🌸 Random quotes
🌸 Vid/pic islamik
Since || 7/7/2021
Owner || @PenaNrnadia

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Ujian ♡♡♡

Ujian tak datang melainkan untuk mengajar kita menjadi seorang yg tabah dan kuat. Ujian itu sifatnya menguatkan, bukan melemahkan 🌷🤍.

- Miss Rainbow 🌈💍 -
@Nukilan_DariHati




🌺 Quotes Of The Day 💜🇵🇸 dan repost
Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Kalau cinta manusia kita boleh usaha dan korban dengan bermacam benda. Takkan dengan cinta Allah ni sikit pun kita tak boleh nak korban kan

video by : @naufalisaa
🔏 || @dayofquotes


Orang buta mahu sekali meminta untuk melihat, sebaliknya orang yang bisa melihat, normal, meminta untuk cacat. Memang. Memang manusia sering lupa bahawa nikmat itulah rezeki yang paling besar dalam hidup mereka, bukan nak bersyukur malah lagi meminta untuk cacat. Orang istimewa pula, bukan Allah tak sayang, sebaliknya Allah sgt sayangkan kalian, kerna orang teruji itulah orang yang disayangi Allah.

N'Idh💗
@Nukilan_DariHati🕊🤍


kematangan seseorang itu bergantung kepda akal fikiran . tanda seseorang itu matang adalah sejauhmana dia boleh berfikir untuk menyelesaikan masalah atau sesuatu perkara . kadang orang yang matang ini dapat dilihat dari tingkahlaku dia . bagaimana sikap dia dengan orang sekeliling pun kita dapat tahu jika dia matang atau tidak .

credit : @lifelesstory .
@Nukilan_DariHati


Lifeless 🥀 dan repost
perempuan , apabila dia sayang , dia akan sayang betul betul , dia akan jaga hati kau baik baik , dia takkan curang and takkan pergi ketagih perhatian dari lelaki lain , dia akan jujur dengan kau , setia dengan kau , bagi perhatian dekat kau , dia akan care pasal kau , apa yang dia buat dalam hidup dia memang dia akan fikirkan kau tetapi kau kena ingat , sekali kau kecewakan dia , kau lukakan hati dia , kau buat dia tawar hati , maaf memang dia akan mula benci kau sebenci bencinya yang dia boleh buat and dia akan buang kau dari hidup dia , bila dah buang dia takkan patah balik . so please appreciate apa yang ada di depan mata , bukan senang nak dapat perempuan yang baik and setia sekarang .

@lifelesstory .


Ana forwardkan usrah yg tdi😊🤍


Allah berfirman didalam al-Quran, surah an-Najm ayat 32 ;

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

"Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain " untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

@nqquotesofficial
💍NQ❤


Mudahnya Bersedekah!

Tahukah anda, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang? Malah, apa-apa sahaja pemberian kita kepada orang lain yang memerlukannya dikira sebagai sedekah. Kali ini kita akan berkongsi beberapa tip mudah bagi bersedekah.

1. Niat bersedekah kerana Allah

Apabila kita mahu bersedekah, terlebih dahulu niatkan sedekah itu kerana Allah. Mudah sahaja! Katakan kepada diri kita "Saya bersedekah kerana-Mu, ya Allah. Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jika kita berniat sedemikian, dengan izin Allah, Allah akan hadiahkan pahala dan rezeki kepada kita.

2. Sedekah dalam bentuk wang

Ada antara rakan-rakan kita yang berkata, "Saya mahu bersedekah, tetapi saya tidak ada banyak wang. Jangan bimbang, kita masih boleh bersedekah walaupun dengan hanya 10 sen. Mudah, bukan? Hal ini kerana Allah menilai keikhlasan kita bersedekah.

3. Sedekah dalam bentuk pertolongan

Kita juga boleh memberi sedekah tanpa wang. Bagaimanakah caranya? Hulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sebagai contoh, kita menolong ibu dan ayah di rumah ataupun membantu orang lain, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya.

4. Bersedekah dengan berkongsi ilmu

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini kerana berkongsi ilmu juga dikira sebagai sedekah. Dengan izin Allah, ilmu kita semakin bertambah dan Allah akan mempermudahkan urusan kita.

5. Menziarahi orang sakit dikira bersedekah

Apabila kita mendengar ada orang sakit, jika kita mampu ziarahilah mereka dan mendoakan supaya Allah menyembuhkan sakit mereka itu juga dikira sebagai sedekah.

6. Bersedekah kepada haiwan

Kita digalakkan berbuat baik dengan semua makhluk Allah, termasuk haiwan. Sedekah yang mudah boleh kita lakukan kepada haiwan adalah dengan memberi makan kepadanya. Niatkan kerana Allah, Allah akan memurahkan rezeki kita.

7. Bersedekah dengan senyuman

Barangkali ada yang bertanya, "Apakah sedekah yang paling mudah?" Jawapannya adalah memberi senyuman. Latih diri bermanis muka dengan memberi senyuman apabila bertemu sesiapa sahaja.

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka minda kita bahawa mudahnya bersedekah. Lantaran, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang. Jom kita bersedekah! 😍

@nqquotesofficial
💍NQ❤


IMBAS KEMBALI

"Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu"

••Dunia ibarat bangkai Penuh dgn kekotoran dan najis

••Masalah penyakit hati.

••Ilmu tasauf adalah ilmu hakikat, ilmu rohaniah, ilmu batin..ilmu merawat jiwa ...tasauf bermaksud bersih, suci murni dari segala dosa dan kesalahan

••Perbahasan ilmu ini ialah mengenai roh dan hati

••Ilmu ini juga merupakan ilmu membersihkan dari kesalahan lahir, kesalahan zahir ini berpunca dari kesalahan batin, sbb itu dinamakan ilmu tasauf..

••Cth..dengki, irihati, riak, ujud dan takabbur

••Hati adalah seketul daging yg dihuni oleh dua makhluk iaitu syaitan waswasiah (kiri) dan malaikat mulhem(kanan)

🌹Selagi kita makanan makanan haram atau subhah maka semakin hati jadi hitam, bila hati makin hitam maka kekuatan ada diri insan melakukan perkara maksiat sprti mengumpat,mengadu domba, dengki dn prrkara mazmumah

🌹Makanan bagi hati adalah zikir.

🌹Zikir dgn lidah, zikir dgn hati..zikir sir

🌹Jika kita melihat maksiat adkh hti kita akn mnjadi hitam ? Contohnya dlm tv drama dia bkn kahwin pun dia hanya lakonan .. adakah dikira haram juga ?

••YES,hati kita akan jadi hitam dan tak akan hadir kushuk dalam solat

••Mendengar muzik.juga..muzik adalah suara syaitan

••Muzik yang melalaikan yang memuja manusia kpd manusia

••Nasyid yang memuji kebesaran Allah dan rasululullah tidak haram

••Ada jenis muzik yang dibolehkan dalam islam

••selalunya kalau kita keluar dari rumah slalu lihat mksiat kita takut hti kita hitam . Dgn istighfar boleh kah titik itu hilang ?

🌹Dunia sekarang kita berdepan dengan pelbagai maksiat.
Dunia penuh dengan pelbagai fitnah

🌹Istighfar dan bertaubat.

🌹Bertaubat tu bukan buat solat sunnat taubat.

🌹Taubat bermaksud tinggalkan terus perkara maksiat. Mengumpat juga tergolong dalam kategory maksiat.

🌹Cara terbaik nasihat keluarga sndr berkaitan hati mcm mana?
••Dgn family kita kena banyak sabar dan banyak berdiam diri dan tunjuk tingkahlaku dan akhlak yang baik

Dan banyak berdoa.

🌹Istighfar bila ternampak maksiat on the spot.

🌹Hati akan bersih dgn banyak mengingati Allah dan rasulullah, hadir dlm majlis ilmu ,bergaul dgn orang alim.Banyakkan zikir

🌹Dalam perniagaan mesti kita hadapi pelbagai ragam manusia,itu sudah pasti,ada panas baran,mcm2 lagi lah,semua bermain dgn hati.

🌹Jauhi perkara mazmumah..the best example, jauhi mengumpat dan mencela even di alam nyata

🌹Dlm apapun pekerjaan yang kita lakukan, hati yang bersih itu penting,kejujuran, keikhlasan dan paling penting sabar.

🌹Biarlah mereka nk dengki..janji kita jaga hati.

🌹Ignore dengki mereka tu.

🌹Apa yang terjadi dalam kehidupan kita contohnya, segala ujian dan dugaan hidup pertamanya adalah kerana Allah ingin meningkatkan iman kita supaya kita banyak mendekati Allah Swt..
••Keduanya ialah Allah menegur kita mungkin ada kesalahan dan dosa yg kita lakukan tanpa kita sedari.

🌹Jadi semua ini berlaku dgn izin Allah .Sebagai seorang islam, kembalilah ke pangkal jalan, bertaubat, hadir dlm majlis ilmu, bangun bertahajjud ditengah malam, banyakkan berpuasa sunnat, qodho apa yg tertinggal, banyakkan amalan sunnat, solat dhuha, solat isyraq, solat hifzul iman....kena buat.

🌹Jaga silaturahim banyakkan bersedekah

🌹Kembalilah pada Allah

🌹Sedekah boleh.panjangkan umur, menghalang bala dan penyakit yg mudarat

🌹Akan hadir kenikmatan bila kita diuji, cuma penerimaan diri kita sendiri dan pergantungan kita dgn Allah kena kuat

🌹Laailahaillahuwahdahu laa syari kalah lahul mul kuwalhul hamduyuhyi wayumi tuwahuwa ala kullisyai innqodirr

🌹Kalau sedekah, sedekahlah setiap hari walaupun sepuluh sen, kalau mampu seringgit

🌹Amalkan doa ini, akan terhindar dari perasaan kianat dan dengki org terhadap kita

@nqquotesofficial
💍NQ❤


Orang Yang Rugi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda. Antaranya dengan lafaz

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi.
Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. (HR: Tirmizi. No: 3469). Status: Sahih

2. Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Puasa di siang hari, ibadat solat tarawih di malam hari, sedekah, baca Quran, iktikaf, wirid, zikir, istighfar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan menjadi instrumen penghapus dosa yang telah lalu.

Rugilah kita jika tidak berusaha sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai ibadat yang boleh menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu.

3. Alangkah ruginya kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, bersahur dan berdoa diwaktu sahur, bersedekah sebagai instrumen pengampunan dosa yang lalu.

4. Memuliakan kedua orang tua bererti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada kedua orang tua dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Rugi mereka yang masih ada orang tua namun tidak dapat berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka. Santunilah keduanya dengan sebaik mungkin.

Jangan Jadi Orang Yang Rugi

@nqquotesofficial
💍NQ❤


JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, pakai tudung labuh dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK
DARIPADA ORANG LAIN, kerana kita tidak akan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang, serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan ”aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

Allah SWT hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak/ Hasad, maka laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN. InsyaAllah.

@nqquotesofficial
💍NQ❤


orang day by day tudung makin labuh , ni day by day tudung makin singkat . nih berubah ke arah kebaikan ke keburukan ? 🙂🔥

🗣 > @hatikuberkataa
🕊 || @Nukilan_DariHati


https://t.me/Nukilan_DariHati


Sedekah yang paling besar pahalanya

Abu hurairah radiaAllahu anhu berkata : seorang lelaki dtg kpd Nabi Muhammad s.w.t dan berkata: Wahai Rasulluah,sedekah apakah yg pling besar pahalanya?


"Beliau menjawab: Kamu bersedekah ketika kamu dlm keadaan sihat,takut menjadi fakir dan berangan-angan jdi org kaya.Maka janglan kamu melewat-lewatkannya hingga tiba ketika nyawamu berada di tenggorakanmu.lalu berkata,si fulan begini (punya ini) dan si fulan begini.Padahal harta itu milik si fulan"
(HR Bukhari )


- _PenaNrnadia_🌹🤍-
@Nukilan_DariHati


Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH

Al-Quran

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Firman Allah SWT:

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa’ : 114)


https://t.me/Nukilan_DariHati


Bersedekah merupakan tindakan mulia yang masuk ke dalam salah satu sunnah yang sangat dianjurkan untuk umat Islam.

Manfaat bersedekah

Ketika melihat orang yang memerlukan, umat Islam diwajibkan untuk bersedekah dan meringankan beban mereka. Atas dasar kewajipan dan kemanusiaan

Manfaat yg bersedekah

Menyucikan diri
_Sucikan diri daripada perkara-perkara yg dilarang oleh Allah s.w.t dengan sedekahkan sedikit harta ia mampu menyucikan dosa ii.Jauhi larangannya dan ikuti kewajipannya_


- _PenaNrnadia_🌹🤍-
@Nukilan_DariHati🕊️🤍


https://t.me/Nukilan_DariHati

Sedekah rezeki bertambah

Sessungguhnya orang-orang lelaki yg bersedekah dan org ii perempuan yg bersedekah,serta mereka memberikan pinjaman kpd Allah sebagai pinjaman yg baik (ikhlas) akn digandakan balasanya (dgn berganda-ganda bnyk)dan mereka pula akn peroleh pahala yg mulia


- _PenaNrnadia_ 🌹🤍 -
@Nukilan_DariHati🕊️🤍


https://t.me/Nukilan_DariHati


Sedekah yg pling besar pahalanya adalah sedekah dlm keadaan sihat

Dari Abu Hurairah,ia berkata bahwa ada seseorang yg menemui Nabi shallallahu alaihi wa sallam lalu ia berkata:

"Engkau bersedekah pada saat kamu masih sihat,saat kamu takut menjadi fakir,dan saar kamu berangan-angan menjdi kaya"


- _PenaNrnadia_🌹🤍-
@Nukilan_DariHati🕊️🤍


https://t.me/Nukilan_DariHati

Harta yang kita sedekahkan dgn ikhlas di jalan yg benar,tidak akan berkurang melainkan bertambah dgn berkali kali lipat ganda,yakinlah

- _PenaNrnadia_🌹🤍-
@Nukilan_DariHati🕊️🤍


https://t.me/Nukilan_DariHati


*Doa Malaikat utk orang yg bersedekah di waktu pagi*
Sabda Nabi:
Tiada satu pgi pun yg dilalui seorang hamba melainkan akn ada dua malaikat turun kdpnya.Salah satu di antara keduanya berkata "Ya Allah berikanlah ganti bagi org yg bersedekah"
Dan yg lainnya berkata "Ya Allah,hancurkanlah (harta) org yg menahan (Sedekah)
(HR Bukhari & muslim)

- _PenaNrnadia_🌹🤍-
@Nukilan_DariHati🕊️🤍

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

157

obunachilar
Kanal statistikasi