@pedagangilmuKELEBIHAN SELAWAT AZIMIYYAH
اللهم إني أسألك بنور وجه العظيم الذى ملأ أركان عرش الله العظيم وقامت به عوالم الله العظيم.
أن تصلى على مولانا محمد ذى القدر العظيم. وعلى آل نبى الله العظيم. بقدر عظمة ذات الله العظيم..فى كل لمحة ونفس عدد مافى علم الله العظيم ..صلاة دائمة بدوام الله العظيم تعظيما لحقك يامولانا محمد ياذا الخلق العظيم ..وسلم عليه وعلى آله مثل ذلك ..واجمع بينى وبينه كما جمعت بين الروح والنفس ..ظاهرا وباطنا.. يقظة ومناما واجعله ياربى روحا لذاتى من جميع الوجوه فى الدنيا قبل الآخرة ياعظيم
Maksudnya:
Ya Allah Engkau berselawatlah ke atas Penghulu kami Muhammad SAW
- Kita minta Allah merahmati Nabi kita SAW
Yang mempunyai kedudukan yang hebat.
Dan kita minta jugak Allah berselawat ke atas keluarga Baginda Nabi SAW, dengan kedudukan / kadar kedudukan Dzat Allah.
Tersangat hebat selawat ini.
Kita minta Allah SWT berselawat ke atas Nabi kita SAW, dengan kadar hebatnya Allah SWT.
Kita mintak Allah SWT berselawat ke atas Nabi SAW, pada setiap kerdipan (mata) dan (desah) nafas kita.
Sebanyak mana..?
Mengikut bilangan apa yang berada dalam ilmu Allah.
Bayangkan, ilmu Allah SWT takkan habis.
Begitulah selawat yang kita harapkan Allah berselawat ke atas Rasulullah SAW.
‘selawat yang berkekalan, mengikut berkekalan Allah SWT.’
- Allah takda awal, takda akhir
Kita minta Allah berselawat sebanyak itu.
Kerana mengagungkan diri Engkau,
Walau penghulu kami Muhammad,
Wahai yang memiliki akhlak yang hebat.
Ya Allah ucapkan jugak salam ke atas Nabi SAW,
Dan ke atas keluarga Nabi SAW seumpama itu jugak.
Ya Allah himpunkan di antara aku dan dia (kita dan Rasulullah SAW)
Sebagaimana Engkau himpunkan antara ruh dan jasad.
Kita mintak Allah SWT menghimpunkan kita dengan Nabi SAW,
Jaga dan tidur,
Ya Allah jadikanlah Rasulullah SAW, wahai Tuhan ruh bagi jasadku.
Di setiap arahku,
Di dunia sebelum Akhirat.
Wahai Tuhan yang Hebat.
Penerangan:
Selawat ini, diamalkan setiap kali selepas sembahyang, 1x
Dan dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, 1x Al-Fatihah.
Amalkan selawat Azimiyyah.
KELEBIHAN SELAWAT AZIMIYYAH
Dia akan ditarbiyah oleh Rasulullah SAW
Rasulullah SAW akan menjadi Guru Mursyid kepada orang yang mengamalkan Selawat Azimiyyah, dia akan dididik oleh Nabi SAW sendiri.
Bila dia dididik oleh Nabi SAW sendiri, akan terbentuk dia akhlak yang baik, peribadi yang mulia.
Sebabnya kita minta Allah himpunkan kita dengan Nabi SAW.
Makna: sepertimana Engkau himpunkan di antara ruh dan jasad.
Kita dengan Nabi SAW itu seperti ruh dan jasad.
Zahir kita,
Dan dalam kita.
- Zahir: peribadi, akhlak kita macam dah Rasulullah SAW.
- Dalaman: hati, perasaan, kasih, sayang kita kepada Rasulullah SAW
Bukan setakat kita kasih Rasulullah SAW,
Nabi SAW pun kasih (kita).
Kasih-mengasihi,
Kita kasih Nabi, Nabi SAW kasih kita, makna kalau Allah izin, peribadi kita adalah peribadi Rasulullah SAW.
Jadi Nabi SAW bertindak sebagai Guru yang mendidik, secara ruhani kepada umatnya.
Maknanya,
Allah SWT akan memberi kepada orang yang berselawat dengan selawat Azimiyyah, akhlak yang baik.
Terbentuk akhlak yang baik ini dengan dorongan,
Allah condongkan hati dia suka kepada akhlak yang baik,
Bukan hanya suka, tapi nak amal,
Selawat ini mendorong orang suka kepada akhlak yang baik.
Akan mencetuskan orang itu mengamalkan akhlak-akhlak yang baik, sumbernya ialah Rasulullah SAW.
Takda akhlak yang baik, yang tak bersumberkan Nabi SAW.
Semua bersumberkan Nabi SAW.
Kita harap Allah himpun kita dengan Nabi SAW.
Ataupun dalam bahasa lain,
Otak kita teringat pada Rasulullah SAW.
Hati kita duk pada Rasulullah SAW.
Jadi permintaan kita ni, kita nak duk dengan Nabi SAW ini –
‘dalam keadaan jaga’ –
Maka orang yang mengamalkan selawat ini, ada dua (2) situasi:
1. Dia mimpi Rasulullah SAW; atau
2. Orang bermimpi dia dengan Rasulullah SAW.
Ada orang yang amal selawat ini dia bermimpi Rasulullah SAW, atau orang mimpi dia dengan Rasulullah SAW.
Kalau kita beri salam pada Rasulullah SAW, itu biasa.
Tapi di sana ada orang yang bermimpi dia diberi salam oleh Rasulullah SAW.