Sebenarnya lafaz doa ketika duduk antara dua sujud kalau kita hayati maksud-maksud kalimah doa yang kita alunkan itu semuanya penuh kebaikan.
Ini apa yang kita sudah hafal dan amalkan sekarang:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي وَاعْفُ عَنِّي.
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, berilah afiat kepadaku dan maafkan ku.
Jangan pernah tinggal doa ini ketika duduk antara dua sujud dalam solat, terkadang kita kelam kabut untuk berdoa selepas solat, takkan doa ketika dalam solat ini pun kita nak terlepas?
Takpa, kalau nak versi lain ini antara yang boleh kita amalkan:
1.
ربِّ اغفِر لي وارحَمني واجبُرني وارزُقني وارفَعني
[HR. Ibn Majah: 740]
2.
اللَّهمَّ اغفِر لي وارحَمني واجبُرني واهدِني وارزُقني
[HR. al-Tirmizi: 284]
3.
ْاَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ، وَارْحَمْنِيْ ، وَعَافِنِيْ ، وَارْزُقْنِي
[Sahih Targhib: 1562]
Hukum bacaan adalah sunat, tetapi apabila terdapat pelbagai versi menunjukkan Baginda Nabi saw tidak tinggal berdoa ketika duduk antara dua sujud.
Usahalah untuk beramal dan berdoa, kesannya bukan ke orang lain tapi kepada kita juga.
Wallahua'lam.
(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)
telegram.me/RiyadusShaliheen