PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya."
(Sunan Tirmizi No: 1867)
Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan sejahtera.
2.Antara kesejahteraan seseorang apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik.
3.Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya
4.Sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya
5. Dalam kita hidup bermasyarakat dan bernegara, jadikanlah diri kita sebagai sahabat dan jiran yang paling baik. Negara yang makmur dan sejahtera adalah hasil dari kehidupan anggota masyarakat yang saling bertolong bantu dan bekerjasama.
Kebaikan kita sentiasa dirasai oleh orang lain dan ketiadaan kita akan dirindui. Ayuh kita sentiasa prihatin, berbuat baik dan mengutamakan orang lain.
17hb Safar 1446H
22hb Ogos 2024
@quotephotovideo 📚📚📚