☆ Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1446H ☆
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Surah al-Aḥzāb 56]
#Penggunaan lafaz fi’il mudari’ (kata kerja kini/present tense) dalam ayat ini memberi maksud bahawa Allah swt berselawat secara terus-menerus kepada Baginda, lalu Allah swt memerintahkan kita untuk turut berselawat kepada Baginda saw, meskipun selawat daripada Allah telah mencukupi. Ayuh, perbanyakkan selawat.
#Berkata al-Imam al-Hafiz Ibn Jauzi rahimahullah:
وَاعْلَمُوا أَنه مَا من عبد مُسلم أَكثر الصَّلَاة على مُحَمَّد إِلَّا نور الله قلبه وَغفر ذَنبه وَشرح صَدره وَيسر أمره فَأَكْثرُوا من الصَّلَاة لَعَلَّ الله يجعلكم من أهل مِلَّته ويستعملكم بسنته ويجعله رفيقنا جَمِيعًا فِي جنته فَهُوَ المتفضل علينا برحمته
"Ketahuilah bahawa tidak ada mana-mana muslim yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw melainkan Allah swt akan menerangi jantung hatinya, mengampunkan dosanya, melapangkan dadanya, serta mempermudahkan urusannya. Maka perbanyakkanlah berselawat, mudah-mudahan Allah swt menjadikan kamu termasuk dalam ahli agama baginda, menjadikan kamu beramal dengan sunnahnya, serta menjadikan Rasulullah saw sebagai peneman kita semua di syurgaNya. Sesungguhnya Allah swt Maha Luas kurniaanNya kepada kita dengan rahmatNya".
#Imam Ibn Jauzi turut menyenaraikan 10 karamah (kemuliaan) yang terhasil menerusi selawat ke atas Nabi saw. Katanya:
وَاعْلَمُوا رحمكم الله أَن فِي الصَّلَاة على سيدنَا مُحَمَّد ﷺ عشر كرامات إِحْدَاهُنَّ صَلَاة الْملك الْجَبَّار وَالثَّانيَِة شَفَاعَة النَّبِي الْمُخْتَار وَالثَّالِثَة الِاقْتِدَاء بِالْمَلَائِكَةِ الْأَبْرَار وَالرَّابِعَة مُخَالفَة الْمُنَافِقين وَالْكفَّار وَالْخَامِسَة محو الْخَطَايَا والأوزار وَالسَّادِسَة قَضَاء الْحَوَائِج والأوطار وَالسَّابِعَة تنوير الظَّوَاهِر والأسرار وَالثَّامِنَة النجَاة من عَذَاب دَار الْبَوَار والتاسعة دُخُول دَار الرَّاحَة والقرار والعاشرة سَلام الْملك الْغفار
"Ketahuilah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah bahawa pada berselawat ke atas Nabi Muhammad saw terdapatnya sepuluh kemuliaan:
Pertama: Kita mendapat selawat dari Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.
Kedua: Kita mendapat syafaat dari Nabi saw.
Ketiga: Kita berpetunjuk dengan para malaikat yang mulia (kerana para malaikat turut berselawat ke atas Nabi saw).
Keempat: Menyelisihi golongan munafik dan golongan kafir (kerana berselawat merupakan arahan dan tuntutan kepada golongan beriman).
Kelima: Memadamkan dosa-dosa dan segala kotoran (yang telah kita lakukan).
Keenam: Dapat melunaskan segala hajat dan kehendak.
Ketujuh: Menerangi luaran dan dalaman diri.
Kelapan: Selamat dari azab pada hari akhirat.
Kesembilan: Masuknya kita ke dalam syurga yang penuh kerehatan dan kekal.
Kesepuluh: Mendapat salam daripada Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun.
(Lihat: Bustan Al-Wa’izhin, Ibn Al-Jauzi)
♡Jom pastikan diri kita setiap hari, setiap masa dan setiap waktu berselawat kepada junjungan mulia Sayidina Muhammad saw ♡
🐊Ust naim
@quotephotovideo 📚📚📚