Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha


Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Statistika
Postlar filtri


5 Tahun Selepas COVID-19

Dengarkan di astro Radio News esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Ujian saringan membantu individu mengesan kanser sebelum mengalami sebarang gejala. Pemeriksaan kanser yang kerap meningkatkan peluang pengesanan awal kanser serta kanser peringkat awal juga lebih mudah dirawat.

Dikongsikan panduan saringan dan pencegahan kanser bagi wanita.

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐃𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭 ?

Kajian menunjukkan bahawa penjagaan gigi yang baik boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Cabaran bermula dalam 10 hari! 🚀👣

Bersedia untuk melangkah ke arah gaya hidup lebih sihat dengan Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM!

Jom cabar diri anda!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Multiple sclerosis (MS) adalah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat.

MS berlaku apabila sistem imun menyerang selaput mielin, yang merupakan lapisan perlindungan berasaskan lemak, yang menyelaputi serat-serat saraf antara setiap selaput mielin.

Serangan ini menyebabkan berlakunya keradangan yang meluas dalam sistem saraf pusat lantas tisu-tisu parut akan terhasil.
Pembentukan tisu-tisu parut ini mengganggu fungsi konduksi impuls saraf sekali gus menyebabkan gangguan deria seperti penglihatan, sensasi, kekuatan otot dan juga keupayaan kognitif.

Dapatkan rawatan segera jika anda mempunyai simptom-simptom multiple sclerosis (ms).

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Berita baik untuk mereka yang kurang upaya penglihatan!

Kini label ubat mesra OKU penglihatan diperkenalkan di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih. Tulisan braille pada label ini membantu mereka membaca maklumat penting ubat seperti indikasi dan cara pengambilannya.

Inisiatif ini memastikan golongan OKU penglihatan menerima hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan mengambil ubat secara selamat.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


🔍 Mitos vs Fakta: Ubat Mata 🧐

Mitos: "Ubat mata dari farmasi cukup untuk merawat semua masalah mata"
Fakta: Ubat titis mata tanpa preskripsi hanya sesuai untuk masalah ringan. Jika gejala berlarutan, segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan tepat.

👁 Kesihatan mata anda adalah keutamaan.

Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! 💙

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia


hMPV bukan penyakit baharu!

hMPV mempunyai gejala yang sama dalam jangkitan saluran pernafasan yang lain seperti demam, batuk dan selesema.

Cegah jangkitan penyakit ini dengan mengamalkan pembudayaan hidup sihat dan menjaga kesejahteraan persekitaran, cuci tangan dengan air dan sabun atau guna pensanitasi tangan serta bersihkan dan lakukan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh.

Sekiranya bergejala, berehat di rumah dan elakkan daripada berada di kawasan tumpuan ramai. Pakai pelitup muka terutamanya apabila berada di tempat tertutup, sesak atau sempit. Amalkan etika batuk dengan betul dan dapatkan rawatan dari fasiliti kesihatan berhampiran.

#MalaysiaSihat


OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾 dan repost
Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.

Kepengerusian ASEAN ini amat bermakna kerana tahun 2025 merupakan tahun bersejarah bagi ASEAN dalam meraikan ulang tahun ke-10 bagi penubuhan rasmi Komuniti ASEAN.

Dengan semangat kebersamaan, Malaysia akan komited memperkukuh kerjasama, memupuk perpaduan, dan menerajui ASEAN ke arah masa depan yang lebih gemilang dan makmur.

#MalaysiaMADANI
#MYASEANChair2025


Sendawa

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 21 Januari 2025 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Lew Ken Guan
Pakar Perubatan Gastroenterologi & Hepatologi
Hospital Tengku Ampuan Afzan

#MalaysiaSihat


Kanser serviks merupakan kanser ketiga tertinggi di kalangan wanita di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus.

Lakukan pemeriksaan secara berkala.

Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


🔍 Mitos vs Fakta: Ubat Mata 🧐

Mitos: "Titis mata banyak-banyak untuk sembuh lebih cepat."
Fakta: Dos yang lebih banyak tidak bermakna lebih baik. Gunakan ubat seperti diarahkan oleh doktor untuk elakkan kesan sampingan.
👁 Kesihatan mata anda adalah keutamaan.

Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! 💙

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Stay Safe From hMPV

Tune in to Traxxfm at 11.15 am tomorrow with Dr David Ng Chun-Ern, Pediatric Infectious Disease Consultant from Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Pedofilia : Implikasi Moral dan Psikologi

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nurulwafa binti Hussain, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja dan Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dari Hospital Melaka

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Jenis Krim Sapu untuk Merawat Masalah Kulit ✨

Terdapat 3 jenis krim sapu untuk merawat masalah kulit. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis krim sapu dan kegunaannya menerusi video ini.😉

Video ini dihasilkan oleh Puan Qistina Alyani binti Ayob, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sekiranya tidak pasti 😁

Ikuti kami di Kenali Ubat Anda untuk lebih banyak informasi berkaitan ubat-ubatan.

Sumber : Kenali Ubat Anda


🔍 Mitos vs Fakta: Ubat Mata 🧐

Mitos: "Ubat titis mata boleh digunakan bila-bila masa."
Fakta: Sebarang ubat mata mempunyai tarikh luput, biasanya 30 hari selepas dibuka. Menggunakanya selepas tarikh tersebut boleh mendatangkan risiko jangkitan.

👁️ Kesihatan mata anda adalah keutamaan.

Jangan ambil mudah dengan berkongsi ubat mata.

Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! 💙

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Pembedahan Caesarean boleh berlaku di dalam keadaan yang telah dijadualkan (elektif) atau secara kecemasan.

Meskipun ianya bukanlah kelahiran secara normal, namun ada kalanya pembedahan ini diperlukan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Justeru, ibu hamil digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala dan dapatkan informasi mengenai proses kelahiran seiring dengan bertambahnya usia kandungan.Pembedahan Caesarean boleh berlaku di dalam keadaan yang telah dijadualkan (elektif) atau secara kecemasan.

Meskipun ianya bukanlah kelahiran secara normal, namun ada kalanya pembedahan ini diperlukan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Justeru, ibu hamil digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala dan dapatkan informasi mengenai proses kelahiran seiring dengan bertambahnya usia kandungan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


🔍 Mitos vs Fakta: Ubat Mata 🧐

Mitos: “Gunakan ubat mata orang lain, hasilnya sama saja.”
Fakta: Jangan sesekali berkongsi ubat mata! Setiap ubat dirumus khas untuk keadaan tertentu. Berkongsi ubat boleh menyebarkan jangkitan atau menyebabkan alahan.

👁️ Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jangan ambil mudah dengan berkongsi ubat mata. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! 💙

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual


15 hari lagi menjelang Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM.

Kepada seluruh warga Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, adakah anda bersedia?

Jom sahut cabaran & cabar diri anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.