Tarbiah Sentap


Kanal geosi va tili: Butun dunyo, Inglizcha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~

Bog‘liq kanallar  |  O‘xshash kanallar

Kanal geosi va tili
Butun dunyo, Inglizcha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


✨ KONVENSYEN TADABBUR 2026
Pernah tak kita rasa hidup ini penuh dengan perkara… tetapi tetap terasa kosong?
Rezeki ada. Masa ada. Keluarga ada. Peluang ada.
Tetapi mengapa ketenangan, kecukupan dan rasa “cukup” itu seakan semakin hilang?
Mungkin yang kita perlukan bukan sekadar lebih banyak, tetapi lebih barakah.
Pada 19 Disember 2026, Tadabbur Centre menghimpunkan barisan asatizah dan penceramah dengan kepakaran berbeza untuk mengupas tema barakah daripada pelbagai sudut.
📖 Kisah-kisah al-Quran dan sirah bersama Ustaz Syahmi Syazeri 🔤 Keindahan dan kemukjizatan bahasa al-Quran bersama Dr. Azrul Azlan 🌿 Tadabbur Surah al-Furqan dan Surah al-Mulk bersama Ustaz Syaari Ab Rahman 🎙️ Forum Perdana bersama Hafizul Faiz & Ustaz Adnin 📚 Jejak barakah dalam hadith Rasulullah SAW bersama Ustazah Nazirah
Satu hari. Pelbagai disiplin ilmu. Satu persoalan besar:
Ke mana hilangnya barakah dalam kehidupan kita, dan bagaimana kita boleh mengembalikannya?
Bukan sekadar mendengar ceramah, tetapi sebuah perjalanan untuk melihat semula kehidupan melalui al-Quran, bahasa Arab, sirah dan Sunnah Rasulullah SAW.
📅 19 Disember 2026 ⏰ 8.00 pagi – 5.05 petang 📍 Cyber Event Hall, Cyberjaya
Tempat adalah terhad.
Jangan sekadar mencari kehidupan yang lebih banyak. Mari mencari kehidupan yang lebih barakah.
🎟️ Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada Konvensyen Tadabbur 2026.
https://ezy.la/Daftar_KONVENSYENTADABBUR2026




Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga apa yang nampak di luar, sampai terlupa untuk menjaga apa yang ada di dalam hati.

Tanpa kita sedar, hati boleh dipenuhi rasa iri, dengki, sombong, ujub, marah dan terlalu cintakan dunia.

Sebab itu, jangan hanya periksa keadaan diri. Periksalah juga keadaan hati.

Semoga Allah bersihkan hati kita daripada segala penyakit yang kita sendiri tak sedari.


Assalamualaikumwarahmatullah buat semua orang sabah, kami nak khabarkan berita baik!

𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 sempena... 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

Jumpa kami nanti di SICC, Kota Kinabalu. Kami berada di sana bermula pada 23 sehingga 27 September dari jam 9.30 pagi sehingga 10 malam.

Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap disini dan semestinya ada diskaun untuk anda semua!

Jumpa Tarbiah Sentap disanaaa 😍


Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Semoga Malaysia terus dilimpahkan rahmat, keamanan dan keberkatan.

Semoga kita semua dapat hidup dalam suasana yang saling menghormati, membantu dan menjaga keharmonian bersama.

Semoga Malaysia sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah 🤲🏻


Pakaian terakhir kita adalah kain kafan.

Kenderaan terakhir kita adalah van jenazah.

Dan destinasi terakhir kita adalah tanah.

Jadi, masihkah kita terlalu sibuk mengejar dunia, sedangkan kita tahu ke mana akhirnya kita akan pergi?

Semoga sebelum sampai ke sana, kita sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah.


Solatlah di awal waktu dan banyakkan membaca Al-Quran.

Kadang-kadang kita rasa masa tak pernah cukup. Tapi bila kita dahulukan solat, hati jadi lebih tenang dan urusan terasa lebih mudah.

Banyakkan juga membaca Al-Quran. Bukan kerana kita sudah baik, tetapi kerana kita mahu menjadi lebih baik.

Dekatkan diri dengan Allah, sebelum kita mencari ketenangan daripada dunia.


Bencana besar tak terjadi secara tiba-tiba. Ia boleh bermula apabila maksiat semakin berleluasa, dosa dianggap biasa dan orang beriman memilih untuk berdiam diri.

Jangan tunggu musibah datang baru kita mahu berubah. Cegahlah kemungkaran sebelum terlambat.

Semoga Allah jadikan kita orang yang berani menegur dengan hikmah, bukan yang hanya melihat lalu mendiamkan diri. Peringatan bersama untuk semua.


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 (𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Jiwa dan roh Merdeka yang sebenar ialah apabila dianugerahkan nikmat iman dan Islam oleh Allah.

"Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat negara kita, Malaysia"

- Tarbiah Sentap


Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw ini mengingatkan kita untuk memperkukuh iman, memperbanyakkan selawat, serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan.

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah dari Tarbiah Sentap.


Di saat Baginda disakiti, dihina bahkan dilempari batu sehingga darah mengalir dari tubuh Baginda, Baginda tidak memilih untuk membalas dengan kebencian.

Sebaliknya, Baginda tetap berharap agar daripada keturunan mereka lahir insan-insan yang menyembah Allah.

Begitulah akhlak Rasulullah. Bukan membalas luka dengan luka, tetapi membalas keburukan dengan doa.

Maka, kalau benar kita mencintai Baginda, marilah kita belajar mencintai akhlaknya, meneladani sabarnya dan menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan.


1 Rabiulawal. اللهم صل وسلم على نبينا محمد

Alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan Rabiulawal, bulan yang mengingatkan kita kepada insan yang paling mulia, junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Bulan ini bukan sekadar tentang mengingati tarikh kelahiran Baginda, tetapi tentang mengingat kembali betapa besarnya pengorbanan Rasulullah dalam membawa kita mengenal Allah, mengenal Islam dan mengenal jalan menuju Syurga.

Semoga masuknya 1 Rabiulawal ini menjadi titik untuk kita lebih banyak berselawat, membaca sirah Baginda, mengenali akhlak Rasulullah dan berusaha menghidupkan sunnah dalam kehidupan kita.

Ya Allah, jangan jadikan cinta kami kepada Rasulullah hanya pada kata-kata. Hidupkanlah cinta itu dalam hati kami, pada akhlak kami, pada ibadah kami dan pada setiap langkah kehidupan kami.


Kita mungkin hidup 60–70 tahun di dunia, kemudian menunggu di alam barzakh entah berapa lama.

Dan akhirnya, kita akan menuju satu kehidupan yang tiada penghujung.

Jadi sebelum buat sesuatu, fikir betul-betul.

Adakah perkara yang kita kejar hari ini akan membantu kita di akhirat nanti?

Jangan sampai kita terlalu sibuk membina kehidupan dunia, sampai terlupa mempersiapkan kehidupan yang sebenar.


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Bukan semua yang biasa itu benar.

Bila maksiat sudah menjadi kebiasaan, hati mula menganggap yang haram itu biasa.

Couple bukan tanda cinta yang diredai, tetapi satu hubungan yang dilarang dalam Islam. Ia mungkin diterima masyarakat, tetapi bukan di sisi syariat.


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
𝐁𝐀𝐔𝐂𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐘 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐋𝐀𝐂𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐍𝐀𝐊 𝐂𝐋𝐀𝐈𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐏𝐀?

Gunakan baucar buku MADANI untuk mendapatkan buku-buku Tarbiah Sentap yang insya-Allah memberi manfaat buat hati dan kehidupan.

Imbas QR Code pada poster atau layari platform Tarbiah Sentap untuk mula menebus baucar sekarang!

https://mall.bookcapital.com.my/seller/1401-SENTAP-PRESS-SDN.-BHD


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa doa Nabi Yunus ini adalah doa yang apabila seorang Muslim berdoa dengannya kepada Allah dalam sesuatu urusan, Allah akan memperkenankannya.

Jika sedang melalui ujian atau rasa berat dalam hidup, amalkan doa ini dengan penuh penghayatan.

Ia bukan sekadar lafaz, tetapi pengakuan bahawa hanya Allah tempat bergantung, mengakui kesilapan diri, dan berharap sepenuhnya kepada rahmat-Nya.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan ketenangan hati kepada kita. Aamiin.


Allah tidak pernah sia-siakan kesedihan kita.

Kadang-kadang Allah mengizinkan kita merasa sedih, bukan untuk menghancurkan kita, tetapi supaya kita kembali mengingati-Nya, bergantung kepada-Nya, dan mendekatkan hati kepada-Nya.

Saat manusia tidak mampu memahami air mata kita, Allah sentiasa mendengar setiap doa yang dipanjatkan.

Semoga setiap kesedihan menjadi jalan untuk kita semakin dekat dengan Allah.


Yang penting, jangan berputus asa daripada rahmat Allah.

Taubat yang ikhlas boleh menghapuskan dosa, walaupun dosa itu besar. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Teruskan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan istiqamah.


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗔𝗚𝗘 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔.

Alhamdulillah, setiap hari ada saja bungkusan buku yang dihantar kepada para siswa. Semoga setiap naskhah menjadi asbab bertambahnya ilmu dan manfaat.

Inilah masanya untuk korang mengumpulkan kesemua koleksi buku Tarbiah Sentap ☺️😍


Sementara Baucar Buku MADANI masih ada, apa kata claim buku daripada koleksi Tarbiah Sentap?

Boleh dapatkan pelbagai buku yang bermanfaat pelbagai genre antaranya :

✨ Buku tarbiah
✨ Buku motivasi
✨ Buku kekeluargaan
✨ Buku remaja
✨ Novel Islamik

👉🏻 Imbas QR Code pada poster atau layari platform Tarbiah Sentap untuk mula menebus baucar anda disini :

https://mall.bookcapital.com.my/seller/1401-SENTAP-PRESS-SDN.-BHD

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.