10 FAKTA TENTANG CIRI BORDERLINE PERSONALITY DISORDER
1. Nama lain: emotionally unstable personality disorder
2. Masalah personaliti jangka panjang yang dicirikan oleh ketidakstabilan dalam perhubungan, ketidakstabilan emosi dan jati diri (sense of self)
3. Mereka cenderung untuk bertindak impulsif akibat dari ciri di atas serta sentiasa takut akan ditinggalkan dalam perhubungan (fear of abandonment).
4. Insidens mencederakan diri sendiri adalah tinggi berbanding orang lain kerana ketidakstabilan emosi tadi
5. Cenderung untuk melihat sesuatu perkara dalam julat yang ekstrem: semua sempurna atau semua tak guna (black & white thinking pattern, all or none)
6. Pendapat dan pandangan pada orang lain juga boleh berubah sekelip mata. Sangat benci —> sangat suka/sayang atau sebaliknya.
7. Pemikiran atau ancaman ingin mati yang berulang kadang tanpa sebab.
8. Perubahan mood dan emosi yang ‘intense’ selama beberapa jam ke beberapa hari.
9. Berasa kesunyian dan isu dalam pengawalan kemarahan. Sukar mempercayai orang lain
10. Sifat impulsif boleh mengakibatkan mereka terjerumus kepada gaya hidup yang tidak sihat.
Tidak semua ciri ada pada seseorang yang mempunyai personaliti ini. Namun, diagnosis boleh dilakukan bersama pakar atau pegawai psikologi klinikal.
Fokus terapi ialah untuk membantu mereka melalui episod emosi ekstrem dan krisis yang dialami bagi membolehkan mereka mempunyai kualiti hidup yang baik. Terapi berpanjangan diperlukan dan melibatkan banyak pihak.
Rujukan utama: National Institute of Mental Health
#MedTweetMY
@theonlyhashaa