-thє pєnα khαulαh---?


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


"вínαlαh ѕєkuαt kєѕαвαrαn untuk mєnghαdαpí ѕєjutα kєѕukαrαn"
crєαtєd σn 04|02|2019

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Kadang kadang
dalam tangisan kita jumpa ketenangan.

Kadang kadang
dalam kesakitan kita jumpa keampunan.

Kadang kadang
dalam musibah kita jumpa keinsafan.

Kadang kadang
dalam marah ada sayang.

Namun,
dalam kesusahan pasti jumpa kesenangan. Sesungguhnya sabar itu Indah.


#ThePenaKhaulah 🔖


Taubat itu perlunya bukan sekali
Tapi berkali kali.
Mandi pun sehari berapa kali.
Paling kurang seminggu mandi 7kali.

Sebab apa?
Taknak berjalan penuh dengan bau ketiak mahupun kulat di celahan gigi.
Inikan pula taubat.
Harapan bertaubat sekali seumur hidup?

Sanggup berjalan penuh dengan bau dosa mahupun maksiat di setiap hari?
Banyaknya kita berkira.
Banyaknya kita berkira dalan perihal nak membersihkan jiwa.


#ThePenaKhaulah 🔖


Powered by @Manybot


Aku hairan.
Aku hairan pada syurga,
Bagaimana orang yang mencarinya,
Malahan masih asyik tidur.
Aku hairan.
Aku juga hairan pada neraka,
Bagaimana orang yang nak lari daripadanya,
Malahan masih boleh tidur?

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak (pula) memajukannya"

[QS Yunus, 10:49]


#ThePenaKhaulah 🔖


'Kubur kau, kubur kau. Kubur aku, kubur aku'

Pernah dengar kan?
Sinonim kan?

Nyatanya,
Mati tu urusan peribadi,
Dan mati itu adalah pasti.
Yang penting,
Bukan BILA kita akan mati.
Tapi,
BAGAIMANA kita mati..?


#ThePenaKhaulah 🔖


Bila ada peluang untuk menangis,
Menangis lah sepuasnya.
Mungkin dalam secebis tangis tu mampu pecahkan jarak antara kau dengan Tuhan.
Yang buat kau terjaga yang selama ni kau diperhatikan,
Tapi jarang nak balas sebarang 'panggilan'.

Menangis dan muhasabahlah bila masih berbaki peluang.


#ThePenaKhaulah 🔖


Inti tarbiyah itu adalah perubahan.
Dan nak menghasilkan satu perubahan, memerlukan satu amal/action serta pengorbanan.

Contoh,
Kau kebulur nak makan dominos,
Cuba kau pejam mata dan kau sebut, 'dominos'.
Sekarang,
Buka mata.
Ada apa apa depan kau?
Tak de kan...

Cuba kau ambil phone,
Kau telefon no dominos.
Tak angkat?
Kau kebulur.
Kau carik kereta dan kau drive laju laju laju pergi ke dominos
Kau yakin kau akan dapat minima segigit dominos?
Mungkin, dan boleh jadi.

Sama dengan diri kau.
Kau nak syurga, kau nak berubah.
Maka penghasilan perubahan itu memerlukan amal.
Dan, memerlukan pengorbanan.

Macam kau nak dominos.
Kau terpaksa berhabis kredit,
Dan duit minyak serta masa.
Kau terpaksa korban air mata kebuluran, dan sebagainya.
Sebab kau memang betul betul nak.

Macam tu jugak dengan tarbiyah.
Bila betul betul nak,
Dah pasti akan ada pengorbanan, keterpaksaan, pemaksaan diri, dan sebagainya.
Sebab apa?
Sebab kita memang nak😉


#ThePenaKhaulah 🔖


U will never strong if your Iman isn't strong.

Why?

Because you don't have a strong belief and relay with your God, Allah.

#ThePenaKhaulah 🔖


The Pena Khaulah---🔖

Aku tak pandai berpuisi
Sekadar menyampaikan yang terbuku di hati
Agar hati kita juga terisi.

Kerana aku tahu
Aku tidak punya suatu apapun
Untuk aku nukilkan buat kalian.

Yang aku harap
Bukannya sampah sarap
Cuma sekadar menjadi insan yang terus mengharap

Mengharapkan kekuatan sebelum menghadap---
Menghadap Tuhan di bawah gelap.



#ThePenaKhaulah 🔖

https://t.me/thepenakhaulah


Aku tak pandai berpuisi
Sekadar menyampaikan yang terbuku di hati
Agar hati kita juga terisi.

Kerana aku tahu
Aku tidak punya suatu apapun
Untuk aku nukilkan buat kalian.

Yang aku harap
Bukannya sampah sarap
Cuma sekadar menjadi insan yang terus mengharap

Mengharapkan kekuatan sebelum menghadap---
Menghadap Tuhan di bawah gelap.



#ThePenaKhaulah 🔖


Kisah tentang Khaulah Al-Azwar -bidadari besi💪🏼

Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau, wajahnya ditutupi terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda🐴 dan bertempur dengan tombak. Dia meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh🔪 seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Siapakah gerangan pejuang ini?😱

Khaulah Al-Azwar🙎🏻 merupakan srikandi yg menjadi tonggak dalam perjuangan.💪🏼 Kekuatan mental dan fizikalnya menunjukkan kehebatannya di medan perang. Beliau tidak pernah🙅🏻 berasa gentar biar musuh menyerang dan ada yg cuba menghalang.🙅🏻 Semangat kepahlawanannya terus mengalir tanpa batasan.Susuk tubuh yg tinggi lampai dan tegap ini merupakan seorang yg pandai bermain pedang dan tombak sejak dari kecil lagi.☝🏼

Kemahiran💪🏼 dan teknik bertempurnya diwarisi daripada ayahnya Al-Azwar. Lantas beliau menjadi seorang wanita 🙎🏻yg mahir berkuda 🐴dan bermain pedang🔪. Keberanian yg terzahir dalam dirinya sungguh mengagumkan😍. Ketangkasannya menunggang kuda🏇🏻 sukar untuk dipertikaikan kerana lagaknya menonjolkan kewibawaan👍🏼.Malah kerana kehandalannya bertempur membuatkan beliau mahsyur👍🏼 dalam perjuangan sehingga namanya terlakar megah dalam sejarah Islam dan menjadi pemangkin semangat para Muslimin dan Muslimat. 😍

Bahkan kehebatan💪🏼 yg dimiliki oleh Khaulah itu membuatkan Rasulullah SAW sendiri telah membenarkan beliau turut serta di dalam angkatan peperangan Muslimin bersama mujahidah yg lain😌.

Antara peperangan yg menonjolkan kehebatan💪🏼 beliau adalah ketika adiknya Dhirar Al-Azwar🙇🏻 dijadikan tawanan tentera Rom. Perasaan kasih ❤dan tanggungjawab yg mengalir di dalam hatinya mendorong Khaulah untuk turut serta di dalam operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya itu.

Kepimpinan dan kehebatan jiwa dan fizikal Khaulah jelas kelihatan ketika berlakunya satu penggempuran di sekitar Damascus, Syam. Pada ketika itu, Khalid Al-Walid telah mengetuai siri peperangan tersebut.Kisah kehandalannya yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin itu.

Raafe bin Umaira👳🏻 panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjuban tentang Khaulah🙎🏻 yang ketika itu belum mengetahui bahawa pahlawan perang tersebut adalah Khaulah🙎🏻 kerana dia menutup wajahnya🙅🏻.

"Dia berlawan seperti Khalid, namun jelas dia bukan Khalid"Kagum dengan pemandangan👀 yang menkjubkan tersebut, pasukan muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pahlawan itu, kecuali mengetahuinya sebagai anak muda yang menunggang kuda🐴.

Dengan berselubung lengkap tanpa menunjukkan wajahnya, Khaulah telah bergerak ke medan tempur. Beliau menjadi seorang pejuang misteri yg begitu handal dengan berbekalkan semangat jihad dan keyakinan yg tinggi terhadap Allah SWT. 😳



#ThePenaKhaulah🔖

11 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

15

obunachilar
Kanal statistikasi