► G I F T 1 9 ;; 🎁
⌌ — — — ☁
"Doktor, macam mana dengan keadaan Woobin?" Tak sempat menarik nafas aku bertanya pada Doktor Choi.
"Dia dah mula sedarkan diri. Jangan risau," sedikit sebanyak ayat Doktor Choi membuatkan aku lega.
"Ini ke gadis yang menjaga Kim Ji-hoon?" Seorang Doktor mendekati aku.
"Ya, betul. Luna, ini doktor yang pernah melakukan pembedahan organ terhadap Ji-hoon dan Mikail enam tahun lepas. Dia datang ke sini untuk membantu kami memulihkan Ji-hoon," Doktor Choi memperkenalkan Doktor Lee pada aku.
"Aku nak bercakap dengan dia. Kau keluar dulu," Doktor Lee memberi arahan. Doktor Choi mengangguk dan berlalu pergi.
"Sebelum kita berbincang tentang Ji-hoon, saya nak tanya. Awak Luna Errika Alisya ke?" Doktor Lee terus bertanya setelah pintu ditutup.
"Ya, macam mana doktor tahu?"
"Hahaha, akhirnya saya jumpa juga awak," Doktor Lee tertawa kecil.
Aku mendiamkan diri. Aku cuak kerana biasanya kalau doktor gelak mesti doktor tu jahat. Maaflah, pengaruh drama dekat tv.
"Mikail, tunang awak ada suruh saya bagi sesuatu pada awak." Doktor Lee menghulurkan sepucuk surat dan telefon pintar. "Katanya dia nak awak tahu perkara sebenar melalui saya. Dia tak tahu kalau suatu hari nanti awak ditipu jadi dia bersiap sedia dengan amanahkan saya cari awak dan bagi benda ni. Sekarang saya dah jumpa awak. Ambillah."
Aku mengambilnya. Tak sangka Mikail memang ada sediakan sesuatu untuk aku malahan lebih mudah daripada rancangan Ji-hoon dan Woobin. Hanya sepucuk surat dan telefon pintar.
"Tentang Ji-hoon..." Doktor Lee menarik nafas. "Dia perlu melakukan pemindahan hati sekali lagi."
"Apa?" aku terkejut.
"Ji-hoon berkemungkinan besar tidak menjaga pantang yang membuatkan hatinya kembali rosak. Pantangnya mudah saja iaitu menjaga makan, tidur yang mencukupi, tidak tertekan dan selau bersenam. Bila ditanya, memang betul dia ada melanggarnya," terang Doktor Lee.
"Ada jumpa penderma organ?"
"Ada tapi organnya tak sesuai untuk Ji-hoon. Pembedahan perlu dilakukan dalam tempoh seminggu atau keadaan dia semakin melarat."
⬇️ ➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷