Aku mula rasa sebak. Walaupun Mikail seorang budak samseng tapi ternyata Mikail orang yang baik. Aku patut bersyukur sebab Allah temukan aku dengan orang yang baik. Satu persatu kertas yang digantung diturunkan. Gambar juga aku simpan dalam sampul surat besar.
"Luna, dah ke belum? Penerbangan ke Malaysia tinggal lima jam. Takut terlepas pula," Liza yang menunggu di luar bilik misteri bertanya.
"Dah..." Aku keluar dan tutup pintu. Kunci bilik disimpan rapi supaya aku boleh masuk bilik ni lagi. Kalau aku hilangkan kunci ni mungkin aku akan hilang waras. Ish, nauzubillah.
"So, semua jawapan yang kau cari dah jumpa?" Semasa dal perjalanan ke lapangan terbang Lisa sempat bertanya.
"Dah. Betul kata dia, kita terlalu fokus mencari jawapan yang jauh dan abaikan jawapan yang dekat. Rupanya jawapan yang aku cari ada kat sebelah bilik tidur aku je. Punyalah aku pergi sampai Pulau Jeju tapi rupanya kena tipu," tersengih aku dibuatnya.
"Siapa yang menyebabkan kematian Mikail?" Liza bertanya soalan yang menjadi sebab utama aku melakukan misi ini.
"Tiada siapa. Dia sendiri rela dermakan organ dia pada Ji-hoon. Walaupun dia budak samseng tapi dia pandai dan baik. Dari mula aku jumpa dia sampai ke hari ini, banyak kebaikan yang dia tunjuk dekat aku," sekali lagi aku sebak.
"Ji-hoon? Yang culik aku kat rumah kau ke?" aku tak tahulah Liza cuba buat lawak atau apa.
"Tak, yang seorang lagi."
"Aik, bukan nama dia Woobin?"
"Seriously, aku pun keliru."
"Kenapa macam tu?"
"Do Hyon kata masa Mikail cuba ingat Ji-hoon dan Woobin dia asyik tersasul. Dia ingatkan Ji-hoon tu Woobin dan Woobin tu Ji-hoon. Walaupum berkali-kali dibetulkan dia tetap salah jadi diorang pasrah dan mula tukar nama," aku mengulangi ayat Do Hyon.
"Siapa Do Hyon?"
Aku menepuk dahi. Perlu ke aku ceritakan semuanya dari A ke Z? Kalau aku cerita rasanya tak dapatlah aku menikmati tidur aku dalam kapal terbang nanti. Disebabkan Liza terus mendesak aku pun ceritalah dari mula.
➻ [ ⎙ ; ❛@unique_novel❜ ↷
⌎ — — — —