ZattyAllyaOfficial


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Kisah perjalanan hati 2 sahabat perempuan, yang sentiasa mencari makna hidup bertuhan.
Admin1 @izzatiallia
Admin2 @amyna_h
Link
telegram.me/zattyallyaziz
telegram.me/wordsmemories

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


#SiGadisKuat? dan repost
Allah pilih kamu sebab kamu istimewa sangat untuk senantiasa diberi perhatian dan perlindungan daripada Allah. Untuk diberi pahala lebih, untuk diberi ganjaran syurga terindah jika kamu lalui satu persatu ujian mendatang itu dengan penuh tabah.

Namun;
Pasti ada masa kamu melemah juga bukan ? Tidak mengapa. Lemah dan berehatlah seketika, kemudian bangkit kembali dengan buka mata hati kamu. Pandang segala apa yang datang ini sebagai satu rahmat dalam hidupmu.
.
Allah uji sebab Allah sayang, sebab Allah cinta. Jadi kamu -- sambut saja cinta dari Ilahi itu dengan pandangan cinta dan kasih yang sebenar benarnya.
.
Usah sedih saat ujian menghimpit lemah dirimu, sedangkan dirimu itu telah pun menjadi insan pilihan Tuhan dalam jutaan makhluk Dia.
.
Kamu bukan tidak kuat sekarang ini, tetapi bila diberi lagi ujian -- ini membangkitkan lagi kekuatan yang ada dalam dirimu itu. Tuhan bukan tak tahu kamu lemah dan kuat sampai mana. Sebab Dia tahu kamu mampu lah, Allah bagi apa yang sedang kamu tanggung hari ini.
.
Duhai kesayangan -- senyumlah meskipun jasad itu sudah penat menanggung perit, segaris senyummu itu mampu memberi bahagia kepada yang lain. Bukankah itu kebaikan yang berpanjangan untuk hari hari mu ?
.
Bukan saja kamu gembira, malah mereka juga turut tersenyum tawa.
.
Kadangnya -- saat yang lain lebih bersenang lenang di luar sana, kamu diam diam menyeka air mata menahan sakit. Tuhan bukan tidak tahu itu -- tetapi saat bersama Allah itulah adalah saat yang terindah. Mengadu merintih dengan air mata yang mengalir sendu. Lebih menggamit jiwa bukan ?
.
Againn,
Allah sayang Allah rindu, sebab itu Dia menguji kamu.
.
Maka senyumlah kamu,
Untuk hari ini dan seterusnya.
.
Moga dunya ini bergembira dek senyuman indah darimu. :)

Love,
sigadiskuat
7Mac2018
2201PM

@sigadiskuat
Telegram.me/sigadiskuat


Iman💕Qowiyy dan repost
Menjadi wanita itu takdir,
Dan menjadi wanita solehah itu pilihan.

Maka pilihlah mana yang kamu mahu.

Kerana hanya orang yang istimewa sahaja yang pantas mendapat gelaran solehah.

Dan kamu patut merasa bangga dengan gelaran yang kamu itu kerana bidadari syurga sangat mencemburui dengan wanita solehah.

Wanita solehah tidak akan merasa bangga dengan kecantikan yang dia ada. Malah dia bersembunyi daripada dilihat oleh ajnabi.

Kerana dia berpegang dengan kata kata Saiditina Aisyah r.a:
"Bukanlah satu kemuliaan bagi seorang wanita jika dia di cintai oleh ramai lelaki".

Dan jadilah kamu seperti haura al maqsurah. Bidadari syurga yang sangat cantik seindah namamu.

Dan sifat haura al maqsurah ialah tak memandang dan tak mahu dipandang.

Dan Rasulullah saw meriwayatkan kepada kamu:
Sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah

Moga kita tergolong di kalangan orang yang dijanjikan syurga💕


Dakwah Psychology dan repost
#tazkirahohsem

Jodoh; Dipilih atau Memilih?

Pertama.
• Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.

Kedua.
• Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.

Ketiga.
• Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.

Keempat.
• Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.

Kelima.
• Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!

Keenam.
• Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.

Ketujuh.
• Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.

Ada lagi?

Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?

Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.

Antara nasihat saya untuk kalian;

Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.
Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.

Adam, andai mahu mencari Hawa.

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini." .

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Hawa, andai mahu menerima Adam.

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.

Tenang-tenanglah.

Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

____


Wanita Tarim dan repost
Muhasabah Hati

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Kamu sudah berusaha dan kamu pun sudah mencuba. Trying the best you could.

Tapi, takdir yang tertulis adalah kamu gagal akhirnya.

Ketahuilah, jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Kerana Allah melihat usaha bukan natijah.

*"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya".*

*Ibrahim, 34*

Kamu berdoa dan berharap dia jodoh kamu tapi akhirnya Tuhan menjawab bukan dia orangnya.

Ketahuilah, jodoh yang dipilih Allah itu adalah yang paling baik dan terbaik berbanding pilihan manusia.

*"Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di duniya dan akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati)"*

*Ad-Dhuha, 4-5.*

Kamu berjuang tanpa henti untuk menempuh segala ujian sampai terkadang terasa seakan hampir rebah.

Ketahuilah, kehidupan ini adalah ujian untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya dan di atas segala kesabaran itu, maka syurga adalah ganjarannya.

*"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun"*

*Al-Mulk, 2*

Benarlah,
Kita diuji dari segala sisi.
Kita diasak dari setiap inci.

Bila jatuh, kita bangun kembali. Lalu jatuh dan bangun lagi.

Bahwa, tidak setiap keinginan kita merupakan keinginan Allah juga.

Bahwa, tidak setiap rencana kita merupakan rencana Allah juga.

Dan bahwa, menerima apa yang sudah menjadi ketetapanNya itu perlu keikhlasan yang tiada batas dan kata "tapi", sekalipun ketetapanNya itu jauh dari apa yang kita ingini.

telegram / instagram ; @airamunieyra


::Jaminan Allah bagi pengikut petunjuk Al-Quran::

Orang yang berpegang dengan jaminan Allah, maka berpegangnya dia dengan janji yang Maha Tinggi bahawa Allah 'Azza wa jalla tidak akan memungkiri janji dan jaminanNya. Siapakah lagi yang tulen akan janjinya dan benar, sedangkan Allah 'Azza wa jalla sudah berjanji akan memberi petunjuk apabila orang-orang memegangnya, maka ia tidak akan sesat dan tidak celaka.

Ibnu Abbas radhiyallahu anhu pernah berkata, Allah menjamin akan menganugerahkan hidayah dari kesesatan dan memberikan keselamatan pada hari perhitungan amal (kelak di akhirat) bagi orang yang benar-benar membaca al-Quran dan mengikuti petunjuk yang ada di dalamnya. Demikian itu sesuai dengan firman Allah,

"Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaha: 123-124)

Banda Aceh, Darussalam
Catatan Assunnah

@soulofiman


Berbangga menjadi pemimpin?

Khalifah Saidina Umar bin abdul aziz ketika beliau dilantik menjadi khalifah islam setelah mengantikan khalifah sulaiman bin malik,ketika itu beliau mengatakan

انا لله وانا اليه راجعون

beliau mengatakan begitu kerana menganggap ini adalah satu ujian yang sangat besar!

lalu beliau menangis"

"Demi Allah, sungguh aku tidak meminta urusan ini sedikitpun, baik dengan sembunyi-sembunyi mahupun dengan terang-terangan."

sampai isteri beliau yang bernama fatimah bertanya

"wahai suamiku mengapa engkau menangis teresak esak"

lalu beliau mengatakan
"aku telah dipilih menjadi khalifah untuk umat Nabi Muhammad saw"

hakaza Khalifah islam,sungguh takut dan menangis nangis pabila mereka dilantik menjadi pemimpin sedangkan mereka itu teramat layak,mereka punyai taqwa yang tinggi,kezuhudan yang tinggi,keimanan yang tinggi,dan kebijakan yang tinggi

pada zaman hari ini bila sebut tentang pemimpin,berebut rebut mahu memilikinya,

apakah mereka tidak tahu bahawa setiap rakyat yang itu adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah?

apakah mereka tidak tahu bahawa walaupun seorang rakyat yang tidak beri haknya akan menyebabkan ia terjerumus ke dalam neraka?

inikan pula berjuta rakyat yang dipertanggungjawabkan

marilah kita minta pada Allah,agar bantu kita rakyat malaysia pilih pemimpin yang benar benar layak dan membantu agama islam.

IR

https://telegram.me/ibnuruslan


Huraian Tuan Guru Ismail Sepanjang tentang Sifat Rahman dan Rahim Allah Ta'ala (alDurrun Nafis)

1. Rahman : المنعم بجلائل النعم في الدنيا

Allah mengurniakan nikmat yang besar² iaitu nikmat yg blh dilihat dgn mata kepala.

Spt : harta benda, rumah, pangkat dsb.

2. Rahim : المنعم بدقائق النعم في الآخرة

Allah Ta'ala mengurniakan nikmat yg halus² iaitu nikmat yg tdk dpt dilihat dgn mata kepala.

Spt: Iman, ilmu

Lebih ramai manusia brkehendakkan nikmat yg besar² berbanding nikmat yg halus² kerana nikmat yg besar² dpt dilihat dgn mata.

Tidak ramai yg mngejar ilmu dan iman krn tdk dpt dilihat dgn mata.

@ImanQowiyy🕷🕸


CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin.... (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

@JanganBersedihDontBeSad




?

Bukankah lebih tenang hati apabila mendapat kasih sayang ahli keluarga sendiri. Walaupun dalam keadaan mental sedang tenat, sekurang-kurangnya, sumber kekuatan itu ada.

---

PERANAN KITA SEBAGAI ORANG TERDEKAT

Perkara pertama ialah, hentikan stigma.

Tuntutlah ilmu, dalami pengetahuan berkenaan kesihatan mental. Banyak page di FB yang seringkali berkongsi mengenai kesihatan mental, apa yang patut dibuat, apa yang tak patut dibuat.

Sekarang zaman Google.

Tiada alasan untuk tidak tahu mengenai apa-apa jenis penyakit mental ini.

---

MESEJ UNTUK PENGHIDAP KECELARUAN MENTAL

Saya sebagai founder kepada page Aiman Psikologis, berasa terpanggil untuk menyediakan medium kepada orang ramai, terutama kepada si penghidap kecelaruan mental ini, untuk berkongsi kisah anda.

Saya bukan seorang Psikologis dan sudah tentu, saya bukan menyediakan servis untuk rawatan atau konsultansi.

Tetapi platform untuk anda berkongsi dan menulis kisah perjuangan anda dalam menjalani kehidupan seharian sebagai penghidap kecelaruan mental.

"Anda tidak keseorangan. Ada orang ambil berat. Ada orang yang mahu mendengar cerita anda."

Kita mahu mesej ini sampai kepada sesiapa saja yang mempunyai kecelaruan mental di luar sana.

Oleh itu, projek ini dilancarkan kepada awam, untuk anda berkongsi cerita anda, ataupun mahu membaca kisah-kisah perjuangan penghidap lain.

Semoga dengan usaha yang ringkas ini, memberi impak yang amat besar kepada semua, terutama dalam usaha kita melawan stigma masyarakat terhadap kecelaruan mental.

"Tidak sempurna kesihatan seseorang itu tanpa kesihatan mentalnya."

Terimalah, Projek "Mental - Perjuangan Dalam Senyap"

Sebuah inisiatif yang dilancarkan sebagai platform yang memberi peluang kepada penghidap-penghidap kecelaruan mental di Malaysia untuk berkongsi kisah perjuangan mereka yang biasanya dilalui secara senyap, tanpa pengetahuan keluarga terdekat atau kawan-kawan di sekeliling.

Anda boleh luahkan kisah perjuangan anda di sini:
https://mental.aimanpsikologis.com/hantar-cerita/

Semua perkongsian dan luahan akan diterbitkan semula di laman web projek MENTAL:

mental.aimanpsikologis.com

Semoga ini menjadi pembuka mata dan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai pentingnya dan peritnya isu kesihatan mental ini.

#PengkajiMindaManusia
#PerjuanganDalamSenyap
#LetsTalk #TheHiddenStruggle


KESIHATAN MENTAL - PATUT AMBIL TAHU ATAU TIDAK?

Hari demi hari, macam-macam berita dan kes dilaporkan mengenai isu "sakit mental" dalam kalangan rakyat Malaysia, yang akhirnya menjurus kepada bunuh diri.

Sayang, rakyat kita hanya melihat pada isu bunuh diri, dan automatik menjadi hakim kepada hidup dan mati si pembunuh diri.

"Bakal ahli neraka."
"Amalan banyak sangat la tu."
"Haram hukumnya."

Tanpa menidakkan faktor agama sebagai panduan hidup, bukankah jauh lebih baik jika kita tidak menjadi Tuhan dalam hal ini?

Bukankah jauh lebih baik apabila kita mendalami isu, melihat pada akar utama, dan bukan pada cebisan daun sahaja?

Isunya ialah,

---

KURANG PENDEDAHAN MENGENAI KESIHATAN MENTAL

Percayalah, apabila anda memakai kaca mata yang memahami isu ini, apabila terdedah saja dengan berita melibatkan penghidap masalah mental, anda secara automatik akan terus terfikir,

"Bagaimana aku boleh tolong beliau?"
"Kenapa dengan beliau, dan ada orang tolong beliau tak?"
"Apa cara terbaik supaya aku atau keluargaku tak terkena benda sama?"

dan lain-lain.

---

SALAH FAHAM TERHADAP PENYAKIT MENTAL

Kita perlu berbalik semula kepada terma yang digunakan.

Apabila disebut "penyakit mental", kita terus terbayang gila, sewel, tak berakal dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya, penyakit mental sama saja seperti penyakit fizikal.

Daripada tahap:

Ringan (acute) - Demam, batuk dan selsema
Pertengahan - Sakit jantung dan darah tinggi
Kronik (severe) - Kanser, lumpuh, amputation dll.

Begitu juga penyakit mental.

Ringan (acute) - Stress, Berdebar (anxious), Murung
Pertengahan - Kemurungan Klinikal (Clinical Depression), Anxiety Disorder, Nervous Breakdown
Kronik (severe) - Schizophrenia, Split Personality atau paling dahsyat, hilang kewarasan terus / gila.

Masyarakat kita, apabila disebut sahaja "penyakit mental", akan terus terbayang, tahap kronik itu, iaitu sewel, gila dll.

Penyakit mental, puncanya daripada otak dan bukankah otak juga sebahagian daripada badan kita? Kita menidakkan pentingnya kesihatan mental, seolah-olah mental itu perkara taboo dan malu untuk dibincangkan.

Mental kita juga sebahagian daripada diri kita.

Sebab itu, kadang-kadang, terma yang lebih sesuai dan lebih mesra digunakan (agar tak timbul salah faham) ialah Kecelaruan Mental (Mental Diorder) dan bukan lagi Penyakit Mental (Mental Illness).

Daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental, dan kebanyakan mereka ini tidak mendapat rawatan atau bantuan profesional.

---

PUTUS HARAPAN TERHADAP MASYARAKAT

Ramai penghidap kecelaruan mental ini membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Sehingga tahap, ada yang merahsiakan daripada keluarga sendiri, termasuklah ibu bapa.

Sebab apa?

Sebab stigma, pandangan keji dan hina oleh orang sekeliling, walaupun daripada keluarga sendiri.

Seolah-olah, apabila ada anak yang disahkan menghidap kanser, seluruh keluarga dan sanak-saudara memberi sokongan, melawat, mendoakan sihat.

Tetapi apabila disahkan menghidap kecelaruan mental seperti Major Depressive Disorder (MDD), Bipolar Disorder, Borderline Personality Disorder atau apa saja, terus, seluruh keluarga jadi malu!

"Tak cukup ke ilmu agama kami ajar?"
"Solat fardhu, puasa, zikir semua buat tak?"
"Nak perhatian la tu."
"Jangan beritahu orang, buat malu kami sekeluarga je!"

Seringkali, penghidap kecelaruan mental ini berputus asa terhadap masyarakat di sekeliling. Orang yang dipercayai untuk menjadi tempat bergantung harapan, tempat meluahkan perasaan dan tempat mengadu kasih sayang, TIDAK MEMBANTU.

Akibatnya, lama-kelamaan, mereka semakin terpinggir daripada masyarakat (walaupun bukan secara fizikal).

Sedangkan kajian menunjukkan, sokongan moral oleh orang tersayang di sekeliling merupakan antara faktor yang kuat membantu pesakit ini untuk terus berjuang.

Analoginya, anda disahkan menghidap kanser.

Bukankah urusan rawatan chemotherapy, radiotherapy dll selama berbulan-bulan itu nanti akan lebih kuat untuk dihadapi, apabila ahli keluarga sendiri memberi sokongan, mendoakan kesihatan


Bismillah
Subhanallahil Adzim Subhanallah Wa Bihamdihi

Astaghfirullahal Adzim..
Astaghfirullah lil mukminina
wal mukminat...

Radhitu billahi Rabba
Wa bil Islami deena
Wa bimuhammadin
salla Allahu 'alayhi wa sallam

Selagi kami tak mengenal mu..
hidup kami dalam bersalahaanLah selamanya dengan mu ya Allah..

Terimalah taubat kami
Ampunkanlah kami ya rabb..
yang lemah dan hina ini..

La ilaha illallah....
Muhammadur Rasulullah ..

Bimbinglah kami dalam mengenalmu
sebenar benar kenal..
sebagaimana nabi kami muhamad saw
mengenal mu ya Allah..

Bersertalah dan bimbinglah kami
hamba mu yang bodoh lagi lemah ini
ya Allah ya Rahman ya Rahiim

sehingga akhir hayat bantulah kami
agar kekal bersamamu ya Allah.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad...

Bantulah kami agar kami semua dapat
sebagaimana kau jadikan contoh
Nabi kami Saw dengan akhlaknya..

Dengan namamu ya ALLAH tak berwajah
tak berbentuk rupa malah lagi bersalahan semua dengan yang baru...

Pemurahnya engkau memilih kami
kau hantar ke dunia agar kami semua
menjadi khalfahmu....

subhanallah
Alhamdulillah..
Allah hu akbar

Terima kasih ya Allah..

Dengan kasih dan sayangmu pada kami hamba yang lemah ini kau kurniakan dengan Rahmat ke Agungan cinta hakiki

Segala puji bagimu ya Allah
bimbinglah kami agar dapat kau menerima cinta kami padamu ya Allah

Allah hu allah hu allah

Aamiin ya ALLAH
@kitabdoa 📚📚📚


Dari @muslimah.salafy - 💕 Wanita Jangan Khawatir Jika Merasa Tidak Dianugrahi Wajah Cantik
.
🌻Sebagian wanita merasa minder karena merasa wajahnya kurang cantik atau jelek, tidak perlu khawatir karena Allah Maha Adil. terbukti bahwa banyak wanita yang merasa jelek cepat mendapat jodoh dan berbahagia, sebaliknya ada juga yang cantik dan tidak kunjung juga mendapatkan jodoh dan tidak bahagia.
.
📜wanita itu ada tiga macam:
.
1.Wanita cantik, semua laki-laki berkata dia cantik tapi kadang bisa bisa bosan kalo dilihat
2.Wanita maniez, ini dia yang menggugah, dia tidak cantik-cantik amat, tidak semua laki-laki sepakat atas kecantikannya, tetapi dia istimewa, tak lelah mata memandang, semakin di lihat semakin sejuk, membuat laki-laki penasaran, ada sesuatu yang sulit di ungkapkan, biasanya wanita ini punya suatu innerbeauty, apa itu ya? Dan inilah keadilan Allah, semua wanita bisa menjadi seperti ini..
.
3.Wanita cantik sekaligus maniez, ini langka bin ajaib bin hampir punah (masa’ sih), ga juga kok, ada juga wanita seperti ini, biasanya wanita yang diberi kecantikan sekaligus ahlak yang mulia masyaAllah.
.
💕 Jadi kecantikan sejati adalah kecantikan agama, akhlak dan lemah lembut. Berbeda dengan kencantikan fisik, wanita yang mengobral dan hanya mengandalkan kecantikan fisik, maka laki-laki yang tertarik menjadi suaminya hanyalah cinta karena kecantikan saja.
“cantik berkurang, berkurang juga cinta”
.
🌻Hiasilah dengan akhlak yang baik, salah satunya adalah lemah-lembut dan kepatuhan, karena jika wanita lemah dengan pengorbanan laki-laki maka laki-laki lemah dengan kelemahlembutan wanita. Oleh karena itu Rasulullah memerintahkan wanita agar lemah lembut dan jika sulit, maka paksakanlah agar bisa berlemah lembut.
.
🍁“Sesungguhnya ilmu diperoleh dengan belajar dan sesungguhnya kelembutan diperoleh dengan melembut-lembutkan,” [HR. Al-Khathib dalam Tarikh-nya 9/127. Lihat Silsilah Ash-Shahihah, karya Al-Albani, 1/342]
.
🌻Dan masih banyak lagi sifat yang perlu dicari oleh wanita agar bisa mendapatkan kecantikan hakiki dan abadi. Misalnya qana’ah, berhias dengan rasa malu, tidak berbicara kasar dan berusaha menggapai ridha suami.


Bagaimana nak bahagia?

1) Jaga solat 5 waktu.
2) Berkerja dengan jujur.
3) Jaga mak ayah dengan baik.
4) Solat Dhuha 4 ke 8 rakaat sehari.
5) Selalu baca Al-Quran.
6) Selebihnya serah sahaja pada Allah.
selalu istiqamah perkara di atas.

- Ustaz Ebit Liew -


TIPS SENTIASA SIHAT DAN CEMERLANG

1. Didik diri mandi waktu pagi antara pukul 1.00 - 6.00 pagi. Pada waktu ini, sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2. Jika bangun pukul 4.00 pagi dan ke atas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula, akan melemahkan badan.

3. Didik diri sarapan antara pukul 7.00 - 7.30 pagi (sebaik selesai waktu Subuh). Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

4. Didik diri datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

5. Didik diri makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6. Didik diri lakukan aktiviti fizikal selepas Asar, kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7. Didik diri mandi malam lebih kurang antara pukul 6.00 - 6.30 petang (sebelum masuk waktu Maghrib). Jangan beriadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8. Didik diri luangkan masa antara Maghrib - Isya' kepada Allah, kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9. Didik diri untuk mula study lepas Isya'. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2 jam setengah untuk setiap malam.

10. Didik diri tidur awal, lebih kurang pukul 11.00 atau 11.30 malam. Kerana pada waktu ini, hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11. Jangan lupa bertahajud dan qiamullail, kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu a'lam .
Moga bermanfaat.

Semoga langkah anda dan saya dalam menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain. ♥

Perkongsian daripada pelajar yang berjaya.

#TipsHarian


Kamu itu kuat. Lebih kuat dari apa yang kamu sendiri tahu.

Bukti?

Sekarang. Kamu berada disini. Menempuh ujian yang hanya untukmu.

Dia tahu tahap kekuatan kamu, sebab itu--
Dia hadiahkan ujian yang kamy peroleh hari ini.

"Dont give up akak, not now, not today."

--Pada tika aku mengeluh dan meng-aduh. Tuhan hadirkan aku insan yang mahu nendengar segala apa yang aku pendam.

Terima kasih.

Untuk berjanji, aku belum mampu. Tapi, doakan aku,

Agar perkataan 'putus asa' itu cuma meniti di mulut, tidak pada aksi.

#shehelianthus


You have to fight through some bad days to earn the best days of your life.

Tidak semua hari yang kita lalui itu indah belaka :) Mungkin ada hari yang kita berharap agar ia tidak wujud .

Meski seburuk manapun hidup kamu , bangkit dan teruskan kehidupan ini meskipun kamu harus merangkak . Setiap hari buruk yang kita lalui itu adalah cara untuk mengajar kita erti kepayahan hidup ini . Dan ia juga mengajar kita agar lebih kuat dan tidak terus mengalah :)

Biarpun kamu tersungkur beribu kali , tetaplah mencuba tuk berdiri kembali . Mungkin ada penamat yang indah bagi kamu ; cuma masih terselit rapi dalam jagaan Tuhan .

Aturan Allah itu indah . Kamu cuma perlu bersabar dan jangan pernah putus asa .

-- AA | 2108
#ellaisar




am maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua.

*آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن*🌹🌹


🌹 *TERISTIMEWA BUAT YG BERGELAR LELAKI & SUAMI*🌹

Peristiwa ini membuat saya terharu dan tidak dapat menahan air mata. Seorang lelaki bangun dan bertanya soalan di hadapan semua hadirin Keluarga Sunnah lepas yang buat saya terasa sebak didada dan menangis.

Lelaki tersebut bertanya “Ustaz, bagaimana saya hendak jadi lelaki yang dapat membawa wanita-wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya hendak membawa ibu saya ke syurga. Saya hendak bawa isteri saya ke syurga. Saya hendak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya hendak bawa adik beradik saya ke syurga...”

Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling “macho”. Lelaki paling “owsem”. Saya rasa sedih, sebab itu jugalah yang menjadi matlamat saya. Dengan menyedari kelemahan diri saya yang tersangat memerlukan pertolongan dan kekuatan daripada Allah SWT. Menggenggam dengan erat tangan orang yang disayangi dan tidak akan lepaskan tangan orang yang kita sayang sehingga dapat melangkah masuk ke syurga Allah SWT.

Untuk merealisasikan impian ini, lelaki sebagai ketua keluarga mesti menjaga solat di awal waktu secara berjemaah. Bawa dan pimpin ahli keluarga menjaga solat. Kejutkan keluarga dengan sabar dan kasih sayang untuk bangun Tahajud. Perbanyakan menangis dan mengadu kepada Allah SWT di waktu malam yang sunyi. Bangunlah awal sebelum Subuh setiap hari. Rasulullah SAW mengejutkan isteri dan anaknya solat. Abu Bakr RA mengajar setiap ahli keluarganya solat
dengan cara paling khusyuk dan hebat. Menegur anak walau sudah beristeri apabila tidak solat berjemaah.Umar ra solat malam dan membangunkan semua ahli keluarga bangun malam menangis di hadapan Allah SWT. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah SAW seolah-olah-olah sudah tidak kenal sesiapa lagi.

Jadikan Allah nombor 1, barulah hidup kita dan keluarga menjadi berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesaranNya segalanya menjadi mudah. Jadilah lelaki ketua keluarga yang paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau, berbual dan bermanja. Sentiasa membantu melakukan kerja rumah apabila berada di rumah.
Rasulullah SAW sangat rajin di rumah. Rasulullah SAW urus sendiri pakaian baginda SAW, membantu siapkan makanan, dan jahit baju dan kasut sendiri. Tidak ada rasa geli dan jijik bersihkan darah haid isteri. Lelaki “macho” rajin basuh berak anak kecil. Memberi khidmat kepada isteri semasa isteri sakit. Ambil berat kesihatan isteri. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tidak geli melihat darah isteri. Rajin khidmat kepada ibu bapa sendiri dan isteri. Abu Bakr RA selalu menolong memerah susu kambing. Selalu memberi khidmat walau kerja remeh sedangkan beliau adalah seorang khalifah besar. Umar ra seorang yang pandai memasak. Masak dengan menggunakan dapur kayu api sehingga Janggut berbau asap. Beliau sediakan dan hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Beliau bergurau dan seronok ketika melihat anak-anak bermain. Beliau seorang pejuang yang hebat, pemikir nasib ummah, paling tegas namun kuat menangis ketika di hadapan Allah SWT. Itulah contoh lelaki yang sebenarnya.

Hiasi rumahtangga dengan amalan bacaan Al-Quran dan bacaan hadis Nabi SAW. Perkenalkan kepada ahli keluarga dengan keagungan dan kebesaran Allah SWT serta mengenal sunnah Nabi SAW dan kepada ahli keluarga Nabi SAW dan para sahabat rhum.

Seorang ketua keluarga akan sentiasa membangunkan pembinaan keluarga dengan dakwah dan kasih sayang, bersama-sama melaksanakan dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Sentiasalah bertenang dalam pelbagai situasi yang mencabar dan istiqamah dalam mendidik keluarga.

Setelah kita usahakan semuanya dengan cara yang paling terbaik maka pada akhir hari di waktu malam bangunlah dan perlahan-lahan kita mengadu, berbisik dan berdoa, “Ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka semua. Ampunkan dan sayangilah Anak-anakku, anak saudaraku semuanya, adik beradikku, dan seluruh manusia di seluruh al

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

115

obunachilar
Kanal statistikasi