Ummu Abiha


Kanal geosi va tili: Indoneziya, Indonezcha
Toifa: Din



Kanal geosi va tili
Indoneziya, Indonezcha
Toifa
Din
Statistika
Postlar filtri


"Jika keletihan didalam beramal tidak didampingi niat yang ikhlas, maka hanya kesusahan dunia dan kenikmatan sementara hasilnya,
Namun Amal yang baik jika di awali dengan niat yang suci maka kebaikan dunia akan didapat dan kenikmatan akhirat tergapai🫶🏻"

— Habib Ali Al-Kaff


Mengapa semuanya mesti diniatkan untuk Allah?

Sebabnya, dalam hidup ini apa yang kita lakukan bukan kerana Allah pasti akan binasa.

Tidak kekal.

Hanya niat kerana Allah sahaja yang kekal. Hanya yang kita tujukan pada Allah swt akan berbuah, bertambah dan kekal abadi hingga ke negeri akhirat.

Jadi, apa yang kita buat lalu diniatkan kerana Allah itu hakikatnya adalah untuk diri kita sendiri esok di sana.

#KalamUlama


Beramal ataupun tidak waktu tidak akan menunggumu dia tetap akan berlalu,

Beramal ataupun tidak, penat tetap akan dirasakan oleh setiap manusia,

Waktu semakin pantas berlalu,
Sedangkan, setiap hembusan nafas akan dihisab,

Jika tidak berjuang melawan Hawa nafsu, bersabarlah menerima hukuman diakhirat, yang sabar disaat itu tidak berguna lagi.



Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka atas orang-orang yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ yang dia mengharapkan wajah Allah.”

(Muttafaqun 'alaih)




Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Azam hadir


𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡.

Ada tiga cara untuk kita menghadapi dasyatnya fitnah akhir zaman.

1. At-Talaqqi, iaitu belajar dengan seorang guru yang mempunyai sanad dan jelas sanad keilmuannya.

2. At-Taroqqi, iaitu peningkatan kualiti diri di hadapan Allah dengan berbagai bentuk ibadah, bahkan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ sebaiknya kita perbanyakkan jika belum mendapatkan guru yang mampu membimbing, kerana selawat adalah guru ketika seseorang tidak memiliki guru.

3. At-Tawaqqi, iaitu penjagaan diri dari berbagai bentuk kemaksiatan.

Wasiat Habib Abu Bakar Adni Al Masyhur ~


KUNCI HATI YANG BERCAHAYA—

Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi'i rahimahullah berkata,

من أحب أن يفتح الله قلبه أو ينوره، فعليه بترك الكلام فيما لا يعنيه.

"Siapa yang ingin Allah bukakan hatinya atau menjadikannya bercahaya, maka hendaklah dia meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat baginya."

(📚 Al-Majmu’, jilid 1 hlm. 41)


“Masuklah bulan Rabi’ul Awwal bukan hanya berniat untuk bermaulid sahaja, akan tetapi berniatlah untuk menjadi Ummat Nabi yg paling membanggakan Nabi Muhammad; dengan akhlak dan adab yang baik.

Semoga Rasulullah gembira dengan perjuangan kita untuk menjadi ummat yang lebih baik.”

— Ustazah Fareeha


APA YANG ENGKAU LAKUKAN DENGAN ILMUMU?

Abu Darda' radhiyallahu 'anhu menuturkan,

"إنما أخاف أن يكون أول ما يسألني عنه ربي أن يقول قد علمت فما عملت"

"Sesungguhnya aku takut yang pertama kali akan ditanyakan oleh Rabbku kepadaku adalah 'Engkau telah berilmu lalu apa yang telah engkau lakukan (dengan ilmumu tersebut)."

📚 Iqtidha al-Ilm al-amal 41.


اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ ﷺ

"𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮, 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧, 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸. 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮. 𝗗𝘂𝗮 𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁, 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝗮𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧."

- 𝗔𝗹-𝗔𝗿𝗶𝗳𝗯𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗬𝘂𝘀𝘂𝗳 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗥𝗶𝗾 𝗔𝗹 𝗕𝗮𝗸𝗵𝗼𝘂𝗿 𝗔𝗹 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇𝗮𝗵𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.


Baik buruk hati seseorang akan mempengaruhi cara hidupnya dan cara ia berfikir.

Cara berfikir yang baik akan menjaga perbuatannya dan cara bicara lisannya.

Perbuatan dan bicara yang baik akan mengurangi daripada melakukan perkara yang tercela dan menghindari segala bentuk perbuatan mahupun perkataan yang tercela dapat memperbaiki cara hidup kita.

Cara hidup yang baik juga akan membawa kepada pengakhiran yang baik dan keselamatan di akhirat.

Maka, bersihkanlah hati kita dengan taubat dari dosa besar, istighfar, membaca al-Quran, berzikir dan selawat keatas Nabi.

Renung-renungkan

#muharrikdaie


SESEORANG TIDAK DITOLONG ALLAH -Ta’ala KERANA HAL INI…

Orang ujub tidak akan mendapatkan pertolongan dari Allah Ta’ala, walaupun kunci-kunci pertolongan-Nya ada di depan matanya.

Allah Ta’ala akan tutup bagi orang yang ujub & sombong. Itu yang akan menyebabkan masalah & kehancuran bagi seseorang kerana tidak ditolong oleh-Nya.

(Mutiara Hikmah dari kajian Tadzkiratus saami’)


Allah beri belum tentu Allah redha. Nikmat yang kita dapat dan dgn nikmat ni kita makin mendekatkan lagi diri kita pada Allah, maka ini Allah redha. Tapi kalau dapat nikmat, makin menjauhkan diri kita dari Allah itu tanda Allah sedang menghinakan diri kita. Contoh harta makin banyak, makin banyak sedekah. Harta makin banyak, solat makin awal. Itu Allah redha. Tapi kalau harta makin banyak, kita makin bakhil, dapat projek juta2 tapi makin hari makin lambat solat. Kita dah tua dan sihat, tapi makin lalai. Itu kehinaan. Kita je yang banyak perasan dengan nikmat ni Allah sayangkan aku. Islah dan muhasabahlah diri selalu.


"Hidup didunia ini singkat, maka jangan menghabiskan kehidupan di dunia ini untuk perkara yang habis di dunia. Pergunakan masa yang singkat ini, yang sedikit ini untuk mendapatkan kehidupan yang tiada batasan, kenikmatan yang tiada penghujung.
Jika susah di dunia sikit tidak mengapa, nanti senang di syurga kekal selamanya. Inilah neraca timbangan mukminin dan mukminat.."

— Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Jika diri kita tahu serapuh mana hati kita ini dalam melihat keaiban orang lain.Maka banyakkanlah uzlah diri dari medsos atau dari apa-apa cabang yang membawa kepada bahana dosa hati..

Payah! sape cakap tak payah!
Tapi paksa diri lari dari keadaan tersebut. Jangan terlibat sama menambah dosa yang sedia ada. Lari dari keadaan tersebut.

Diam dan uzlah diri itu jalan terbaik. Orang lain tak kenal batin hati kita. Orang lain kenal zahir kita sahaja. Sebab tu jaga perlakuan hati agar tak terzahir yang buruk-buruk.


Jika diri kita tahu serapuh mana hati kita ini dalam melihat keaiban orang lain.Maka banyakkanlah uzlah diri dari medsos atau dari apa-apa cabang yang membawa kepada bahana dosa hati..

Payah! sape cakap tak payah!
Tapi paksa diri lari dari keadaan tersebut. Jangan terlibat sama menambah dosa yang sedia ada. Lari dari keadaan tersebut.

Diam dan uzlah diri itu jalan terbaik. Orang lain tak kenal batin hati kita. Orang lain kenal zahir kita sahaja. Sebab tu jaga perlakuan hati agar tak terzahir yang buruk-buruk.


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Ya Allah
Tetapkanlah kami dijalan yang engkau redhai.
Ya Allah
Ampunkahlah Dosa2 Kami yang sengaja mahupun tidak sengaja
Ya Allah
Masukkan kami kedalam SyurgaMu tanpa hisab & tanpa azab


Bismillah
Assalammualaikum Kepada Para Penginfaq❤️

Alhamdulillah telah selesai pemasangan karpet pada Surau Ainul Yakin dan Alhamdulillah harini ini surau ini dapat digunakan untuk menunaikan Solat Hari Raya AidilAdha

Jazakillah kheir Jaza Semoga Allah lipat GANDAKAN pahala kalian semua Inshallah

Salam Hari Raya AidilAdha✨
@nhidayahassen


Assalamualaikum Sahabat Syurga ✨🕊

Malam ini adalah antara 5 Malam Mustajab doa dimana Malam Hari Raya AidilAdha
Dan Perbanyakkanlah Bertakbir , Bertahmid , Bertahlil & Bertasbih

Semoga Allah angkat segala doa dan hajat kita semua

Inshallah ❤️

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.