🕌 *AQIDAH SALAF AL-IMAM AL-TOBARI AQIDAH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH BUKAN SEBAGAIMANA DISELEWENGKAN*🕌
Al-Imam al-Tobari adalah tokoh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah yang agung, tidak seperti dicanangkan oleh golongan al-Musyabbihah. Beliau tidak menjisimkan Allah taala dengan makhlukNya, tidak menyandarkan anggota badan kepada Allah, menyakini Allah taala maha suci daripada, tempat, arah, gerak dan diam, dan sebagainya daripada sifat-sifat makhluk.
Hal tersebut jelas jika diamati betul-betul dalam perbahasan berikut :
1. Al-Imam Abu Ja^far Muhammad bin Jarir al-Tobari (w. 310 H) menyebut di dalam kitabnya _Jami^ul-Bayan_ (Darul-Fikr, jil. 1 hlm. 191-192) bahawa istiwa pada pertuturan orang Arab hendaklah dipalingkan maknanya kepada beberapa makna yang antaranya _ihtiraz_ (Arasy di bawah milikan Allah), _istila’_ (menguasai). Kemudian dia telah mentakwilkan firman Allah ta^ala : “ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء” katanya:
*"علا عليها علو ملك وسلطان لا علو انتقال وزوال"*. اهـ
Maksudnya: _“Dia meninggi ke atas Arasy sebagai tingginya kekuasaan, bukan tinggi perpindahan dan tidak disifatkan berpindah"._
Penjelasan al-Tobari ini jelas mentanzihkan Allah dari arah dan tempat, dari sifat menetap, duduk, bersetentangan dan apa jua sifat makhluk. Juga kita lihat beliau jelas mentakwilkan ayat mutasyabihat tersebut tidak sebagaimana yang disebut oleh golongan al-Musyabbihah.
2. Al-Tobari berkata dalam mentafsirkan ayat _al-Kursi_ (j. 3 hlm. 13); firman Allah "العلي" bermaksud “Yang mempunyai ketinggian di atas hamba-Nya dengan kekuasaan-Nya.
Begitu juga firman Allah "العظيم" iaitu yang mempunyai keagungan yang besar. Semua selainnya tidak sampai ke tahap itu. Tiada sesuatupun yang lebih agung daripada-Nya.
Kata beliau lagi dalam (j. 27, hlm. 215): _"هو الاول" [Surah al-Hadid] Dialah yang tanpa permulaan sebelum sesuatu tanpa ada sebarang batasan saiz"_. Intaha.
Kemudian berkata: _"Maka tiada suatupun yang mengetahui tentang suatu yang lain lebih daripada-Nya"_. Intaha.
3. Al-Imam al-Tobari berkata dalam muqaddimah _Tarikh al-Rusul wal-Muluk_ oleh Abu Ja^far al-Tobari (j. 1, hlm. 3) mengenai Allah ta^ala:
*"لا تحيط به الأوهام، ولا تحويه الأقطار، ولا تدركه الأبصار"*.اهـ
Bermaksud: _"Allah tidak diketahui dengan waham, tidak diliputi oleh kawasan (tempat), tidak boleh dicapai oleh penglihatan (iaitu sesungguhnya penglihatan tidak dapat mengetahui tentang hakikat Allah)"_. Intaha.
Dan dia berkata lagi (hlm. 28):
*"ومن لا يجوز عليه الاجتماع والافتراق، وهو الواحد القادر الجامع بين المختلفات، الذي لا يشبهه شىء، وهو على كل شىء قدير"*. اهـ
Bermaksud: _"Dan tidak harus ke atas-Nya berhimpun dan berpisah, dan Dialah yang maha esa, maha berkuasa, yang menghimpun perkara-perkara yang berbeza, yang tiada suatupun menyerupai-Nya, dan Dialah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu"_. Intaha.
Abu Bakr al-Razi (wafat selepas tahun 691 H) berkata dalam kitabnya _Mukhtarus-Sihhah_ pada bab huruf "qof" (Maktabah Lubnan, hlm. 226):
*"والقُطْرُ بالضم الناحية والجانب وجمعه أقْطَار"*. اهـ
Maksudnya: _"al-Qutr -huruf qof dibaris hadapankan- bermakna kawasan dan sudut serta kata jamaknya ialah أقطار"_. Intaha.
4. Ibn ^Atiyyah al-Andalusi (w. 541 H) dalam kitab tafsirnya _al-Muharrar al-Wajiz_ (Dar Ibn Hazm, hlm. 70) menyebut:
*"قال قوم معناه: علا دون تكييف ولا تحديد، وهذا اختيار الطبري، والتقدير: علا أمره وقدرته وسلطانه"*. اهـ
Maksudnya: *_"Satu golongan berkata tentang maknanya: Allah tertinggi martabat-Nya tanpa takyif (berkuasa tanpa disifatkan dengan apa jua sifat makhluk) dan tanpa sebarang penentuan. Inilah pendapat yang dipilih oleh al-Tobari. Dengan kata lain; "Tertinggi perintahnya, kekuasaannya dan pemerintahannya"_*.
5. Al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H) dalam kitabnya _Tahzir al-Khawwas Min Ahadith al-Qassos_ (manuskrip, hlm. 15):
*"وفي بعض المجاميع أن قاصا جلس ببغداد فروى في تفسير قوله تعالى [عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا] أنه يجلسه معه على عرشه فبلغ ذلك الإمام محمد بن جرير الطبري فاحتد من ذلك وبالغ في انكاره وكتب على باب داره (سبحان من ليس له أنيس ** *ولا له في عرشه جليس)"* اهـ
_"Ada di sesetengah himpunan ce