*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
😓 *Manchester: Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi berkata juara Itali itu mempamerkan "prestasi luar biasa" untuk membuatkan Manchester City kecewa ketika mereka berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan bagi memulakan kempen Liga Juara-Juara awal pagi tadi.*
*Ulangan final 2023, yang dimenangi City 1-0, tidak begitu mengujakan, tetapi Inter merasakan mereka sepatutnya memberikan kekalahan pertama kepada Pep Guardiola di tempat sendiri dalam pertandingan Eropah selepas enam tahun.*
*Henrikh Mkhitaryan mensia-siakan peluang terbaik perlawanan 15 minit sebelum tamat.*
😮💨 *Coventry, England: Brennan Johnson menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika Tottenham Hotspur meledak dua gol lewat perlawanan untuk menewaskan Coventry City dari liga kedua dengan keputusan 2-1 dan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Liga.*
*Coventry mendahului 1-0 pada minit ke-87 namun pemain gantian Djed Spence berjaya menjaringkan gol penyamaan.*
*Johnson dimasukkan menggantikan Wilson Odobert yang cedera selepas 17 minit, menjaringkan gol lima minit kemudian untuk memastikan kemenangan.*
🥳 *Paris: Paris Saint-Germain gembira kerana kesilapan penjaga gol lawan Paulo Gazzaniga membolehkan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Girona, pasukan yang membuat penampilan pertama di pentas Eropah dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.*
*PSG menguasai lebih 60 peratus dan melakukan 24 percubaan ke gawang tampak akan dikecewakan oleh lawan mereka di Parc des Princes sehingga hantaran lintang Nuno Mendes gagal ditangkap kemas Gazzaniga memasuki ke gawang pada minit ke-90.*
*Ia adalah pengakhiran mengecewakan buat Girona dalam Liga Juara-Juara yang layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah selepas menduduki tempat ketiga La Liga musim lalu.*
😔 *Paraguay: Seorang pemain bola sepak berusia 15 tahun terbunuh selepas dia ditendang di kepala oleh pemain lawan semasa perlawanan di Paraguay.*
*Ismael Dominguez membuat penampilan sulung bersama Club Nacional dalam kejohanan Persekutuan Bawah 15 Tahun menentang Boqueron apabila pergaduhan berlaku antara kedua-dua pasukan di penghujung permainan.*
*Menurut jurulatih Club Nacional, Leonardo Vit, Dominguez diserang dari belakang semasa pergaduhan berlaku.*
🏎️ *Singapura: Oscar Piastri sedang menikmati setiap detik kejayaannya pada akhir musim di McLaren sudah bersedia untuk meraih kemenangan kedua dalam tempoh tujuh hari di Grand Prix Singapura.*
*"Selepas hujung minggu yang luar biasa meraih kemenangan grand prix kedua saya, saya bersedia untuk melakukannya sekali lagi di Singapura," kata pelumba Australia itu.*
*Piastri berkata, dia dapat merasai cabaran luar biasa dari segi keadaan cuaca dan fizikal yang "sangat mencabar" di trek Marina Bay yang diterangi cahaya limpah, seminggu selepas memenangi perlumbaan litar jalanan di Baku di Grand Prix Azerbaijan.*
🏊🏻♂️ *Toulouse, Perancis: Wira Perancis dalam acara renang di Olimpik Paris 2024, Leon Marchand berkata pencapaiannya memecahkan rekod di temasya itu mengubah begitu banyak kehidupannya sehingga dia sering perlu menyamar untuk mengelak perhatian.*
*Perenang berusia 22 tahun itu memenangi kesemua empat perlumbaan yang disertainya di Paris 2024 - 200 meter (m) kuak kupu-kupu, 200m kuak dada dan 200m serta 400m rampaian.*
*Ia menjadikannya sebagai perenang lelaki pertama yang melakukannya di satu Sukan Olimpik sejak legenda Amerika, Michael Phelps, pada tahun 2008.*