Bincang dengan bank jika berdepan situasi kereta ditarik - Pakar Kewangan
23 OCT 2024 12:02 PM
SHAH ALAM - Pemilik dinasihatkan supaya berhubung dan berbincang pihak bank terlebih dahulu sekiranya berdepan situasi kereta ditarik kerana gagal membayar ansuran bulanan, bukannya melarikan diri atau merosakkan kereta sendiri.
Pakar Kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, ia antara langkah utama yang perlu dibuat selain mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah tunggakan, sebab penarikan dan proses mendapatkan semula kenderaan.
Menurut beliau, pemilik juga diminta supaya mendapatkan penyata terkini, faedah dan yuran tambahan yang mungkin dikenakan seperti kos penarikan serta simpanan kereta.
"Cuba berunding dengan pihak bank untuk dapatkan pelan pembayaran yang lebih sesuai. Dalam sesetengah kes, bank mungkin bersedia tawar pelan pembayaran tertunggak secara ansuran atau lanjutkan tempoh pembayaran.
"Jika mahu dapatkan semula kereta, pemilik perlu langsai ansuran tertunggak termasuk kos penarikan dan simpanan. Hanya selepas pembayaran ini dibuat, barulah boleh tuntut kereta.
"Sekiranya keadaan kewangan tidak memungkinkan untuk bayar tunggakan sekali gus, tanya pihak bank tentang penstrukturan semula pinjaman seperti lanjut tempoh atau kurangkan bayaran bulanan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, tular di laman Facebook memaparkan seorang wanita memecahkan cermin kenderaan sendiri selepas didatangi penarik kereta berdaftar gara-gara tidak membayar ansuran selama lapan bulan.
Video berdurasi satu minit tiga saat itu mendapat perhatian pelbagai pihak apabila jumlah tontonan mencecah 3.9 juta, 20,000 tanda suka dan 13,000 komen setakat hari ini.
Azizul Azli turut mencadangkan, sekiranya pemilik tidak mampu menanggung ansuran bulanan, perbincangan dengan pihak bank untuk menjual kereta bagi menutup baki hutang mungkin langkah yang boleh dipertimbangkan.
Tambah beliau, nasihat daripada pakar kewangan atau kaunselor kredit juga membantu pemilik membuat keputusan yang lebih bijak jika tidak yakin dalam mengendalikan situasi sedemikian.
"Jangan rosakkan kereta kerana hutang masih atas nama kita, merosakkannya akan mengurangkan nilai kenderaan.
"Semakin rendah nilai, semakin besar hutang kita. Perlu diingat, kalau cepat bertindak, tinggi peluang untuk dapatkan semula kereta atau kurangkan kos tambahan," ujarnya lagi.