*Muniz yang dianggap jeneral di posisi tengah beraksi konsisten ketika membantu Harimau Selatan menewaskan juara Liga K1 Korea itu dengan mengimbangi kekuatan tengah skuad kendalian Kim Pan-gon di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.*
*Namun dia yang pernah beraksi bersama skuad Bawah 19 tahun Sepanyol pada musim 2011 tampak enggan dibuai mimpi indah dan menyifatkan laluan JDT masih berliku dan perlu ambil pendekatan dari satu perlawanan ke perlawanan bagi memastikan mereka sentiasa fokus memburu kemenangan.*
🐢 *Kuala Terengganu 7 Nov: Pemain pertahanan serba boleh Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menzahirkan perasaan terharu selepas terpilih dalam latihan pusat skuad senior negara.*
*Malah, lebih manis katanya, panggilan itu adalah kali pertama sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.*
*Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun kelahiran Kelantan itu sedar bukan tugas mudah untuknya 'mengetuk' pintu skuad Harimau Malaya itu, lebih-lebih lagi dia masih mentah daripada segi pengalaman.*
🦬 *Kuala Lumpur 7 Nov: "Kami bukan nak boikot sangat pasukan pun, kami hanya marah kat pengurusan Perak FC sahaja".*
*Itu kata Setiausaha Gabungan Kelab Penyokong Bolasepak Perak, Hakimi Halim yang mengakui tidak bersetuju tindakan pengurusan kelab memilih Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai gelanggang tuan rumah buat Perak FC apabila menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super, Ahad ini.*
*Jelas Hakimi, sepatutnya kelab memilih stadium berkecuali sebagai venue perlawanan selepas Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak selamat untuk perlawanan itu.*
🦏 *Kota Kinabalu 7 Nov: Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) menafikan wujud sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC.*
*Presidennya, Datuk Shahelmey Yahya, berkata, Safa tidak pernah bertemu dengan individu atau mana-mana wakil yang mendakwa mendapat tawaran saham kelab bola sepak itu.*
*Katanya, ia termasuk dakwaan pihak terbabit yang kononnya perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.*
🦜 *Kuala Lumpur 6 Nov: Pemerhati bola sepak tempatan, Effendi Jagan Abdullah menyifatkan kesanggupan menanggung liabiliti sehingga RM14 juta sebagai tidak berbaloi.*
*Effendi yang juga ejen tersohor tanah air berpendapat, berdasarkan pengalamannya bertahun-tahun dalam dunia pemasaran bola sepak mengakui nilai itu cukup tinggi bagi membeli kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC).*
*Katanya, dengan ketiadaan aset kekal seperti pusat latihan mahupun stadium milik kelab, jumlah RM14 juta dianggap terlalu tinggi.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*