Mari saya ceritakan tentang kisah 'Allah bergurau'.
.
Saat ini kita menangis. Terasa dunia ini kacau bilau sekali. Pusing kanan, stres. Toleh kiri, bersedih.
"Allah. Mengapa aku tidak diberi kegembiraan seperti mereka, Rabb ku?"
Allah...
Pernah tak terfikir bahawa Allah bukan tidak memberi, namun Allah mahu bergurau dulu dengan kita. Acah-acah tak sayang tetapi sebenarnya Dia mahu bergurau atau bermesra dengan kita, hamba-Nya.
Ada satu hadis menceritakan tentang kisah seorang hamba Allah yang terakhir di masukkan ke dalam syurga. Allah bergurau dengannya sebelum di masukkan ke dalam syurga.
Dihatinya masih ada syahadah walaupun terlalu banyak dosa dilakukan kecuali syirik. Dia mendatangi Allah dengan keadaan merangkak untuk dimasukkan ke syurga.
"Wahai hamba-Ku. Syurga sudah penuh. Bagaimana ini? Hanya ditepian syurga saja ada kekosongan" kata Allah pada hamba itu.
"Allah. Bagaimana ya? Tak mengapalah Allah, aku sedar diri jika memang tidak kebaikan yang membolehkan hamba-Mu ini masuk ke sana. Kalau ditepi syurga ada kekosongan, aku mahu wahai Allah. Itupun sudah mencukupi" kata hamba itu.
"Betul ni hanya mahu ditepi syurga? Tidak meminta yang lain? " tanya Allah.
"Benar, ya Allah." jawab hamba itu.
Lalu Allah meletakkan hamba itu di tepian syurga. Dan ketika dia berada di tepian syurga, tiba-tiba dia ternampak istana yang banyak. Lalu dia takjub dan bertanya Allah.
"Wahh! Ya Allah, banyaknya istana. Itu kepunyaan siapa, wahai Allah?"
"Mengapa? Mahu?" tanya Allah pada hamba itu.
Lalu hamba Allah itu dengan gembira menjawab, "Ya, wahai Allah."
Allah memberi. Begitu indah zat Allah yang mampu membuat makhluk-Nya kagum!
Setelah hamba ini dihadiahi istana tadi, maka dengan gembira dia berjalan-jalan menelusuri kawasan syurga itu. Lalu dia terlihat ada lagi istana yang lebih mercu dan hebat dari yang pertama. Lalu, dia takjub dan Allah melihatnya.
"Mahu?" tanya Allah.
"Bolehkah, wahai Allah?" tanya hamba Allah.
Lalu Allah memberikan lagi istana kedua itu. Dan seterusnya hamba Allah itu lebih takjub melihat istana-istana seterusnya. Sehingga Allah bertanya kepada hamba itu,
"Mahu tak jika Aku berikan 10 lagi?"
Allah tertawa. Hamba Allah itu diberikan 10 ganda lagi kerajaan dunia daripada Allah.
(Riwayat Imam Muslim)
Dan sebenarnya, Allah bukan tidak mahu memberi kepada hamba-Nya kebahagiaan. Kadangkala Allah bergurau dulu dengan hamba-Nya sebelum memberi.
Allahu Rabbi.
Dan hari ini, bolehkah sudah tersenyum dengan kisah ini? Sesungguhnya Allah terlalu banyak bergurau dengan kita. Demi rahmat Allah yang tidak terhitung, kitalah hamba yang kerugian kerana mengeluh dan tidak bersabar.
Allahu Akbar. Masha Allah. Subhanallah.
#ninjakecik
credit to deanna chee
@diarimusafirjalanan