Akifamrann.


Channel's geo and language: World, English
Category: Other


🖋Memvalidasikan Emosi Di Atas Puisi.
________________________

Related channels

Channel's geo and language
World, English
Category
Other
Statistics
Posts filter


"Kita tidak pernah sesat di dalam rumah sendiri walau segelap malam namun kita sentiasa sesat di rumah orang lain walau seterang siang." —Akifamrann.
______________

Setahun diperam, kali ini saya tekad untuk lahirkan juga buku ini ke dunia khalayak. Agak sukar untuk menerjah ke dalam industri penulisan di saat saya juga masih mentah bersastera. Namun, itu bukan sebuah hukuman bahawa kita tidak boleh terus berkarya, bukan? Dengan izin Tuhan, nasihat di dalamnya akan menyembuhkan para jiwa yang sedang tumbuh sepertimana ia menyembuhkan saya. Nantikan buku kumpulan kata-kata pertama saya pada Januari ini❤️.

_______

p/s: Kepada semua yang setia membaca, terima kasih untuk segalanya🤍.




Tadabbur sifat takabbur
terabur lebur pahala
berhibur subur dosa
dilabur kebulur semata
bak menganggur di dunia
di kubur—
merana.


—Akifamrann.


Generasi Aku adalah Generasi Kamu.


Dalaman hati dangkal, semalaman akal menyangkal kritikan kritikal yang tidak kekal, janggal menanggalkan tangkal miskal, tinggal sauk pakaian bekal, nakal selagi nakal jua kita bertemu ajal. Terpadam.

Fahamkan, apa itu nakal, apa natijahnya? Nakal tidak salah, yang salah menatijahkannya. Bukankah anak kecil buas itu meneroka, mengapa disangka mereka tidak diajar pula? Siapa salah, siapa menakalkannya? Hati belajar menurut hati, air dicebok daripada perigi terdekat sekali, jika dangkal maka anak apatah lagi.

Adakah kewarasan diwarisi? jika pewaris tidak waras, apakah waras mewarisi? Awas, mereka belum kejam, namun mandi secetek perigi tetap basah bak seluas kolam. Jangan pejam mata juga hati, semalaman hati menyangkal, walau tidak kekal, tetap kritikan itu berisi. Hadam.



—Akifamrann.


Orang Surat.

Siapa mendoakanku? Sajak ditinta, doa dipinta, Dia pencipta dan aku hanya pengirim surat tidak meminta dicintai oleh orang yang sedosa denganku, cukup sekadar amin. Cukup sekadar menjamin agar kamu asingkan namaku daripada senarai mereka yang berpelaminkan kisah lalu. Cincinku demi masa depan, bukan demi kekasih palsu yang kerap berjanji untuk mendoakan cepat waktu.

Tiada orang baru di sini, hanya kamu. Jadi mengapa kita tidak mengaminkan doa seakan yakin syaitan menadah tangannya apabila kita menyuratkan doa itu?

Siapa mendoakanku andai kita sendiri tahu bahawa bukan itu surat yang ingin kukirimkan.



—Akifamrann.


Kita sudah dewasa. Sudah tiba masa untuk kuburkan segala cerita yang dikumpulkan buat jiwa-jiwa yang juga punya kisah sendiri. Pandang depanmu, jangan rasa aku tidak mengenal warna matamu yang mengatakan kamu ada masalah yang tidak diluah lagi. Aku kenal akan warna itu, kerana kamulah yang meminta aku usap kelopakmu agar tangisan itu tidak pernah menyentuh bumi, cukup sekadar menyiram tanahnya jasadku. Kamu sedang memendam dan menjauhi, dan aku mengizinkannya kerana kita semua punya haluan tersendiri.

Maka dengan ini aku ucapkan selamat hari lahir kepada semua mental pusing yang tekun gagah melawan arus dunia walau kerap hanyut dibadai stigma dan penindasan dalaman yang tidak lain tidak bukan, ujian teragung yang Tuhan berikan.

Salam Hari Mental Sedunia.

Salam, kepada semua yang masih bangun dan mengatakan aku tidak apa-apa.

Kau bukan mangsa, kau pewira.



—Akifamrann.


Satu Ringgit.

Aku ada satu ringgit, sehelai mimpi dan asa yang terkubur di celah-celah papan kunci hitam berdakwatkan kisah silam bermegahan melawan takdir bahawa kisah ini ditulis tangan tidaknya Tuhan. Dunia ingin melihat aku bermusuhan, bertumbuk dengan aliran prejudis yang menyatakan jalan kesenian hanyalah angan-angan. Jangankan impian dijadikan taruhan, masa depan hanyalah perjudian, maka siapakah aku tanpa suara dalam penulisan, bukan? Bukan. Rancang demi rancang, rancak selagi rancak, namun satu ringgit ini tetap tamak dimakan sehingga kering dakwat diminum lahapnya nafsu terhadap sebuah percintaan. Industri hanya industri, pembaca hanya teman penerima wasiat kematian bahawa suatu hari nanti, dunia akan sedar, asa yang terkubur tidak sesekali menumbuhkan sehelai mimpi, dan mimpi tidak membuahkan satu ringgit buat anak kecil membeli roti mengisi kekosongan perut si ibu yang telah mati.

Maka jika si ibu telah pergi, ke mana anak kecil mencari susuan?

Ke tanah jua dikebumikan.



—Akifamrann.


Tamakkah aku, jika kukata semua wajahmu itu milikku?


—Akifamrann.




Caraku menghadiahkan keabadian cinta adalah dengan memahat namamu pada setiap benih puisi yang akan mencecah syurga, bunganya mekar disirami air-air sungai arak dan susu, warna taman kita bak mutiara, dan kuisytihar bahawa kamulah ratu.


—Akifamrann.




Pelancaran Buku Antologi Bahtera Jiwa Penulis terbitan Human Wrotes Publishing📘

Bahtera Jiwa Penulis mengumpulkan 27 bab perkongsian tentang tip, pesanan dan pengalaman penulisan yang dapat memupuk semangat untuk mereka yang ingin menulis tetapi takut dan tidak tahu nak bermula dari mana.

Stok adalah terhad. 165pcs sahaja ‼️

Pembelian boleh dilakukan di link ini ya!😊

https://humanwrotespublishing.onpay.my/order/form/bahterajiwapenulis




Usah tergopoh, masih banyak ruang yang boleh dibaiki. Di dalam Buku Antologi Bahtera Jiwa Penulis, terdapat kisah-kisah pengalaman beserta pesanan daripada 27 orang penulis yang juga pernah merasakan apa yang kalian rasa. Perkongsian mereka dapat membantu kalian untuk membuka mata dengan lebih luas dan melawan sifat takut untuk menulis.

Bahtera Jiwa Penulis mengumpulkan pelbagai jenis penulis. Ada yang telah menandangi PBAKL untuk sesi Meet & Greet. Ada yang telah hasilkan lebih satu buku malahan ada juga yang baru sahaja ingin menceburi bidang penulisan🥹. Jika mereka boleh, mengapa tidak kalian?

Nantikan terbitan Bahtera Jiwa Penulis pada 26 Julai, tepat jam 9:00 PM! 🗣️‼️


"Aku takut penulisanku dikecam. Aku takut orang menghukum karya aku. Aku hanya penulis kecil, kenapa orang nak baca apa yang aku tulis?😞"

Kita semua takut untuk memulakan langkah dalam melakukan sesuatu. Jika kita belum mula menulis, bagaimana kita tahu hasilnya adalah baik ataupun tidak? Pada hakikatnya, hanya diri kita sendiri yang menjatuhkan martabat diri kita lantas menganggap diri kita bukan penulis, hanya kerana karya tersebut belum ada sambutan.


Memperkenalkan buku antologi BAHTERA JIWA PENULIS, sebuah Buku antologi terbitan Human Wrotes Publishing tentang tips penulisan serta perjalanan kisah 27 barisan penulis. Mereka ini pernah lelah menulis, tetapi mereka tidak pernah berhenti menulis!

Akan datang 3 minggu lagi.‼️




Seputar tarian yang tidak pernah tamat, kita hanyalah sepasang boneka merentak kaki berhati-hati sebebasnya mengikut tali. Selangkah kananku ke hadapan, selangkah kirimu ke belakang, berirama jasad kita berdansa mentaati takdir, menyempurnakan jalan cerita yang telah siap, hanya menanti ditayangkan kepada para penonton yang terpegun lantas bertepuk tangan mengagumi cinta yang dipersembahkan.


—Akifamrann.




Kamu layak bebas daripada penjara yang kamu sendiri cipta lantas memasukinya secara rela.


—Akifamrann.

20 last posts shown.