Iqomah al-Din
Mendirikan Agama
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
42:13
Wasiat yang satu dikongsi oleh para Rasul iaitu satu mesej
أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ
Dirikan agama.
Ia adalah satu perintah. Yang telah disyariatkan, شرع لكم, di perintah kan ke atas kamu. Penggunaan fiil madhi di sini menunjukkan kewajipan wasiat ini sejak dahulu sehingga sekarang.
Apa maksudnya mendirikan agama? Mendirikan islam?.
Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda secara mafhum,
Islam dibina atas lima perkara iaitu (kemudian di sebut rukun-rukun Islam).
Melaksanakan rukun Islam lima belum membawa kepada أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ. Kerana lima perkara itu baru sahaja tiang-tiangnya.
Sesuatu binaan, lebih besar dari itu. Malangnya kefahaman ini mungkin telah luput dari jiwa, perasaan & pemikiran sebahagian Muslim.
Ayat ini tidak menjelaskan apakah maksud mendirikan agama secara langsung. Tetapi kita boleh lihat pada amal-amal Rasulullah. Bagaimana islam itu didirikan beemula dengan penyediaan tiang-tiang di zaman Mekah & disusuli binaan binaan islam yang lain di zaman Madinah.
Cuma ayat ini memberi satu isyarat besar, bahawa apa yang akan dilakukan ini, yakni, mendirikan agama, apa yang bakal diserukan oleh para nabi & pengikut mereka, tidak disenangi oleh orang musyrikin.
Mereka berasa panas punggung. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menghentikan usaha usaha mendirikan agama.
Cuba lihat kepada situasi kita hari ini. Setelah kita berjaya tunaikan 5 rukun islam, adakah ia membuatkan musuh islam, musyrikin, zionis & lain-lain panas punggung?
Adakah solat kita diganggu? Umrah & Haji kita diganggu? Zakat kita diganggu? Puasa kita diganggu?
Secara umumnya tidak..
Apakah maknanya?
https://telegram.me/muassis