Muassis


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Muassis menghidangkan anda tazkirah dan taujihat yang santai tapi menggugah jiwa!

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


[ Rukun Faham: 20 Asas Memelihara Kefahaman Islam , Mahmud Abu Raiyah]

#usul20
#muassis


Politik vs Kepartian, di sisi Ikhwan Muslimin

https://telegram.me/muassis


22 March 2004


Sheikh Ahmad Yasin, dalam kenangan.

https://youtu.be/13hi8b6l4sQ
Penghormatan kepada Syaikh Sayyid Ahmad Yassin
Penghormatan kepada Syaikh Sayyid Ahmad Yassin as-syahid (insyaAllah) semoga Allah karuniakan beliau jannah ,semoga Allah tempatkan beliau di barisan para sy...


Taal, Marilah Ikut Apa yang Diturunkan oleh Allah!!


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab:

"Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya".

Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.

Al Maidah : 104

Kesiannya kita lihat ada orang yang berpuas hati dengan islam yang dia fahami & warisi dari generasi sebelum mereka meskipun tidak cukup dibandingkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul.

Apabila diajak untuk berdakwah, mereka kata itu tiada dalam keluarga mereka, mereka pun berhenti di situ.

Apabila diajak untuk tafaqquh fi addin, yakni terus mendalami agama saban hari, mereka kata itu tiada dalam praktis keluarga mereka lalu mereka berhenti di situ.

Rujukan mereka ialah keluarga mereka & orang ramai di sekeliling mereka.

Memanglah, pada pandangan kasar kita lihat ahli keluarga, orang ramai pun hidup bahagia, tiada masalah dengan kehidupan mereka dengan hanya berpegang pada apa yang mereka warisi dan amalkan sejak turun temurun. Tetapi ia tidak menjadi hujah bahwa betul & sempurnanya pemahaman mereka.

Sesetengah daie muda sendiri sebenarnya berasa pelik dengan apa yang diserukan & dituntut oleh dakwah. Meskipun mereka membaca kisah Rasul dan sahabat baginda.

Apabila masa-masa mereka diminta, mereka belum bersedia untuk memberikan komitmen. Apabila mereka diminta menggalas beberapa amanah, mereka rasakan ini terlalu ekstrim.

Nampaknya apa yang diserukan belum menetap dalam hati mereka.

Semoga Allah bukakan hati kita untuk mengikut jejak ar Rasul dan menerima seruan seruan dakwah ini.


https://telegram.me/muassis


Forward from: Muassis
Jommmmmm 😍


Tak Penat Ke?

Diriwayatkan dalam sirah lebih 50 siri peperangan yang berlaku sepanjang sepuluh tahun kerasulan di Madinah, pasca Hijrah. Dikatakan 27 kali peperangan sama ada yang besar atau kecil yang melibatkan Rasulullah.

Baik, secara Matematik mudah, 27 kali perang ini bersamaan dengan dua kali setahun atau skali setiap 6 Bulan. Ini memang kekerapan yang luar biasa. Luka luka perang belum sembuh, kemudian Rasulullah dan para sahabat diseru untuk perang yang berikutnya.

Kalau dalam dunia moden, sesetengah acara sukan global diadakan pada kekerapan 2 tahun sekali atau 4 tahun sekali, supaya atlet yang berentap diberi masa yang secukupnya untuk latihan dan recovery process.

Tetapi tidak ketika pendiri Islam membangunkan bangunan islam yang indah ini.

Tak penat ke?

Memang penat.

Tetapi itulah harga yang perlu dibayar. Jadi, janganlah kita mengeluh dengan kekerapan program tarbiyah, setiap minggu ada program dan sebagainya... Sebab itu semua tidaklah seberapa dibandingkan mengangkat senjata di medan tempur qitali.

https://telegram.me/muassis


معرفة الله
Mengenal Allah swt.

Sejak kali pertama kita membaca Qur'an jika dimulai dengan surah an-Nas di juzuk terakhir yang sarat memuatkan surah surah Makkiyah, AlQuran memperkenalkan Allah swt kepada kita sebagai Tuhan dengan kalimah

Ilah
Rab
Malik

Ketiga kalimah ini mempunyai makna tersendiri dan tuntutan tersendiri daripada hamba kepada Allah.

Orang yang tidak mengenal Allah swt dalam aspek aspek ini berkemungkinan tidak memberikan hak & wilayah tauhid yang sepatutnya kepada Allah. Bahkan mereka mungkin mengambil Rab, Ilah & Malik yang lain termasuk diri mereka sendiri.

Sebagai contoh,

Fir'aun adalah watak yang digambarkan telah hilang pedoman dalam hidup bertuhan sehingga mengiktiraf dirinya sebagai tuhan menggunakan ketiga tiga kalimah ini.

Fir'aun mendakwa dia Ilah;


قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَٰهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ

Fir'aun berkata: "Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan".

26:29

Fir'aun mendakwa dia Malik;


وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat(nya)?

43:51

Fir'aun mendakwa dia Rabb


فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ

(Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi".

79 : 24


Ini lah contoh hamba yang sombong, bongkak & tidak mengenal tuhan.

Namun Allah tetap mengutuskan nabi-Nya untuk membetulkan keadaan Fir'aun ini.

Sejauh mana kita telah mengenal Allah sebagai ilah, malik & rabb serta memenuhi tuntutan tuntutan tersebut?


https://telegram.me/muassis


Alhamdulillah. Process printing buku Tarbiyah Sampai Mati sedang giat dijalankan. Nantikan kemunculannya.
Order ;

http://bit.ly/2twTt7Y


Di dalam kitab sahih Bukhari, ada satu hadith yang menceritakan tentang keutamaan Abu Bakr as-Siddiq radhiyallahu ‘anh:

“Ketika mendengar Rasulullah ﷺ mengabarkan tentang pintu-pintu syurga, Abu Bakar radhiyallahu ‘anh pun menanggapi, ‘Wahai Rasulullah, tidaklah sulit bagi seseorang untuk dipanggil dari satu pintu itu. Adakah orang yang dipanggil dari semua pintu itu?’

Nabi ﷺ menjawab, ‘Ada. Dan aku berharap engkau termasuk dari mereka wahai Abu Bakar.’” (HR. Bukhari, No. 3666).

Hadith ini mengajar kita sedemikian banyak ibrah dan hikmah. Antaranya:

1) Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sekiranya kita mentadabbur al-Quran dan menghayati banyak hadith-hadith yang sahih, kita akan mendapati Allah SWT sangat mengasihi hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Antaranya hadith ini; Allah tidak menjanjikan SATU pintu syurga, tetapi BANYAK pintu syurga kepada para hamba-Nya yang layak memasukinya.

Dengan kata lain, ada banyak cara untuk masuk syurga! (Syurga mempunyai banyak pintu dan pintu-pintu ini dikhususkan untuk amalan-amalan tertentu, contohnya berpuasa dan sedekah)

2) Standard Abu Bakr RA yang begitu tinggi. Pertanyaan Abu Bakr RA kepada baginda ﷺ bukanlah kerana beliau riya’ atau mahu menunjuk-nunjuk, tetapi sudah sememangnya amalan hariannya membuktikan bahawa tidak sukar baginya untuk memasuki salah satu dari pintu syurga yang disebut baginda ﷺ.

Tidak hairanlah Abu Bakr RA merupakan sahabat teragung dan yang terutama di sisi Rasulullah ﷺ.

3) Meletakkan tummuhaat (impian) setinggi langit dalam mencari keredhaan-Nya. Abu Bakr RA tidak berpuas hati dengan hanya sekadar dipanggil oleh satu pintu syurga, tetapi beliau mahu dipanggil oleh semua pintu syurga! MashaAllah.

Meskipun kita tidak mungkin menjadi sehebat Abu Bakr RA, tetapi sewajarnya kita mencontohi semangat beliau dalam bersungguh-sungguh mengejar redha-Nya dan mahu mempersembah amalan yang terbaik kepada-Nya.

Moga Allah SWT memilih kita semua untuk memasuki salah satu daripad pintu-pintu syurga-Nya yang mulia! Amiin!

https://telegram.me/muassis


Ketika kita berasa diri kita & segala kepunyaan kita masih mahal, kita tidak akan ke mana 😢. Berilah akhi...


Jommmmmm 😍


Seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab 😢


Jangan Sibuklah dengan kerja tak ada guna ‘turrahat’..!

Begitulah kamus para da’i. Ia sentiasa berkembang dan subur. Setiap generasi menambah istilah-istilah baru ciri mereka.

Setengah mereka meletakkan perkataan kemerdekaan: 

“Jadilah kamu selama-lamanya orang merdeka yang tidak tunduk.” 

Yang lain akan menambah perkataan ‘harapan’: 

“Esok milik kita.” 

Kemudian, yang ketiga menambah: 

“Agama Allah itulah tanahair kita dan kami memandang remeh segala ujian, mehnah dan tribulasi.”

Sebelum mereka pula, Khalid telah meletakkan ungkapan: 

“Mereka sangat inginkan  kematian.” 

dan Ibnu al-Mubarak pula menambah: 

“Menjual diri” 

Al-Zahid Ruwaim pula memberi satu istilah lain ketika diminta nasihat oleh sahabatnya, beliau berkata: 

“Ia adalah pengorbanan jiwa, kalau tidak (maknanya) kamu menyibukkan diri dengan kerja tak guna"

-dipetik dari Muntalaq

https://telegram.me/muassis


Forward from: Muassis
Sekarang Masanya

Daripada Jabir bin Abdullah radiallahu ‘anhu, daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْر‏
Hari Jumaat mempunyai dua belas waktu, tidaklah seorang hamba Muslim meminta sesuatu kepada Allah pada waktu melainkan Allah akan memberi apa yang diminta. Carilah waktu itu di hujung waktu selepas Asar.


[Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu’ah, hadis no: 1400].

Doakan dosa yang kita lakukan secara terang dan tersembunyi. Doakan kelalaian kita menyedarkan umat. Doakan saudara kita, yang telah pergi mahupun yang bakal menyusul. Doakan kemenangan umat islam.


https://telegram.me/muassis


Forward from: Muassis
Tahukah anda al-Quran sendiri membawa 2 perkataan untuk menerangkan maksud membaca?

1) قرأ --- قرأة
2) تلى --- تلاوة

Sekiranya qiraah membawa maksud membaca dalam keadaan mencantumkan kalimah-kalimah hingga menjadi ayat yang difahami, maka bagaimana maksud baca bagi kalimah tilawah? Baca lagu mana pulak tu cik muassis hah?

Mari saya terangkan kepada anda. Jangan garu kepala lagi😅

Perkataan تلى membawa maksud baca atau ikut. Berdasarkan pandangan syeikh solah al khalidi, apabila al-Quran menerangkan ayat berkaitan membaca menggunakan kalimah تلى atau يتلو atau تلاوة ia nya bermaksud ikut bukan sekadar baca.

Contoh ayat :

(الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ)
[Surat Al-Baqarah 121]

Ayat ini menjelaskan bahawa 'bacaan' al-Quran yang haq itu bermaksud mengikut al-Quran. Mengikuti hukum hakamnya, beramal dengannya, menuruti perintah di dalamnya serta menghindari larangannya.

Sudah bertahun-tahun kita baca al-Quran, sudahkah kita benar-benar mengikutinya?


Forward from: Muassis
Al-Quran = القرآن

Asal perkataan al-quran adalah qara'a (قرأ).
Di dalam bahasa arab qara'a bermaksud baca atau mencantumkan satu huruf dengan satu huruf hingga menjadi kalimah yang difahami.

Apabila al-Quran menyarankan untuk membaca al-Quran ia bermakna bacaan yang mencantumkan kalimah-kalimah hingga menjadi ayat yang difahami. Bahasa mudah, qara'a adalah bacaan yang difahami.

Kita membaca al-Quran bertahun-tahun, sudahkah kita fahami?


Forward from: Muassis
Bakal menemui anda.
RM23
Hubungi ;
http://bit.ly/2twTt7Y


Iqomah al-Din
Mendirikan Agama

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

42:13

Wasiat yang satu dikongsi oleh para Rasul iaitu satu mesej

أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ
Dirikan agama.

Ia adalah satu perintah. Yang telah disyariatkan, شرع لكم, di perintah kan ke atas kamu. Penggunaan fiil madhi di sini menunjukkan kewajipan wasiat ini sejak dahulu sehingga sekarang.

Apa maksudnya mendirikan agama? Mendirikan islam?.

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda secara mafhum,

Islam dibina atas lima perkara iaitu (kemudian di sebut rukun-rukun Islam).

Melaksanakan rukun Islam lima belum membawa kepada أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ. Kerana lima perkara itu baru sahaja tiang-tiangnya.

Sesuatu binaan, lebih besar dari itu. Malangnya kefahaman ini mungkin telah luput dari jiwa, perasaan & pemikiran sebahagian Muslim.

Ayat ini tidak menjelaskan apakah maksud mendirikan agama secara langsung. Tetapi kita boleh lihat pada amal-amal Rasulullah. Bagaimana islam itu didirikan beemula dengan penyediaan tiang-tiang di zaman Mekah & disusuli binaan binaan islam yang lain di zaman Madinah.


Cuma ayat ini memberi satu isyarat besar, bahawa apa yang akan dilakukan ini, yakni, mendirikan agama, apa yang bakal diserukan oleh para nabi & pengikut mereka, tidak disenangi oleh orang musyrikin.

Mereka berasa panas punggung. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menghentikan usaha usaha mendirikan agama.


Cuba lihat kepada situasi kita hari ini. Setelah kita berjaya tunaikan 5 rukun islam, adakah ia membuatkan musuh islam, musyrikin, zionis & lain-lain panas punggung?

Adakah solat kita diganggu? Umrah & Haji kita diganggu? Zakat kita diganggu? Puasa kita diganggu?

Secara umumnya tidak..

Apakah maknanya?



https://telegram.me/muassis


#hadithoftheday
#muassis


Qudwah Qobla Dakwah
Qudwah Sbelum Dakwah.


Best tengok video ni. Sheikh Majid Zindani (Seorang Ulamak Besar Yaman),menyeru umat Islam membantu gerakan pembebasan Palestin yang dipimpin HAMAS dengan sekurang-kurangnya menderma wang.

Untuk itu beliau menjadi yang pertama menderma. Sebenarnya dinyatakan, beliau kedua kerana telah ada individu yang mendahului beliau. Tetapi lihatlah, cakap & terus buat.

Beliau menderma 200,000 riyal. Kemudian terus ditanya kepada hadirin,

ماذا تفعلون؟؟
Apa yang kamu akan buat.??

Berbondong la orang ingin menderma, terus beramal.

Kutipan terus dibuat.
Beliau menyebut,

الى العمل الى العمل
Berkerja bekerja!

Beramal.

Berapa banyak daie yang bercakap kosong, janji palsu, planning sahaja, banyak berbincang tetapi kurang beramal. Sehingga terpaksa ditanya, dah ke belum? Dah ke belum? Lagi & lagi.

الى العمل الى العمل

Semoga menjadi slogan kita.



https://youtu.be/uVUJjW5IHB0
Abd Al-Majid Al-Zindani Gives A Speech About Hamas
A very good speech given by Abd Al-Majid Al-Zindani talking about Hamas. Also If you want to watch it in high detail then add &fmt=18 at the end of the url a...

20 last posts shown.

5 192

subscribers
Channel statistics