Versus ._.


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Kami lelaki bukannya perempuan,
Tulisan itu kehidupan ._.
untuk sebarang pertanyaan/kritikan/cadangan.
@fly_15
Terima Kasih ☁️

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций






Репост из: Islamic words ?
Try to be a better Muslim today, compared with yesterday.
Make the intention to be a better Muslim tomorrow, compared with today.
#islamiconlineuniversity

@islamicwords


Репост из: Jiwa Tarbawi
JIWA TARBAWI 402



Kadangkala, hanya baru belajar tapi sudah terasa 'alim faqih...

Hanya baru sekadar membaca tentang iman, sudah terasa kuat keimanan...

Terkadang, hanya suka membaca tentang dakwah dan pendakwah, tapi sudah menyangka dirinya pendakwah yang berdakwah...


Hanya sekadar bersemangat, tetapi sudah menyangka dirinya mujahid pejuang fi sabilillah ...

Itu semua hanya sangkaan-sangkaan yang sering menjadikan seseorang tertipu, terjatuh ke lembah ghurur ...



فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿النجم: ٣٢﴾

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.

An Najm : 32


Begitulah juga soal keimanan.
Tidak hanya sekadar sangkaan dan dakwaan beriman, tetapi mestilah ada keyakinan yang mutlak tanpa keraguan, dan bersusah payah terjun ke gelanggang jihad perjuangan serta membuktikan pengorbanan demi merebut redhaNya.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُواوَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿الحجرات: ١٥﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Al Hujurat : 15



Justeru, tinggalkanlah sangkaan, angan-angan dan dakwaan. Muhasabahlah dan perhalusi dirimu sendiri...




ABi




SITUASI 1

“Alah apa salahnya bagi budak-budak tu tengok video Baby Shark tu. Atau pon Tuti Tata tu. Budak-budak kecik je pon yang berlakon. Bukannya ada tayang aurat ke, tunjuk aksi lucah ke. Rilek laah.”


Kasim terkesima. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab kepada abangnya itu. Susah bila anaknya menjadi cucu sulung dalam keluarga; semua orang memanjakan anaknya!


SITUASI 2

“Bang, jom baca Quran sama-sama?”


Rashid sedikit terkejut dengan ajakan itu. 


Tiba-tiba je bini aku ni. Tak pernah-pernahnya.


“Jom!”


Rashid sendiri dah lama tak bertilawah. Semenjak dua menjak ni, kesibukannya dalam kerjayanya menyebabkan dia sering terlalai untuk menatap surat chenta dari Allah itu. Maka Rashid terharu dengan ajakan isterinya itu.


Mereka membaca surah masing-masing sambil anak-anak mereka bermain-main dan memanjat-manjat badan mereka. Sekali-sekala mereka memberhentikan bacaan mereka kerana geli hati melihat telatah anak-anak.


Rashid sudah lama tidak berasa bahagia sebegitu.


SITUASI 3

"Aku kagum la dengan kau. Siyes."


Mona meluahkan apa yang sudah terbuku dalam hatinya sejak sekian lama.


"Hah kagum? Kagum apa?"


Sarah menggaru tudungnya.


"Ye lah. Kau ni bukan budak sekolah agama pon. Tapi pakai tudung labuh, hafal quran, ikut usrah, buat dakwah. Luar biasa! Apa rahsia kau?"


Sarah tersenyum.


"Takde apa pon. Aku just tengok ibu ayah aku buat benda yang sama, aku ikut je lah."


Mona mengangguk kagum. Jauh di dalam hatinya, dia cemburu.


***


Hari ini kita hidup di zaman yang amat menchabar lagi menggaru kepala. Pandang sahaja ke mana-mana, pasti akan ada fitnah yang menerpa.


Memulakan keluarga dan mendidik anak-anak di zaman ini jauh lebih mencabar lagi. Kadang-kadang kita sudah cuba yang sebaiknya mahu melindungi keluarga kita daripada marabahaya dari luar, tapi akhirnya kita tewas juga dek faktor-faktor yang kita tak dapat nak pengaruhi.


Punyalah kita jaga anak kita supaya tak main gajet, tengok-tengok dia dapat juga daripada auntienya.


Punyalah kita tak mahu anak kita menonton kartun ntahapehape di TV itu, tetapi akhirnya dipertontonkan juga kepadanya di taska.


Dan punyalah kita menjaga bahasa dan akhlak kita di hadapan anak-anak dan tidak mendedahkan mereka kepada sebarang unsur-unsur negatif, namun akhirnya dia terdedah juga dengan semua itu daripada rakan sebaya.


Tak ke gila dibuatnya??


Kerana itu mendirikan baitul muslim yang solehah itu bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kewajipan bagi setiap orang yang bergelar muslim di luar sana. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu agenda utama dalam manhaj tarbiyah Ikhwanul Muslimin, melihatkan kepada peri pentingnya peranan sebuah keluarga dalam melahirkan rijal yang berkualiti tinggi. 


“Apabila lelaki dan wanita yang merupakan struktur asas sebuah keluarga menjadi baik,” tulis Imam al Banna dalam risalah ‘Dakwah Kita Di Era Baru, “Mereka berdua akan mampu membina sebuah keluarga contoh yang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.”


Begitulah.


Di zaman yang penuh kegilaan ini, baitul muslim lah yang menjadi benteng teraKhir bagi memastikan anak-anak kita terpelihara dari sebarang anasir-anasir mazmumah di luar sana. Ialah yang menjadi panduan dan neraca bagi anak-anak apabila berhadapan dengan dunia luar yang amat ganas lagi tidak berperikemanusiaan itu. Dan ia juga yang menjadi qudwah kepada mereka agar terus tetap memegang kuat pada agama Allah ini.


Dan baitul muslim tidak mungkin wujud tanpa individu Muslim. Diri kita sendiri. 


Lantas, jangan berangan-angan mahukan baitul muslim seindah taman sorga andai jiwa kita sendiri dipenuhi karat-karat neraka!


Tersedak.


-Gabbana-

http://angelwearsgucci.blogspot.my/2018/02/baitul-muslim-benteng-terakhir-umat.html?m=1


Sebuah cerita
--------------------------
Hari yang indah penuh tawa dan senda,
Hati orang tua girang menyambut anak pertama.

Bermula langkah kecil hingga berlari anak dijaga rapi riang sekeluarga.

Hari yang mencabar sarat kata-kata kesat dan panggilan duka. Hati budak mana tahan hari pertama disekolahkan.

Balik rumah mengadu papa, kata mama inilah dinamakan kehidupan.

Hari yang runsing banyak persoalan,
Hati remaja ingin bercinta bagaikan sudah dewasa.

Terikut-ikut drama novel dan irama lagu cinta. Jiwa mentah kosong malah leka.

Hari yang bersejarah pulang membawa segulung ijazah. Hati mahasiswa mahu mengubah dunia, bosan melihat ramai masyarakat masih lalai seperti haiwan.

Lahir, makan, tidur, kerja, berkawan, kahwin dan mati.

Hanya yang membezakan adalah fizikal, soal agama terlalu dangkal.

Hari terakhir tanpa sebarang bunyi,
bibir hilang mahir bicara, sudah tidak banyak kudrat, kesihatan semakin susut mula mengira tarikh luput. Hati orang lama mula melihat kesilapan masa muda menyesal tanda introspeksi namun tak banyak yang mampu dibaiki.

- De Owner -




Kadang aku tertanya bagaimana keadaan orang bisu.

Tidak mampu berkata-kata,
Namun adakah mereka juga mempunyai suara hati?

Sama juga seperti orang buta,
Tidak pernah melihat dari dilahirkan.

Adakah mereka mempunyai mimpi tatkala lena menyapa?

- De Owner bertanya -


Kisah-kisah murung,
Biarkan saja dikurung,
Lidah mampu selindung,
Hati takkan sanggup berbohong.

Dahulunya tinggi di langit,
Kini sudah jatuh turun berehat.

Dahulunya rendah di tanah,
Kini melayang terbang ke atas rumah.

Mana pergi semangat yang jitu itu?

- De Owner -


Sebenarnya ada beza antara mempertahankan islam dengan memperjuangkan islam.

- De Owner -


Dalam perjalanan ni, lagi 10 jam aku hilang.

- De Owner -


Menceritakan perasaan kepada mereka yang tidak mempunyai perasaan hanya mematikan jiwa yang perlu hidup.

- De Owner -




Cerita pendek 8
----------------------------
Dalam kepekatan malam yang sunyi,
duduk sendiran Aina ditepi jendela sambil merenung kearah langit dan mengira bintang-bintang.

" Oit, jauh termenung, teringat kat sape tu? " Mia mengusik.

" Hm, tak tahu nak cerita camne tapikan pernah tak awak rasa putus asa, rasa macam hilang harapan, bila buat dosa tu rasa menyesal nak taubat tapi sehari dua pastu buat balik kadang terfikir seakan sengaja Allah tak nak saya jadi baik. " Balas Aina dengan suara yang sayu.

" Aip! Mana boleh kata camtu, awak je yang rasa macam tu sedang tidak. Pernah tak bertanya kepada diri sendiri kenapa aku masih hidup hari ini?" Soal Mia kepada Aina.

" Entah, sebab belum mati la kot " Jawab Aina dengan muka begini ._. seakan tiada perasaan dan malas berfikir.

" Bukan macam tu, kita masih hidup hari ini bermakna harapan untuk ke Syurga itu masih ada dan pintu taubat masih terbuka luas. Tipulah tak penat bertaubat tapi kita memang perlukan taubat sepertimana kita memerlukan udara untuk bernafas. Jadinya jangan pernah berputus asa. Nah, cuba awak baca terjemahan surah Zumar ayat 53 dan 54. " Ujar Mia seraya menghulurkan senaskhah Al-Quran tafsir terjemahan.

" Awak ni kan, sebab ni lah saya sayang kat awak!" Muka Aina selepas itu ^-^ sambil menyeka deraian air mata dan memeluk erat sahabat karibnya itu.

The end.

" Bertaubatlah sehingga syaitan yang berputus asa, bukannya kita "

- De Owner -






Esok nak pergi menghilang balik.

- De Owner -


Sekuat-kuat menendang dengan kaki, memukul dengan tangan, marah dengan mulut tetapi tetap sahaja tidur dengan kelopak mata.

- De Owner -


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram

Показано 20 последних публикаций.

313

подписчиков
Статистика канала