Sebuah cerita
--------------------------
Hari yang indah penuh tawa dan senda,
Hati orang tua girang menyambut anak pertama.
Bermula langkah kecil hingga berlari anak dijaga rapi riang sekeluarga.
Hari yang mencabar sarat kata-kata kesat dan panggilan duka. Hati budak mana tahan hari pertama disekolahkan.
Balik rumah mengadu papa, kata mama inilah dinamakan kehidupan.
Hari yang runsing banyak persoalan,
Hati remaja ingin bercinta bagaikan sudah dewasa.
Terikut-ikut drama novel dan irama lagu cinta. Jiwa mentah kosong malah leka.
Hari yang bersejarah pulang membawa segulung ijazah. Hati mahasiswa mahu mengubah dunia, bosan melihat ramai masyarakat masih lalai seperti haiwan.
Lahir, makan, tidur, kerja, berkawan, kahwin dan mati.
Hanya yang membezakan adalah fizikal, soal agama terlalu dangkal.
Hari terakhir tanpa sebarang bunyi,
bibir hilang mahir bicara, sudah tidak banyak kudrat, kesihatan semakin susut mula mengira tarikh luput. Hati orang lama mula melihat kesilapan masa muda menyesal tanda introspeksi namun tak banyak yang mampu dibaiki.
- De Owner -