Cahaya Qalbu


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


? Sampaikan aku ilmu walau satu ayat..
? ?Ibrah Alam | potongan ayat Al Quran dan Hadis | sirah sahabat | mutiara kata | motivasi jiwa dan semangat | Kehidupan | pejuangan
? Semoga Allah Redhai setiap tindakan kita

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


بسم الله الرحمن الرحيم.
اللهم صل على سيدنا محمد

Kalam SYEIKHUNA SYEIKH MUHAMMAD ZAINUL ASRI..

"Andai kamu segan untuk berkhidmat kepada guru, maka ALLAH juga 'segan' untuk beri ilmu pada kamu "


Jagalah para wanita
------------------
Sahih al-Bukhori:3084

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ. فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ. فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ. فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ.

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw bersabda:

Aku berpesan kepada kalian tentang wanita, karena wanita diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah pangkalnya, jika kamu mencoba untuk meluruskannya maka dia akan patah, namun bila kamu biarkan maka dia akan tetap bengkok. Untuk itu aku berpesan kepada kalian (jagalah) para wanita.

Pesan :
Rasulullah berpesan pada kaum laki-laki untuk menjaga para wanita, karena wanita itu rapuh jika laki-laki terlalu keras, namun tetap membutuhkan pengarahan dari laki-laki


Iman Wajib Diselamatkan
.
😊😊😊
Apa itu iman??
.
Iman itu keyakinan.. Tidak ragu dan teguh.. Iman itu lengkap pada 3 tempat iaitu lidah,hati dan amal..
.
Ulama' sepakat menyebut iman itu bertambah dengan ketaatan, berkurang dengan kemaksiatan..
.
Benar.. Iman up and down itu biasa, tapi merasa tenang apabila iman down itu bahaya! Betapa ramai yang tidak kisah lagi soal iman berbanding makan. Ada jutawan sanggup menghabiskan RM30 juta membeli rumah untuk duduk 3 orang sahaja, asalkan nafsu bahagia..
.
Berapa ramai yang imannya naik saat di masjid sahaja, lepas melangkah keluar masjid langsung tewas melihat dunia. Dimanakah hasil solat mu?
.
Inilah akibat kejahilan ibadah hanya pada gerak badan. Hilang khusyuk saat rukuk dan tiada sujud dengan penghayatan penuh. Solat sekadar senaman.. Bukan meningkatkan taqwa dan iman.. Betapa ramai yang berpuasa namun hanya mendapat lapar dan dahaga, betapa ramai yang solat namun hanya letih dan penat..
.
Iman lemah, memang tidak akan malu bermaksiat..
‎"إِذَا لَمْ تَستَحيِ فَصنَع مَا شِئتَ"
"Jika engkau tidak malu, buatlah apa-apa yang kamu mahu" (hadith ke20 dalam kitab hadith 40)
.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda, "Tidaklah seseorang berzina dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang meminum minuman keras dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang melakukan perbuatan mencuri dalam keadaan beriman dan tidaklah seseorang merompak sebuah barang dimana orang melihatnya, ketika dia melakukannya dalam keadaan beriman (HR Bukhari dan Muslim)
.
Bukan mudah menjaga iman. Sekejap kuat sekejap berkarat. Kerana itu nabi membentuk lingkungan para sahabat. Menjadi ikutan sepanjang masa, dari mula berjaga hingga tidur semula. Saat Alquran diturunkan perlahan lahan menguatkan iman para pejuang kebenaran


3 sifat orang munafiq:

1. Mungkiri janji
2. Suka Berbohong
3. Tidak Amanah

@CahayaQalbu


Bismillah..

memilih yang terbaik itu perlu,
malas atau rajin,
kejayaan itu milik Allah,
jangan jadikan hamba kepada buku, hanya semata-mata inginkan kejayaan yang baik,
akan tetapi ingatlah, dan yakinlah semua pemberian adalah daripada Allah. Yakin pada Allah. Orang yang berusaha akan berjaya disamping mengharapkan redha Allah.

@CahayaQalbu




Amalan Bulan Rejab


*MALAM MUSTAJAB DOA & AMALAN DI BULAN REJAB*

InshaAllah Taala.. Malam ini selepas maghrib (18/03/18) kita akan berada di bulan rejab. Salah satu daripada 4 bulan haram.

Berkata Imam Syafie Rahimahullah "5 malam yang dimustajabkan doa ialah malam jumaat, malam 2 hari raya, *malam awal rejab* dan malam nisfu sya'ban."

InshaAllah marilah kita mengambil peluang untuk sama-sama persiapkan diri kita untuk menghidupkan malam awal rejab ini dengan ibadah kepada Allah Ta'ala.

_____________________________________

Para Ulama mengatakan "Bulan rejab adalah bulan istighfar. Bulan sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan ramadhan adalah bulan Al-Quran."

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:

1)Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)

2)Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى.

3)Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).

4)Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.

5)Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.

#MutiaraKata[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]




Siapa takut Allah, semua makhluk akan takut kepadanya.

قال عمر بن عبد العزيز رحمه الله:
من خاف الله أخاف الله منه كل شيء، ومن لم يخف الله خاف من كل شيء.

Berkata Umar Ibn Abdil Aziz:
"Sesiapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan jadikan semua makhluk takut kepadanya. Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, dia akan takut kepada semua makhluk"

-Ustaz Abdul Rahman Hafizahullah-


✍🏿 Firman Allah yang bermaksud


_Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam ._


~hud : 114


Selamat menunaikan solat maghrib🍃🌹


Toleransi adalah kesucian hati dan kejernihan jiwa daripada dengki dan penyakit hati yang lain. Dalam sebuah hadis, Rasulullah berdoa:

"Ya Allah cabutkan sifat dengki daripada hatiku,".

Bertoleransi ialah bersifat dengan tawaduk yang mulia. Sesiapa yang merendah diri, Allah akan mengangkat darjatnya.


Kau tahu, kenapa perpisahan seringkali mengundang kesedihan ? Kerana kita selalu sangka bahawa perpisahan itu tanda kasih tidak berbalas, benci tidak beralas..
.
Tapi sebenarnya tidak begitu. Perpisahan juga bukti kasih dan cinta untuk menyenangkan pihak yang lagi satu..
.
Dalam syair arab, ada bunyi seperti;
.
“Ketika aku inginkan bersama dengannya sentiasa, Tapi dia pula mahu berjauhan denganku, Maka aku tinggalkan kehendak aku demi memenuhi kehendaknya, bukan bermaksud aku bermusuhan pada pendiriannya, tapi itulah bukti cintaku kepadanya..”
.
Demikianlah apa yang sering berlaku dalam kehidupan.. Seperti ibu ayah yang menyuruh anaknya berpisah dengannya, pergi merantau jauh untuk menuntut ilmu, bukan beerti dia benci atau bermusuhan dengan anaknya, akan tapi itulah bukti kasih, sayang dan mahukan kebaikan untuk anaknya, maka disuruh berpisah dengannya..
.
Tentu saja ada setitik dua air mata yang tertumpah ke pipi, tapi itulah airmata kepuasan dan kegembiraan melihat orang yang dikasihi itu beroleh kebaikan dalam hidup.. Kerna itu jangan berharap pada apa yang kita mahukan, tapi berharap pada apa yang terbaik dari Tuhan..


Catatan Dhuha

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang meninggalkan Islam. Kemuliaan mereka di sisi makhluk hanya lakonan yang ditunjuk oleh pengikut di hadapan mereka. Dihormati bukan kerana kemuliaan tetapi kerana ketakutan. Ia tidak kekal lama.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
28 Jamadil Akhir 1439
17 Mac 2018
Sabtu.


Tak semua akan memahami.
Hanya Insan tertentu sahaja.

-Surah Kahfi guys- 💋


✍🏿 Firman Allah yang bermaksud

_Khabarkanlah kepada hamba-hamba Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengampun , lagi Maha Penyayang_

~al hijr : 49


Selamat menunaikan solat maghrib🍃🌹


Репост из: Kata Dari Hati?


Репост из: Medan Tarbiah
JAGA SOLAT BERJEMAAH !💯💯

Kata Imam Auza'ie:

كانت لسعيد بن المسيب فضيلة لا نعلمها كانت لأحد من التابعين : لم تفته الصلاة في جماعة أربعين سنة . عشرين منها لم ينظر في أقفية الناس .

"Sa'id Ibnul Musayyab / Musayyib memiliki suatu kelebihan yang setahu kami, tiada tabi'in lain yang memilikinya. Sepanjang 40 tahun, beliau tidak pernah tertinggal solat berjemaah. 20 tahun daripadanya beliau tidak pernah melihat tengkuk orang lain (maksudnya: sentiasa duduk di saf pertama)".

Kata Imam Waki' Ibnul Jarrah:

كان الأعمش، قريباً من سبعين سنة، لم تفته التكبيرة الأولى.

"Hampir 70 tahun Imam Al-A'masy tidak pernah ketinggalan takbiratul ula (takbir pertama / tak pernah masbuq)"

Azam insyaAllah!

__________________________
*Jangan nanti ada pulak yang kata: ni semua tipu ni.. karut.. tak logik.. khurafat!! :D

C/p from al fadhil Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah


Репост из: لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا
Koleksi Simple Sunnah Rasulullah SAW.

Simple Sunnah - 1
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.


Simple Sunnah - 2
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.


Simple Sunnah - 3
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.


Simple Sunnah - 4
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.


Simple Sunnah - 5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.


Simple Sunnah - 6
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.


Simple Sunnah - 7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.


Simple Sunnah - 8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.


Simple Sunnah - 9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.


Simple Sunnah - 10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.


Simple Sunnah - 11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).


Simple Sunnah - 12
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.


Simple Sunnah - 13
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.


Simple Sunnah - 14
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.


Simple Sunnah - 15
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.


Simple Sunnah - 16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.


Keluarga sunnah idaman kami. 😊💖💖

📌 T.me/JanganBersedihDontBeSad


"Tumit kita kalau keras, pijak duri pun tak rasa sakit. Sebaliknya kalau lembut, boleh terluka. Begitu juga hati, kalau hati keras, buat dosa pun tak rasa apa-apa."

-A Tgna

Показано 20 последних публикаций.

406

подписчиков
Статистика канала