Maria Chin tanding tiket PKR
idris@nstp.com.my
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berasa tindakannya betul apabila memilih untuk bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak menjadi ahli PKR, walaupun pada masa sama mengakui parti itu selari dengan prinsipnya.
"Tidak ada (menjadi ahli). Ya (bertanding logo PKR).
"Kawasan belum ditetapkan. Mereka nak bincang lagi. (Namun saya) ikut partilah," katanya.
Pengumuman penyertaan Maria itu dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Maria berkata, sebab utama beliau mahu bertanding dalam PRU-14 adalah agenda reformasi.
"Saya harap agenda reformasi menguntungkan rakyat. Apa yang saya berjuang ialah reformasi yang diumumkan oleh Bersih.
"Suara Bersih dan semua yang dituntut itu saya akan bawa ke Parlimen, selain isu kesamaan gender dan persekitaran.
"Ini adalah isu yang sangat penting untuk saya dan saya harap saya boleh memberi sumbangan," katanya.
Sementara itu, Nurul Izzah berkata, beliau berasa amat berbangga bagi pihak PKR atas keputusan Maria Chin itu.
"Sudah tentu pengumuman ini bermakna besar kerana Insya-Allah akan membuahkan hasil menerusi pencalonan dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.
#bhariancom 🔗 https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/03/402768/maria-chin-tanding-tiket-pkr