Bomba bantu usung lelaki obesiti diserang angin ahmar
mohdhilmie@nstp.com.my
MELAKA: Seorang lelaki dengan berat badan 220 kilogram terpaksa diusung anggota bomba turun dari sebuah bilik hotel di Taman Kota Laksamana Utama, di sini, hari ini, selepas dipercayai diserang angin ahmar.
Dalam kejadian jam 9.30 itu, Ang Nickson, 30, diusung turun dari tingkat 11 hotel berkenaan kerana tidak dapat menggerakkan bahagian kanan badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din, berkata mangsa bersama isteri dan dua anak berasal dari Johor, bercuti ke negeri ini sejak dua hari lalu.
Katanya, sepasukan 12 anggota, termasuk pegawai dikejarkan ke hotel itu sebaik menerima panggilan pada jam 9.35 pagi daripada Hospital Melaka yang meminta bantuan khas untuk membawa turun lelaki berkenaan.
"Turut dihantar ke hotel, sebuah jentera, lori dan sepasukan Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS).
"Anggota kita dengan dibantu dua kakitangan hospital yang tiba bersama sebuah ambulans mengusung mangsa berserta tilam turun menggunakan lif hotel," katanya ketika dihubungi.
Kamarulzaman berkata, ketika kejadian mangsa hanya terbaring di atas katil, manakala isteri dan dua anaknya berada di sisi.
"Kes tamat sepenuhnya pada jam 10.44 pagi. Mangsa yang kini dirawat di Hospital Melaka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
#bhariancom 🔗 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/402787/bomba-bantu-usung-lelaki-obesiti-diserang-angin-ahmar