Info Roadblock Jpj/polis (Facebook)
DUA LELAKI DISYAKI ANGGOTA TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) DITANGKAP OLEH POLIS SARAWAK DI RASO, LUNDU KERANA DISYAKI TERLIBAT DALAM KECURIAN KENDERAAN*
23 Mac - LUNDU : Pada 23/3/18 jam 3.00 pagi, Task Force Op Lejang terdiri dari 3 pegawai dan 19 anggota diketuai ASP Tuan Abdullah bin Tuan Hassan telah membuat serang hendap di satu laluan di Ladang Raso, Lundu, Sarawak.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak Dato' Dev Kumar, Semasa membuat serang hendap, pasukan polis ternampak satu motosikal datang dari arah sempadan Lundu/Indonesia. Pasukan polis berjaya menyekat motosikal ini dan menahan 2 lelaki Indonesia yang memakai seluar TNI. Salah seorang suspek membawa rifle jenis SS 1 bersama 1 kelopak dan 15 butir peluru. Motosikal yang digunakan oleh 2 suspek ini didapati telah dilaporkan hilang di Sekama, Kuching tahun lepas. Semakan dokumen pengenalan diri menunjukkan bahawa kedua-dua suspek ini adalah anggota TNI.
Semasa soal siasat dijalankan ke atas 2 suspek ini, tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero dipandu laju dari arah Lundu menuju ke arah sempadan Indonesia. Kenderaan tersebut terus berhenti apabila melihat pasukan polis dan 2 suspek keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri ke dalam ladang sawit. Pasukan polis berjaya mengejar dan menangkap salah seorang suspek yang sedang bersembunyi dalam semak manakala seorang lagi berjaya melarikan diri. Semakan mendapati bahawa Mitsubishi Pajero telah dilaporkan hilang di Sg. Maong, Kuching pada malam 22/3/18. Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Kota Samarahan tahun ini dijumpai dalam kenderaan Mitsubishi Pajero.
Ketiga-tiga suspek kini ditahan di IPD Lundu untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Senjatapi 1960 dan Akta Imigresen.
*DATO' DEV KUMAR Chief CID Sarawak*
Sumber : RTM
#inforoadblock