KAEDAH MENGINGATI KEMBALI HAFALAN AL-QURAN
Masa kini, memiliki anak-anak yang menghafaz al-Quran menjadi impian yang cukup besar kepada ibu bapa walaupun hanya seorang. Lebih menyenangkan hati ibu bapa apabila anak yang menghafaz al-Quran ini menjadi imam di masjid-masjid sama ada di bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain.
Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam membangunkan pusat-pusat tahfiz sama ada kerajaan atau swasta memudahkan lagi para ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tahfiz.
Namun permasalahan yang sering berlaku terhadap penghafaz al-Quran adalah seringkali lupa dengan ayat-ayat al-Quran yang dihafaz.
⭕ Merawat Hafazan Bermasalah
Syeikh Ibrahim al-Akhdar pernah menjawat jawatan Imam Masjid Nabawi yang sudah pastinya hafalannya cukup bagus. Beliau telah mengemukakan kaedah untuk merawat kembali hafazan yang bermasalah.
Kaedah yang beliau kemukakan adalah dengan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 kali dan setiap tempoh khatam itu mempunyai cara bacaan yang berbeza.
1️⃣ Dalam tempoh khatam kali pertama hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap selama sebulan dengan cara melihat al-Quran. Pada bulan berikutnya, dibaca pula juzuk 4,5 dan 6 setiap hari dan begitulah proses yang harus diulang sehingga khatam. (10 Bulan)
2️⃣ Dalam tempoh untuk khatam kali kedua pula, hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap hari selama 20 hari. Untuk 20 hari seterusnya hendaklah dibaca juzuk 4,5,6 setiap hari dan begitulah seterusnya proses yang harus diulang sehingga khatam untuk tempoh kedua. (6 bulan 20 hari)
3️⃣ Untuk tempoh khatam yang ketiga hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap hari dalam masa 10 hari. Untuk 10 hari yang berikutnya hendaklah dibaca juzuk 4,5,6 setiap hari dan begitulah seterusnya proses yang harus diulang sehingga khatam. (5 bulan)
Dengan menggunakan kaedah ini, penghafaz al-Quran akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 kali selama 1 tahun, 9 bulan dan 20 hari.
⭕ Beberapa Peringatan
Dalam melakukan proses merawat ini, penghafaz perlulah mengawasi beberapa peringatan untuk memastikan proses rawatan berjalan lancar.
1) Membaca al-Quran secara melihat mushaf al-Quran dengan menggunakan suara yang tinggi.
2) Menggunakan mushaf yang bersaiz besar dan jelas untuk dibaca.
3) Istiqamah dalam melakukan amalan ini.
Juga diingatkan bahawa kaedah ini bukanlah untuk menghafaz hafalan baru tetapi hanyalah kaedah untuk merawat kembali hafalan yang bermasalah.
Moga bermanfaat.
(Asyraf Hanif)
4 Mac 2020
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz