؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


🌵 جهاد في سبيل الله ،☝

Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚
Mantapkan akhlakmu.💚
Kuatkan hafazanmu.💚
Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚
Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚
Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚
🌎HuffazulQuran 💚

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций




Sedikit perkongsian berkenaan kaedah bacaan ganjil di dalam al-Quran mengikut kategorinya.

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz


...sebagai penghafaz Al-Quran. Jangan dia anggap apabila dia balik ke rumah dia sudah hilang suasana, itu tanggapan yang salah.

- Abdullah Ibn Mas'ud berpesan orang yang hafaz Al-Quran ini kena tahu 'dunia'nya (kehidupan)nya , sewaktu orang sedang tidur dia bersama Al Quran, sewaktu orang ketawa dia kena membaca serta menangis bersamanya Al-Quran. Sewaktu orang bermain( game ) dia sedar tanggungjawabnya membaca Al-Quran. Ok, jadi apabila dia berpegang kepada prinsip tersebut, maksudnya dia boleh menjaga Al-Quran dalam jiwanya (Insya-Allah).

Bersambung..

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz


SHORT NOTE dari siaran langsung FB Prof Madya Dr. Khairul Anuar b. Mohamad. • 6/4/2020

(Tips Hafalan Al Quran)

- Menghafaz Al-Quran asasnya memerlukan kepada ulangan yang banyak, kata pepatah Arab إذا تكرر ،تقرر apabila banyak ulang maka dia akan menguatkan ingatan.

- Kaedah menghafaz Al-Quran adalah ulangan, itu yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghafaz Al-Quran, ulangan yg banyak samada 30 kali, 60 kali / 63 kali ( satu muka ) mengikut tahap pick up seseorang.

- Kata para Ulama, setiap hafazan yang kita hafaz itu, contohnya kita hafaz pada hari Sabtu, katalah 5 ayat kemudian hr Ahad 5 ayat, hr Isnin 5 ayat dan seterusnya. Ada warid mengatakan brgsiapa yang hafal 5 ayat فلا ينساه . Sebelum 7 hari mesti dia ulang balik apa yg dia hafaz. Hari ketujuh mesti dia ulang balik apa yg dia hafaz bermula dari hari Ahad.

- Nak melahirkan Hafiz yang hebat, gurunya mestilah guru yang mantap hafazan, barulah dia boleh melahirkan penghafaz Al-Quran yang hebat.

- Walaupun bergelar guru, guru pun kena mengambil peluang di musim covid ni, cuba mantapkan ingatan kita, cuba banyakkan ulangan supaya ingatan Al-Quran kita ini makin kuat di musim Covid ini. Kita tak nak bila musim( zaman) Covid ini dah tak ada, hafazan kita pun tak ada juga, kita nak itu, perkara ( jadi ) bala lah pulak bagi yang hafaz Al-Quran.

- (Bagi pelajar pula) kita tak nak musim Covid ini kita leka daripada membaca Al-Quran. Ibu bapa kena ambil peranan, yang duduk tinggal di rumah bersama dengan anak-anak waktu yang banyak, dia mesti jadualkan anak-anak utk tasmik di hadapannya, bg jadual kpd anak 1 jam atau / ½ jam.

- Saya bagi saranan, sebaik-baiknya maintain lah mengasah fikiran kita. Menghafaz Al-Quran sebenarnya menajamkan fikiran kita, gunakan Al-Quran yang Allah kurniakan utk selalu membaca dan menghafaz Al-Quran paling tidak (at least) setiap hari 5 ayat.

- Sepatutnya anak² yang menghafaz Al-Quran ini, bagi dia tidak ada istilah rehat. Sebenarnya baca Al-Quran itulah rehat, saya nak nyatakan begitu. Kalau sekiranya (waktu) pagi (bermain) gajet, tghri gajet ptg gajet mlm gajet, itu salah. Itu satu pandangan yang salah dan silap. Sebenarnya membaca Al-Quran itu adalah kerehatan. Baca Al-Quran adalah ' سعادة ' satu kebahagiaan, satu kerehatan, bukan satu bebanan. Satu perkara kita perlu tunjuk (dengan membaca Al-Quran) supaya sebati dengan Al-Quran sehinggalah apabila dia tak baca Al-Quran dia rasa susah hati, baru lah ( mudah mudahan) Al-Quran lekat dan sebati dengan jiwanya.

- Kalau sekiranya dia tak baca Al-Quran (membuatkan) bahagia hidupnya (satu masalah besar) , seminggu dah tak baca Al Quran , skrg ini dah masuk 20 hari (lebih kut) dah Covid duduk di rumah. Jadi ini perkara yang perlu dititik beratlah sbb ada sahabat saya dlm kalangan guru² yang mengajar di Maahad Tahfiz menghantar mesej kepada saya tentang bagaimana ustaz, adakah boleh kita tasmik dalam bentuk 'online ' saya jawab boleh. Kerana di MasjidilHaram ada satu sudut ada (buat seperti ini) tapi dengan syarat sekali sekala kena datang berjumpa untuk mengesahkan bacaannya.

- Jangan berlalu satu hari tanpa baca Al-Quran, ibu bapa kena main peranan.

- Kata Abdullah Rushdi seorang pendakwah di Mesir, apabila khatam 30 juzuk ( tamat hafaz), guru ku berpesan kalau nak sebati Al-Quran dalam jiwa dia mestilah selepas tamat hafaz khatam 30 juzuk, selepas itu setiap hari dia mesti baca x kurang daripada 3 juzu' selama 3 tahun. 3 juz satu hari bermakna sepuluh hari 30 Juzuk. Satu bulan 3 kali khatam, setahun 36 kali khatam, itu dia. (Hatta) Orang Arab sendiri pun berpesan begitu. Ini kita cerita (perihal tentang) selepas selesai sahaja habis tamat 3 juzuk . Baca Al-Quran jangan kurang daripada 3 juz , jikalau terlebih dari itu lebih baik.

- Kalau Tok Guru Haji Nor dia (beliau) guna kaedah jadual ' فمي بشوق ' (bibirku dlm kerinduan) khatam dlm tempoh 7 hari.

- (Apabila) balik ke rumah tak ada suasana Al-Quran, ini hanya alasan sahaja bagi saya untuk tidak dia membaca Al-Quran. Sebenarnya orang yang hafaz Al-Quran kena meng'suasanakan' selama lamanya kehidupannya...


KAEDAH MENGINGATI KEMBALI HAFALAN AL-QURAN

Masa kini, memiliki anak-anak yang menghafaz al-Quran menjadi impian yang cukup besar kepada ibu bapa walaupun hanya seorang. Lebih menyenangkan hati ibu bapa apabila anak yang menghafaz al-Quran ini menjadi imam di masjid-masjid sama ada di bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain.

Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam membangunkan pusat-pusat tahfiz sama ada kerajaan atau swasta memudahkan lagi para ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tahfiz.

Namun permasalahan yang sering berlaku terhadap penghafaz al-Quran adalah seringkali lupa dengan ayat-ayat al-Quran yang dihafaz.

Merawat Hafazan Bermasalah

Syeikh Ibrahim al-Akhdar pernah menjawat jawatan Imam Masjid Nabawi yang sudah pastinya hafalannya cukup bagus. Beliau telah mengemukakan kaedah untuk merawat kembali hafazan yang bermasalah.

Kaedah yang beliau kemukakan adalah dengan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 kali dan setiap tempoh khatam itu mempunyai cara bacaan yang berbeza.

1️⃣ Dalam tempoh khatam kali pertama hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap selama sebulan dengan cara melihat al-Quran. Pada bulan berikutnya, dibaca pula juzuk 4,5 dan 6 setiap hari dan begitulah proses yang harus diulang sehingga khatam. (10 Bulan)

2️⃣ Dalam tempoh untuk khatam kali kedua pula, hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap hari selama 20 hari. Untuk 20 hari seterusnya hendaklah dibaca juzuk 4,5,6 setiap hari dan begitulah seterusnya proses yang harus diulang sehingga khatam untuk tempoh kedua. (6 bulan 20 hari)

3️⃣ Untuk tempoh khatam yang ketiga hendaklah dibaca 3 juzuk pertama setiap hari dalam masa 10 hari. Untuk 10 hari yang berikutnya hendaklah dibaca juzuk 4,5,6 setiap hari dan begitulah seterusnya proses yang harus diulang sehingga khatam. (5 bulan)

Dengan menggunakan kaedah ini, penghafaz al-Quran akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 kali selama 1 tahun, 9 bulan dan 20 hari.

Beberapa Peringatan

Dalam melakukan proses merawat ini, penghafaz perlulah mengawasi beberapa peringatan untuk memastikan proses rawatan berjalan lancar.

1) Membaca al-Quran secara melihat mushaf al-Quran dengan menggunakan suara yang tinggi.
2) Menggunakan mushaf yang bersaiz besar dan jelas untuk dibaca.
3) Istiqamah dalam melakukan amalan ini.

Juga diingatkan bahawa kaedah ini bukanlah untuk menghafaz hafalan baru tetapi hanyalah kaedah untuk merawat kembali hafalan yang bermasalah.

Moga bermanfaat.
(Asyraf Hanif)
4 Mac 2020

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz


Diambil dari group whatsapp Inspirasi Huffaz. Text asalnya lagi panjang, tetapi di telegram ini saya hanya kongsikan point penting sahaja.

Semoga bermanfaat dan istiqamah dalam menjaga kalam-Nya. 💪🏻


​​{KAEDAH MENGULANG AL-QURAN}

Hari ini saya nak kongsikan kaedah mengulang saya cipta sendiri 😅. Tapi saya tak pasti jika ada kalau tersama dengan kaedah mana² negara atau institut. Tapi kaedah ni saya cipta sendiri sejak dari mula masuk DQ.

❤ PERTAMA ❤️
Saya akan bahagikan 3 bahagian.

Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10
Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20
Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzuk 30

❤ KEDUA ❤️
Saya akan ambil satu muka sahaja setiap bahagian tersebut. Kiranya setiap hari hanya 3 muka saya akan mengulang baru.

Contoh :
Bahagian 1 : Juzuk 1 (Muka surat 2).
Bahagian 2 : Juzuk 11 (Muka surat 201 )
Bahagian 3 : Juzuk 21 (Muka surat 402)

❤ KETIGA ❤️
Saya akan bahagikan mereka mengikut kesesuaian masa.

Contoh :
Bahagian 1 : Selepas zohor - sebelum maghrib (Sebab bahagian ni dah ingat kan? Maka saya letak waktu kemuncak penat dan malas)
Bahagian 2 : Selepas maghrib - sebelum tidur (Sebab ni bahagian sederhana ingat)
Bahagian 3 : Selepas subuh - sebelum zohor (Sebab bahagian paling tenat💆🏻‍♀)

❤ KEEMPAT ❤️
Berapa kali ulang?
Terpulang kepada diri sendiri.

Contoh saya buat :
Baca dan tengok : 20 x
Hafaz : 10 x
Ulang tanpa tengok : 10 x.
Total : 40 x setiap muka.

Kiranya kita akan ulang setiap 1 juzuk sebanyak 40 x.

Banyak? Sikit? Haa terpulang pada diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri.

❤ KELIMA ❤️
Yang lepas punya, nak ulang bila?

Ini terpulang kepada kemampuan tersendiri. Kalau saya, saya akan ulang sebelum saya mula hafaz muka baharu ataupun saya akan ulang ketika solat-solat sunat harian.

❤ KEENAM ❤️
Pening?
Kan dah cakap dari awal kaedah ni pening tapi dari DQ saya buat sendiri kaedah ni dan saya seronok sebab tak terlalu berat dan tak terlalu ringan bagi saya.

Sambil-sambil tu boleh baca terjemahan al-Quran.

❤ KETUJUH ❤️
Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa ringan, boleh tambah lagi. Kalau rasa berat, boleh kurangkan.

Saya sertakan jadual yang saya dah edit untuk kalian jika berminat untuk gunakan kaedah ini. Antara kelebihannya ialah boleh ingat depan belakang kiri kanan bawah tengah tepi setiap muka surat al-Quran.

Tak percaya? Cubalah 😁

Dipersilakan untuk sebarkan. Moga menjadi saham akhirat.

P/s : Nantikan e-book pertama saya 😉

(Iwana Aisyah Ab Halim)
• Sehingga al-Quran terpahat di hati • #NotaMengulangQuran


TIPS KHATAM DI BULAN RAMADHAN 🌙

1️⃣ KHATAM 1 KALI
- Baca 4 muka setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup sejuz , sebulan cukup 30 juz )

2️⃣ KHATAM 2 KALI
- Baca 8 muka setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup 2 juz , sebulan cukup 30 juz 2 kali )

3️⃣ KHATAM 3 KALI
- Baca 12 muka setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup 3 juz , sebulan cukup 30 juz 3 kali )

4️⃣ KHATAM 4 KALI
- Baca 16 muka setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup 4 juz , sebulan cukup 30 juz 4 kali )

5️⃣ KHATAM 5 KALI
- Baca 20 muka (sejuz) setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup 5 juz , sebulan cukup 30 juz 5 kali )

6️⃣ KHATAM 6 KALI
- Baca 24 muka setiap kali lepas solat fardhu ( sehari cukup juz , sebulan cukup 30 juz 6 kali )

SEMOGA BERMANFAAT ✌🏼

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz


Tips untuk kurangkan mengantuk apabila mengaji?
---
💢 Kalau ikut selalunya kita mengaji sedikit jadi tidaklah terasa mengantuk sangat pada waktu semasa. Tapi bila dah masuk Ramadhan ni kan, cepat je hilang fokus untuk membaca helaian yang banyak seperti 1 - 2 Juz.

❇️ Salah satu kaedah menarik yang dikongsikan oleh saudara Sodeeq Subri, beliau mengatakan kita perlulah memegang kitab al-Quran secara berhadapan dengan posisi kepala yang menegak. Sama halnya juga seperti ketika menghafal.

Jangan letak kitab al-Quran atas meja dengan keadaan posisi kepala yang menunduk. Kerana keadaan menunduk itu akan mengurangkan aliran oksigen untuk terus masuk ke dlm anggota pernafasan. Jadi baikilah posisi dan pegang al-Quran dengan cara yang betul.

Mudahan dengan usaha ini juga menjadi suatu kesungguhan untuk kita sentiasa fokus dalam beribadah. In shaa Allah.

Selamat beramal! Jangan lupa share supaya dapat dimanfaatkan juga oleh orang ramai. 😊

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz


Репост из: XsentapKew ?
Jadual penandaan; pembacaan al-Quran mengikut muka surat dlm tempoh Ramadhan. Boleh save jika perlu.




Репост из: Неизвестно
Hai semua , saya menjual casing hp untuk pelbagai hp dan beg comel2 . Semua casing dan beg yang dijual sangat cantik dan menarik . Jangan lepaskan peluang ni😉

Harga casing semurah RM 21.99 dan free postage 😉

Sebarkan utk rezeki saya🌻🎈

https://t.me/casingcoolchannel_01




Репост из: Неизвестно
Hye , welcome to my channel . Disini saya menjual pelbagai jenis pakaian seperti hoodies , sweatshirt , turtleneck , loose shirt , tshirt , and many more . Jum join my telegramshop and explore the amazing of my channel 🙈🌻

https://t.me/hoodiesby_case


Репост из: Неизвестно
Hai . Jum swap promote hehe 🌻

Open Swap Promote 😎

Friday Open Swap Promote 🌻

From 10 am - 7 pm 🍃

🍃Say Hai
🍃Send your link
🍃Promote back
🍃Done

Pm @nightcase 🌹🍃

Link will be deleted after 7 PM

P/s : no ws , telegram group , ig and twitter link

Come and grab the chance 😉🌹🍃


🌸 OPEN PROMOTE 🌸

🌸 Friday only 🌸
🌸 10 am - 10 pm 🌸
🌸 Beri Salam 🌸
🌸 Send Link 🌸
🌸 Promote back 🌸

Thank You! 🌸

PM ؛ @Huffazzz




Репост из: القرآن الكريم
Pinned Message

((( AL-QURAN 30 JUZ )))
♨️ 01 Abdul Basit
♨️ 02 Abdullah Matrud
♨️ 03 Abdurrahman Al-Ausy
♨️ 04 Abdurrahman Sudais
♨️ 05 Abu Bakr Al-Shatri
♨️ 06 Ahmad Ali Al-Ajmi
♨️ 07 Ali Al-Hudzaifi
♨️ 08 Fares Abbad
♨️ 09 Imad Zuhair Hafez
♨️ 10 Khalil Al-Husori
♨️ 11 Maher Al-Mueaqly
♨️ 12 Mahmud Al-Banna
♨️ 13 Misyari (terjemahan)
♨️ 14 Misyari Al-Afasy
♨️
15 Misyari Al-Afasy (Pages)
♨️ 16 Mohammad Ayyub
♨️ 17 Muhammad Jibril
♨️ 18 Mustafa Ismail
♨️ 19 Nabil Ar-Rifai
♨️ 20 Saad Al-Ghamidi
♨️ 21 Saud Al-Shuraym
♨️ 22 Shuraym & Sudais
♨️ 23 Siddiq Al-Minshawi
♨️ 24 Solah Bukhatir

((( AL-QURAN PAGE BY PAGE )))
📂 Juz 01 📂 Juz 11 📂 Juz 21
📂 Juz 02 📂 Juz 12 📂 Juz 22
📂 Juz 03 📂 Juz 13 📂 Juz 23
📂 Juz 04 📂 Juz 14 📂 Juz 24
📂 Juz 05 📂 Juz 15 📂 Juz 25
📂 Juz 06 📂 Juz 16 📂 Juz 26
📂 Juz 07 📂 Juz 17 📂 Juz 27
📂 Juz 08 📂 Juz 18 📂 Juz 28
📂 Juz 09 📂 Juz 19 📂 Juz 29
📂 Juz 10 📂 Juz 20 📂 Juz 30

((( DALIL² KELEBIHAN AL-QURAN )))
💠 01 Penolong
💠 02 Ganda 10
💠 03 Mahkota
💠 04 Rahmat
💠 05 Gementar
💠 06 Gagap
💠 07 Cahaya
💠 08 Dajjal
💠 09 Nyanyuk
💠 10 Lalai
💠 11 Taqwa
💠 12 Dunia
💠 13 Syafaat
💠 14 Ganda 700
💠 15 Penyelamat
💠 16 Kubur
💠 17 Family
💠 18 Syurga
💠 19 Bersibuk
💠 20 Sihir

((( ANIMASI AL-QURAN )))
🔶 01 Orbit
🔶 02 Manusia
🔶 03 Lautan
🔶 04 Cap Jari
🔶 05 Sedekah

((( LAIN-LAIN )))
♦️ 01 Mushaf
♦️ 02 Ramadhan
♦️ 03 Terawih
♦️ 04 Lailatul Qadr
♦️ 05 Al-Kahfi
♦️ 06 Doa Nabi

Sesiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berniat untuk berbuat kebaikan lalu dia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi (HR. Al-Bukhari, no. 6491).

https://t.me/Quran30Juz

Sebarkan, kebaikan di hadapanmu sekarang
😊


Репост из: XsentapKew ?
“Ramadhan bukanlah tentang berhenti dari kebiasaan buruk untuk sementara waktu. Ramadhan adalah titik awal untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dan berusaha untuk terus selamanya menjadi baik.”

Istiqomah itu susah. Bukan benda yang senang kita plan yang ni, tapi akan ada yang lain berlaku. Asbab kita mampu usaha merancang, kerana sebaik perancang itu adalah Allah.

So, tajdid niat betul betul untuk ramadhan tahun ni. Ubah slow ii untuk melakukan ibadah.

Kita bukan hamba Ramadhan, asbab bila ramadhan datang. Kita lakukan kebaikan tapi bila ramadhan itu pergi kita hentikan amalan kita.

So, perbaiki setiap niat kita untuk ramadhan tahun ni. Yang kurang kita baiki. Yang sudah baik, kita baikkan lagi.

Wallahua'lam.


#RamadhanTiba #ThePena 🖋️
t.me/sentaplaatuu
@sentaplaatuu


Kuiz Tajwid biasa.
Assalamualaikum.

Tuan/Puan dijemput untuk mencuba jawab kuiz ini. Jawapan bagi kuiz ini akan dipaparkan diakhir kuiz. Kongsi dengan rakan-rakan di group lain. Semoga kita sama-sama dapat menuai manfaat dan pahalanya.

https://forms.gle/aJdtye4vbgcEMSNA7

Terima Kasih.

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Показано 20 последних публикаций.

419

подписчиков
Статистика канала