SOAL JAWAB
ORANG PERTAMA MASUK SYURGA
SOALAN:
Ustaz selalu menyebut pada hari kiamat nabi Muhamad orang yang pertama masuk syurga tapi ada saya dengar orang yang kata yang akan masuk syurga dulu ialah Nabi Idris.
JAWAPAN:
Sekelian nas yang sahih menyatakan yang pertama akan masuk ke dalam syurga ialah Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari Tsabit dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah SAW telah bersabda:
آتِي بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتفْتِحُ ، فَيَقُولُ الْخَازِنُ : مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ : مُحَمَّدٌ ، فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لَا أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ
Maksudnya: “Aku datang pada pintu syurga pada hari kiamat dan meminta dibukakan. Maka berkata malaikat penjaga pintu syurga: Siapakah kamu? Aku menjawab: Muhammad. Maka berkata malaikat: Denganmu aku diperintahkan bahawa aku tidak akan membukanya bagi seorang jua pun sebelum kamu.” [Hadis Riwayat Muslim]
Dan diriwayatkan dari Anas bin malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:
أنا أكثر الناس تبعاً يوم القيامة، وأنا أول من
يقرع باب الجنة
Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling ramai pengikut pada hari kiamat dan aku orang yang pertama mengetuk pintu syurga.” [Hadis Riwayat Muslim]
Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:
وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Dan akulah orang yang paling awal akan masuk ke dalam syurga pada hari kiamat.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW baginda bersabda:
أنا أول من يفتح له باب الجنة
Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling awal dibukakan pintu syurga. [Hadis Abu Ya’la]
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial