SOAL JAWAB
SOLAT PAKAI BAJU GAMBAR ORANGSOALAN:
Apakah hukumnya kalau solat dengan memakai baju ada gambar orang dan apakah hukumnya makmum yang dibelakangnya tengok pada gambar orang pada baju itu?
JAWAPAN:
Solat dengan memakai pakaian yang ada sesuatu yang boleh melakaikan orang melihatnya dalam solat seperti gambar orang atau haiwan adalah makruh.
Dan orang yang sedang solat juga makruh memandang kepada gambar tersebut.
Berkata Imam Nawawi:
يكره أن يصلي وبين يديه رجل أو امرأة يستقبله ويراه , وقد كرهه عمر بن الخطاب وعثمان بن عفان رضي الله عنهما ; ولأنه يشغل القلب غالبا , فكره كما كره النظر إلى ما يلهيه كثوب
له أعلام
Maksudnya: “Dimakruhkan mengerjakan solat dihadapan manusia samada lelaki atau perempuan yang jadi berhadap memandangnya. Umar bin Al-Khttab r.a. dan Uthman bin ‘Affan r.a. tidak meyukainya dari kerana sungguhnya ia biasanya akan mejadikan gangguan bagi hati maka dimakruhkannya sebagaimana dimakruhkan juga memandang kepada suatu yang melalaikan seperti baju yang ada gambar-gambar.” [Kitab Al-Majmu’]
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:
ويُكره نظَرُ ما يلهي عن الصَّلاة، كثوب له أعلام
Maksudnya: “Dimakruhkan memandang kepada suatu yang melalaikan daripada solat seperti memandang kepada baju yang ada gambar.” [Kitab Mughni Muhtaj]
Dan sebahagian fuqahak berkata jika gambar yang tidak melalaikan orang memandangnya seperti gambar yang kecil maka hukumnya tidak makruh.
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arb’ah:
و منها ان يكون بين يديه ما يشغله من صورة حيوان او غيرها فاذا لن يشغله لا تكره الصلاة اليها و هذا عند المالكية و الشافعية
Maksudnya: “Dan setengah daripadanya yang dimakruhkan dalam solat ialah bertentang dihadapannya suatu yang melalaikannya seperti hambar haiwan atau lainnya. Maka jika tidak melalaikan solat nescaya tidaklah makruh. Inilah pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.”
Kesimpulan
Makruh memakai baju yang ada gambar yang boleh melalaikan orang yang melihatnya.
Seorang yang sedang solat hendaklah jangan melihat ke sana sini didalam solatnya kerana tujuan mendirikan solat adalah supaya hatinya ingat kepada Allah.
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit:
@wnmuhdfirdaus@thepensilkayuofficial