Nukilan Si Qowiy ?


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Jatuh bukan kerana lemah,
Tetapi kerana kau lelah.
Rebah bukan kerana tiada daya,
Tetapi kerana kau lebih tahu siapa Dia yang berkuasa.
Instagram ; @ararisaaa_
Creator : @ararisaaaaa
Admin : @littleaisyhu

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Tempuhlah dugaan dengan tabah ,

Ibarat semakin dekat engkau berlari menuju destinasi , makin lebat hujan .

Jangan pernah putus asa dengan apa yang kau lakukan maka Allah akan senantiasa ada dengan kau .

@ararisaaa_


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Ketahuilah bahawa, mengharapkan pengampunan daripada Allah, tetapi malas beramal, serta selalu sahaja mensia-siakan masa untuk beramal adalah perkara paling merbahaya sekali kepada manusia.”

[Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama

@ararisaaa_


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jika engkau berdosa kemudian engkau tidak pula segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, malah engkau mengharapkan Allah mengampunimu, dan demikian juga engkau malas dalam mengerjakan amal soleh, dan sentiasa sibuk dengan urusan dunia, lalu engkau berangan-angan bahawa Allah akan memuliakanmu dan mengangkat darjatmu di syurga bersama-sama para muhsinin, maka nyatalah engkau seorang yang berangan-angan kosong lagi tertipu dan lemah lagi bodoh.”

[Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama

@ararisaaa_


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jika kita jadi murid, jadilah murid yang beradab pada guru, ingatlah bahawa adab itu lebih mulia dari ilmu. Bagaimana ilmu yang kau dapatkan akan barakah jika engkau tidak punya adab pada gurumu? Ingatlah menghina dan memperolokkan guru hanya berakibat engkau menjadi orang yang dihinakan orang kelak.”

[Habib Nabiel bin Fuad Al-Musawa]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama

@ararisaaa_


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Bagaimana kaum wanita dapat mengikuti Nabi Muhammad ﷺ dalam hal-hal yang khusus untuk kaum wanita?

Jawapannya, pelajari dan ikuti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra ‎رضي الله عنها, kerana beliau adalah sebahagian daripada Rasulullah ﷺ. Jadi ketika seorang wanita meniru tindakan Sayyidatina Fatimah, bererti dia meniru Rasulullah ﷺ dalam memperoleh redha Allah سبحانه وتعالى.”

[Habib Muhammad bin Abdurahman As-Seggaf]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama

#kalamulama
#20JamadilAkhir
#harikelahiranSayyidatinaFatimahAzZahraAlBatul

@ararisaaa_


Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat:

“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

[ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]

@ararisaaa_


Al-Hasan Al-Bashri berkata:

"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu,kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat"

Imam Syafi'i berkata:

"Jika engkau punya sahabat yang selalu membantu dalam rangka ketaatan kepada Allah maka peganglah erat-erat dia, jangan engkau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya adalah mudah sekali"

#sharingiscaring
@ararisaaa_


Kita selalu lupa

Keluarga yang bahagia itu juga suatu nikmat daripada Allah SWT.

@ararisaaa_


Kekuatan ukhuwah itu,
terletak pada tali doa.

Bukan sekerap mana berjumpa,
Bukan serapat mana di laman sosial.

@ararisaaa_


Kadang-kadang sangkaan kita tu tak sama dengan kenyataan yang bakal kita hadapi. Sampai frust sangat bila dapat tau.

Pesan pada diri jangan terlalu berharap, sebaik-baiknya sandarkanlah pada Allah walaupun sekecil-kecil perkara.

@ararisaaa_


Ada ramai manusia tidak pernah memiliki apa yang kau ada. Namun tidak pernah bersungut dan merungut untuk mendapatkannya, kerana mereka mengerti erti sementara.

@ararisaaa_


Ramai yang lebih utamakan cinta manusia,
Sehinggakan lupa untuk kejar cinta Ilahi.

@ararisaaa_


Disaat kita hidup bahagia tanpa ada rasa susah,
Ketahuilah bahawa ada ramai lagi yang menanggung duka dan susah atas kebahagiaan orang lain.

Bersyukurlah dengan apa yang kau rasa.

Kerana tak mustahil,
Ada yang dari dilahirkan lagi di dunia ini tidak pernah berasa bahagia.

@ararisaaa_


Jangan berubah jadi baik hanya kerana ingin kelihatan baik di mata manusia. Tapi berubahlah kerana Allah, kerana diri kita sendiri.

Ingat. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.

Always tajdid niat. Perbaharui niat; tiada kata terlambat untuk berubah dan pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk diri kita.

Melainkan ajal sudah menjemput.

@ararisaaa_


All the trees are losing their leaves, and not one of them is worried 🍃

@ararisaaa_


You may never be good enough for some people, but you will always be the best for those who deserve you.

@ararisaaa_


Lebih baik disakiti dengan kejujuran daripada dibahagiakan dengan kebohongan.

@ararisaaa_


Mereka datang dan pergi silih berganti .
Ada yang membawa kebahagiaan .
Namun lebih banyak yang hanya memberi sesuatu untuk di kenang .
Dan memberikan sesuatu yang di sebut luka

Setiap luka perlu disembuhkan .
Dan ubat dari luka hati adalah dengan ikhlas memaafkan .
Jujur memaafkan itu tak semudah kata terucap .
Kerana luka hati lebih sulit untuk di sembuhkan

Maka saat ada yang melukaimu maafkan , jangan memaksakan jika memang tak boleh di lupakan .
Jadikanlah itu suatu pengajaran 🍃

@ararisaaa_


dia ,

hadirnya dia , tanpa dipinta , tanpa diduga , dirancang juga tidak sama sekali .

dengan izinnya , kita bertemu , berkenalan , dan kini bersahabat keranaNya .

dia hadir dengan membawa sejuta harapan , dan tidaklah sanggup untuk aku hancurkan harapannya .

teman , jika kau ikhlas untuk memiliki kawan seperti aku , aku juga ikhlas untuk ada denganmu menjadi temanmu .

tidaklah aku mengharapkan apa apa darimu , melainkan dapat merealisasikan keinginanmu , sebelum aku pergi dari hdupmu .

tiada yang lebih indah daripada memilki seorang teman yang ikhlas bersahabat keranaNya .

@ararisaaa_


Senyum lah.

Walau banyak duka yang kau sembunyikan.
Hati kita, Allah akan sembuhkan.

Senyumlah.

Walau banyak perit yang kau tahan.
Sabar sedikit lagi, nanti Allah beri ganjaran.

Senyumlah.

Walaupun kau menangis dalam diam.
Airmata itu, Allah akan gantikan dengan berita kegembiraan.

Senyumlah,
Kau juga akan bahagia, cuma belum masanya. Percayalah 😊

@ararisaaa_

Показано 20 последних публикаций.

397

подписчиков
Статистика канала