Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam hantaran di Facebook Trafik IPD Sepang memaklumkan kejadian membabitkan Perodua Viva dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan dua wanita terbabit kemalangan kira-kira 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.*
*GOA_L* 9️⃣ *Putrajaya 21 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara Madani yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa sama menghidupkan penghayatan roh Islam. Beliau berkata, kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara ini mesti berteraskan nilai, keyakinan, jati diri, akidah dan akhlak. "Sebab itu, untuk menyemarakkan Islam, persiapannya, pencerahannya dan ilmu sangat penting.*
*GOA_L* 🔟 *Marang 21 Nov: Kejadian seorang lelaki melecur di muka dan tangan akibat letupan di kediamannya di Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak, di sini, petang tadi, dipercayai berpunca daripada litar pintas pada suis penghawa dingin. Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sufian Redzuan berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai posmen berusia 37 tahun dikatakan baru pulang bekerja dan berseorangan dalam rumah berkenaan.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 21 Nov: Dua lagi jenazah mangsa yang meninggal dunia selepas Perodua Viva dinaiki bersama dua individu lain kemalangan berhampiran pusat komersil di sini, hari ini, dituntut oleh keluarga masing-masing, malam ini. Jenazah Nizasuhana Ujang, 28, dituntut warisnya pada 9.55 malam selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Balakong, Cheras, malam ini.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Marang 21 Nov: Seorang lelaki melecur akibat terkena letupan di rumahnya di Kampung Sungai Kerak, di sini, kira-kira 6.15 petang, hari ini. Akibat kejadian itu, mangsa, Ahmad Noor Izwan Mohd Radzi, 37, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk mendapatkan rawatan. Difahamkan, kejadian berlaku sebaik mangsa yang bekerja sebagai posmen pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira 6 petang.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kapit 21 Nov: Seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras selepas bot dinaikinya karam tiga hari lalu ditemukan lemas di kawasan pusaran air di tengah sungai di perairan Nanga Makoh, Sungai Rejang, petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Bubut Benang, 57, dijumpai terapung di tengah sungai berhampiran lokasi bot dipercayai karam pada 5 petang, kelmarin.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Alor Setar 21 Nov: Sebuah gudang yang disyaki menjual pelbagai jam tangan berjenama tiruan di sekitar bandar raya itu diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini. Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan 11.30 pagi bersama wakil pemilik cap dagangan berdaftar di gudang yang beroperasi tanpa sebarang papan tanda perniagaan.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Beaufort 21 Nov: Dendam dipercayai menjadi motif seorang lelaki warga asing ditetak hingga mati dalam kejadian di Kampung Balibata, di sini, awal pagi tadi. Mangsa berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan di bahagian siku lengan kiri dan belakang lehernya. Ketua Polis Daerah Beaufort Superintendan Wong Leong Meng berkata, hasil siasatan, mangsa lelaki warga Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Marang 21 Nov: Seorang lelaki berusia 37 tahun melecur pada bahagian muka dan tangan selepas kediamannya di Taman Emas Murni, Sungai Kerak di sini terbakar petang tadi. Ketua Polis Daerah Marang Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang dan dipercayai berpunca daripada litar pintas pada suis penyaman udara.*